Sunday, 31 August 2014

CPUV bulan Ogos 2014


Assalamualaikum! :)



CPUV yang ke 43 Mayfair Bodyline - August 2014
dan
CPUV ke 44 B.liv Brand Visibility

Bulan ni kite dapat 2 CPUV.
Terima kasih kepada Nuffnang dan pihak pengiklanan sebab masih sudi nak beriklan di blog FD walaupun jarang update post yang seghonok!
Kiranya ni duit Raya dari Nuffnang lah kan :p

Thursday, 28 August 2014

Awas dengan produk tiruan!


Assalamualaikum! :)

Akhir akhir ni banyak produk tiruan yang dah memudaratkan orang, kan? Sakit itu lah, sakit ini lah. Itu lah, nak yang murah murah, tapi tak berkualiti. Sudahnya, sendiri yang merana. Sekarang ni paling banyak produk tiruan yang copy produk Legacy Secret.


Antara produk keluaran Legacy Secret yang tengah hot sekarang ni:
Harum Malam
Wira Malam
B' Vite
dan macam macam lagi


Ada cara untuk pastikan barang original dari Legacy Secret



1. Pengesahan Melalui Visual
Lihat perkataan “LS”dari sudut serong 15 darjah





2. Pengesahan Melalui Sentuhan
Cetakan timbul yang dapat dirasa menggunakan jari





3. Pengesahan Melalui QR Wechat
Imbas kod produk dan info akan diberikan


PERINGATAN !!!
1 QR kod hanya boleh di imbas 5 kali sahaja .
Sekiranya melebihi had, anda akan diberikan no telefon syarikat kami untuk pengesahan produk.
Pastikan beli barangan original kerana takut akan kesan sampingan.
Wechat ID : harummalam

Video Rujukkan : 

Okay, sekarang dah tau macam mana nak bezakan original dan tiruan, kan?
Lepas ni tak payah nak cari yang memurah. Harga produk keluaran Legacy Secret ni semua harga mampu milik. Dont worry, alright? Nak sihat dalaman, kena lah keluar duit. Bukan mahal sangat pun. Kereta mahal mahal, handphone canggih apa semua tu boleh beli. Produk yang harga tak sampai RM50 sebotol takkan tak mampu kot?
Lepas ni beringat lah ye. Jangan nak jimat duit punya pasal, dapat sakit pulak.


Sekarang nak review salah satu produk keluaran Legacy Secret ;)

Vee Spray

Vee Spray membantu melindungi keintiman wanita dari bau yg kurang menyenangkan dan membantu mengimbangi PH yg seimbang di bahagian tersebut. Ia juga sesuai untuk ibu-ibu baru habis bersalin, bahkan untuk yang belum bernikah,yang bermasalah dengan miss v anda. Mengatasi segala masalah miss v dalam masa yang singkat.

Kebaikan Vee Spray:
• Membersihkan organ kewanitaan
 Mengurangkan Aroma Kurang Enak.(bau busuk)
 Mengurangkan keputihan pada miss v.
 Mengurangkan lendir berlebihan.
 Membuat organ wanita rapat dan ketat.
 Membuatkan miss v kelihatan pinkish dan gebu.


Kandungan:
• Air suling
• Glycerina
• Ekstrak manjakani
• Ekstrak sireh
• Ekstrak Pueraria Mirifica
• Aloe Vera

Harga sebotol Vee Spray cuma RM30!
100% guna bahan semulajadi ;)



Selain dari produk ni, korang boleh refer link kat bawah ni jugak:
www.harummalam.com
www.legacysecret.com
www.facebook.com/WanitaPerfect
www.facebook.com/HarumMalamHQ
https://www.facebook.com/LegacySecretTrading

Tuesday, 26 August 2014

Chriszen Moist Cake Foundation Murah


Assalamualaikum! :)


Kelebihan Chriszen Moist Cake:
Bertahan selama 24 jam
Kalis air (peluh)
Memulihkan kulit
Mencerahkan kulit
Melembapkan kulit
Menyembunyikan bintik hitam dan parut


Chriszen Moist Cake mengandungi:
L-Glutathione (Whitening)
UV Protection (SPF 50/PA+++)
Collagen (Anti-wrinkle)
Moisturizer (Moisturizing)



3 COLOURS TO SUIT YOUR SKIN:
No. 1 Merah Jambu Cerah (Light Pink)
No. 2 Merah Jambu (Pink)
No. 3 Kuning Langsat (Yellowish brown)



Setiap pembelian Chriszen Moist Cake akan dapat Chriszen Ampoule ♥

Chriszen Moist Cake ORIGINAL
Harga asal:
RM59 SM / RM63 SS
Harga untuk readers blog ni
RM45 SM / RM50 SS



CHRISZEN GEL EYELINER
Price: RM25(SM) RM29 (SS)
Chriszen gel eyeliner matte longlasting. Ini barulah "Trend Terkini"
Chriszen gel eyeliner ini hanya satu warna iaitu - hitam sengit
Perbezaan antara Chriszen Gel Eyeliner dan celak brand lain ialah:
- Warna hitam sengit (intense black+matte black)
- Karis air dan "smudgeproof"
- Tahan lama selama 24 jam sehari! (LONGLASTING)
- Licin pakai
- Senang lukis (terutamanya kepada sesiapa yang tidak tahu make-up)
- Berus eksklusif yang sekali dengan botol.
- Boleh memanjangkan berus dengan botol supaya senang pegang.
- Cepat kering selepas lukis di mata
- Memudahkan untuk melukis pelbagai jenis celak.
- Senang dicuci dengan pencuci muka atau make up remover.



Set Combo Chriszen
Chriszen Moist Cake (free ampoule)
Chriszen Gel Eyeliner
Chriszen sponge (worth RM20)
Price: RM80 SM / RM85 SS

Kalau beli kat website,
Total untuk 3 item - RM94.80

Dengan kite, cuma perlu bayar RM80! (untuk Semenanjung)
Dah jimat RM14.80, kan? ;)

Kite memang akan offer harga murah untuk pengunjung blog ni ;)

Oh! Selain tu ada banyak barang Chriszen yang lain;
Chriszen Colla Collagen - RM25
Chriszen Roller Moist Cream - RM55
Chriszen O2 Bubble - RM40
Harga exclude postage

Kepada yang berminat nak beli, sila contact
Diana - 016 201 2793 (SMS/WhatsApp/iMessage)
Darlina - 011 2922 9434 (SMS / WhatsApp / WeChat ONLY)
DO NOT CALL!
Jangan marah pulak kalau tak angkat call ;)

Nombor akaun akan diberikan selepas confirm order :)
Maybank / CIMB

Monday, 25 August 2014

Pertama kali tebus point di WhoHAA!


Assalamualaikum! :)

Baru baru ni FD ada tebus point kat WhoHAA!
Apa itu WhoHAA!?
Refer post ni
http://www.fatindiana.com/2013/12/whohaa.html

Nak kumpul banyak lagi untuk tebus Instax, tapi macam susah sangat je nak kumpul sebab sikit sangat kempen yang ada untuk kite jawab soalan :/


First, kite try tebus voucher makanan dulu :3

Pihak WhoHAA post voucher pada 19 Ogos.


FD terima voucher pada 24 Ogos yakni semalam :p

Tebus 2 voucher bernilai RM10

Voucher ni valid sampai tahun depan tau! :D
Jom kite ke Pizza Hut. Eh? :p


Lepas ni tebus voucher Popular pulak. Tak pun topup
Mihmihmihmih :3


Jom daftar WhoHAA dan tebus point!
http://bit.ly/WhoHAAdotcom

Sunday, 24 August 2014

Review novel: Pinjam


Assalamualaikum!


*abaikan makanan tu*

Sinopsis Pinjam
Shahrom seorang peminjam. Shahrom boleh pinjam apa saja. Jarang orang tahu Shahrom telah meminjam daripada mereka. Kebolehan Shahrom meminjam telah diasah sejak dari kecil lagi.

Mula-mula barang yang Shahrom pinjam adalah barangan fizikal. Kemudian dia asah kebolehannya sehingga dia boleh pinjam pemikiran manusia. Selalunya ketika Shahrom pinjam pemikiran orang lain Shahrom akan gunakannya untuk lakukan apa yang dia tidak berani lakukan dengan tubuhnya sendiri.

Satu hari Shahrom telah melakukan sesuatu yang tidak mudah dimaafkan. Untuk menyelamatkan dirinya, Shahrom bersembunyi di dalam satu tubuh yang menyebabkan dia terperangkap di dalamnya.



Bila baca sinopsis, mesti tak faham cara dia 'pinjam' tu, kan? Selalu dengar pinjam barang je. Mana ada pinjam 'barang' lain. Cara si Shahrom ni memang pelik dan unik. Dia je yang reti pinjam dengan cara dia sendiri.



Review by FD
Cerita ni memang buat FD berimaginasi. Boleh bayangkan kat tempat si Shahrom. Agak seronok jugak bila dapat pinjam 'barang' orang. Tapi takbole selalu pinjam dari orang yang sama. Sebelum Shahrom reti pinjam ni, dia selalu sangat kena maki dengan sepupu dia akibat selalu 'pinjam'. Shahrom selalu bagi alasan yang dia cuma nak pinjam. Tapi si sepupu fikir dia mencuri. Bila dah lelama tu, Shahrom dah masuk sekolah berasrama penuh. Mula mula dia suka pinjam buku. Satu hari, dia pinjam otak pemandu van perpustakaan bergerak. Pemandu tu buta huruf. Bila Shahrom pinjam badan si pemandu tu, pemandu tu mula reti membaca. Lelaki tu sendiri terkejut dengan kebolehan dia. Lepas tu lelaki tu berhenti kerja sebab nak belajar membaca lagi. Kemudian sepupu Shahrom pula ambil alih pekerjaan lelaki tadi. Sepupu Shahrom ada niat nak balas dendam. Dari mula sampai kesudah asyik berdendam je.
Lepas ujikaji dekat bekas driver, Shahrom try kat kawan baik dia pulak. Shahrom buat sampai bertahun-tahun. Sudahnya kawan dia jadi tak betul. Kesian sangat! Masa selalu pinjam badan kawan dia, Shahrom rasa macam diperhatikan. Shahrom sendiri tak pasti samada cuma perasaan dia atau betul betul diperhatikan.
Rupa-rupanya bukan dia sorang je yang boleh 'pinjam'. Ada orang lain yang ada kebolehan macam Shahrom. Shahrom terpaksa 'pinjam' nyawa lain. Nak tahu ending, beli novel ni! Rasanya memang akan ada sambungan. Sebab cerita ni tergantung.


Wednesday, 20 August 2014

Beraya dengan ex classmate ♥


Assalamualaikum! ♥

Cerita ni dah lama gila. Raya ke empat punya cerita. Raya ke 24 baru nak publish post. Nampak tak kesibukannya? Ihiks! >,< sibuk lah sangat, padahal selalu sangat terlupa. Kenapa cerita Raya ke 4 je? Raya pertama tak cerita? Sebab takde gambar dengan family pun :/ dengan cousin belambak ah :D

Raya pertama kat UIA, Gombak. Raya ke dua kat Sabak Bernam, Selangor. Raya ke tiga Beruas, Perak. Korang bayangkan, setiap hari naik kereta. Beraya kat atas jalan raya lah cerita dia. Kau ghase?! Gila tak kematu punggung? HAHAHA!
 Skip that one.

Raya ke tiga malam tu, FD baru je sampai rumah mak long kat UIA Gombak. Dah alang alang kat KL sebelum gerak balik Terengganu, cepat cepat FD arrange nak beraya kat rumah BFF masa sekolah menengah dulu. BFF FD tu pulak adik dia berkawan dengan adik FD. BFF jugak tauu! Kakak sama kakak, adik sama adik. Sama umur pulak tu.

Malam tu dah settle deal semua. Ajak Lan jadi driver :p
Yang pergi beraya ke Sepang tu:

Zhariff, Darlina (adik FD - takde dalam gambar), FD, Nina dan Lan
Kemain excited kau selfie guna monopod :p

Masa dalam perjalan, asyik ketawa borak itu ini. Semuanya kepala gila-gila. Zhariff dengan Lan dah selalu jumpa. Sebelum Raya haritu pun dah jumpa diorang. Nina je lama tak jumpa. Ayu sangat kawan kite tu sekarang tau :3

Perjalanan dari UIA Gombak ke Sepang lebih kurang 45-50 minit. Kira jumlah kasar sejam macam tu lah. Kesian Lan drive sorang je. Yang lain lain tak reti dengan tak berani je. Hehe



Akhirnya sampai jugak rumah Mia!


Wefie with monopod :p


please pedulikkan pipi yang kembang tu
Mia langsung tak berubah. Selalu sangat jadi excited plus hyper bila jumpa FD. Bayangkan 3 tahun tak jumpa since lepas SPM dulu. Nak berkepit je. Sama macam zaman sekolah dulu.
Arrghhh! Rindunyaaaa! >,<

Sampai rumah Mia dalam pukul 12 ke 1 macam tu. Lepas tu balik awal sebab Nina ada janji dengan bf dia. Mia pulak kena keluar pergi rumah saudara dia. So dapat jumpa pun 2 jam gitu. Tak cukup kot :(
Mia hebat tau. Lepas sekolah je dia dah boleh capai cita-cita dia. Teringin jadi model, dah jadi dah walaupun cuma part time je. Kerja kat KLIA nak jadi pramugari. Tak dapat jadi pramugari, kerja dalam KLIA pun jadi lah. As announcer pun kira okay apa. Level confident kena tinggi bila nak bercakap.


Lepas beraya kat rumah Mia, kitorang jalan-jalan kat One Utama pulak. Plan nak tengok wayang je. Bukan nak buat apa sangat. Bukan selalu dapat tengok wayang (padahal tiap kali turun KL, mesti tengok wayang :p)
Nak tengok wayang bila nampak ads Guardians of The Galaxy masa on the way ke One Utama. Bila dah pergi tengok list movie, nak tengok Step Up All In pulak dah. Sebab FD nak tengok Moose!!♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Okay, stop pasal Moose.



Zhariff belanja kite cupcake you'lls!


https://www.facebook.com/TwelveCupcakesMalaysia

Cupcake tolak tepi dulu. Kite makan nasi dulu. Lapar nasi sebenarnya :D
Masa makan, borak borak cakap Nina ada date dengan bf. FD dengan Zhariff panggil KA. Si Lan dah lost. Kejadah KA tu. FD pulak boleh bantai, "apa kau fikir kakak angkat ke dah kalau BF tu boyfriend?". Tersembur si Zhariff dengan yang lain gelak. Lan dengan muka lost dia. HAHAHA!
Tapi betul lah kan, tak pernah lagi orang buat shortform KA as kakak angkat :p

Lepas makan,  terus kite gerak ke TGV.

Kite layan Guardians of The Galaxy dulu.
Review? Tunggu next post.

Lepas habis tengok GOTG, semya berpecah except FD, Darlina and Lan. Nina with her bf and her bf's friend. Zhariff pulak balik awal sebab esoknya dia kerja. Tinggal kitorang bertiga je la. FD tak reti nak balik lagi. Terus ajak second trip. Hehehe. Kesian jugak kat Lan sebab dia yang drive. Penat kot drive. Tapi si Lan ni bagus. Tak merungut. Ikut jee. Sebelum second movie, kite makan cupcake kejap.

My Chocolate Cupcake ♥
Cupcake ni umph! Menggoda gila kau!
Sumpah sedap weh! Pergi beli kalau nak rasa.

Cuba teka second movie cerita apa?
YEAHHH! STEP UP ALL IN!! ♥
Masa nak beli tiket, orang tu tanya tiket dewasa atau budak. Fikir Darlina budak lagi. Bantai je cakap 3 dewasa. Bila Darlina datang kat kaunter, laki tu boleh tanya, "kembar ke?". Dua-dua pandang pelik. HAHAHAHA! Persoalannya; FD nampak muda atau Darlina nampak tua? :p
Sangat frust masa beli tiket sebab seat yang kosong row depan sekali Tak mendongak kau nak tengok movie? Lan dah jadi tak betul sebab duduk depan sekali, tambah dengan penat lagi. Sorry Lan :D


STEP UP ALL IN THE BEST!
Diorang punya move tu, pergh! Oi! Tunggu entri review lah! HAHA.

Lepas movie habis, semua balik ah. Keluar je panggung, semua kedai tutup.
Masa semua kedai tutup lah Lan buat gila.

video
Sengetkan kepala anda :p


Muka penat dua beradik.
Ada macam kembar ke? Jauh beza 7 tahun kot.

Gila kau tak penat? Keluar dari 11 pagi sampai 11 malam. Separuh hari tu! Kau ghase? Letih lah oii. Balik balik terus terlentang.

Tuesday, 19 August 2014

BELLEZA by Sofieya Beauty Secret! RM85 jer


Assalamualaikum! ♥


BELLEZA by Sofieya Beauty Secret!

❥ Kebaikan BELLEZA :
- Menjadikan kulit putih kemerah-merahan
- Menjadikan kulit glowing secara natural
- Melembut, menegangkan dan menganjalkan struktur kulit
- Membantu mengatasi masalah kulit kusam dan tidak berseri
- Mengecilkan liang roma
- Pencerahan sekata satu badan dan menyekatakantona kulit
- Mengandungi antioksidan untuk melambatkan proses penuaan
- Merawat masalah jerawat dari dalam dan memudarkan parut jerawat
- Memantapkan bentuk payudara dan punggung
- Memgetatkan faraj dan merawat keputihan
- Menghalang jangkitan pada vagina
- Menjadikan rambut lebih sihat, beralun dan hitam berkilat
- Menguatkan kuku dan merawat masalah tumit kaki merekah
- Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous


BELLEZA by Sofieya Beauty Secret!
ORIGINAL & MURAH!
RM85 SM / RM90 SS


Kepada yang berminat nak beli, sila contact
Diana - 016 201 2793 (SMS/WhatsApp/iMessage)
Darlina - 011 2922 9434 (SMS / WhatsApp / WeChat ONLY)
DO NOT CALL!
Jangan marah pulak kalau tak angkat call ;)

Nombor akaun akan diberikan selepas confirm order :)
Maybank / CIMB


Monday, 18 August 2014

Review novel: Suara Tengah Malam


Assalamualaikum! ♥

Kite review novel lagikkkkkkk! :D
Tapi bukan novel cinta lah, okay?
Akhir-akhir ni FD memang suka baca novel triller/seram gitu >,<


Tajuk: Suara Tengah Malam
Karya Mia Kajiwa


Sinopsis Suara Tengah Malam
Adam, penyiasat persendirian mencari isterinya yang diculik tiga tahun lalu. Dia telah menyewa sebuah bilik di sebuah rumah lama di Melaka dan berkenalan dengan Rafiq. Suara budak kecil yang kerap mereka dengari ketika senja menyanyikan lagu cina sering mengahantui mereka. Usaha mereka untuk menyiasat suara itu mendapat halangan daripada tuan rumah yang pembengis. Namun kehilangan Mazni, anak tuan rumah, telah membawa kepada penemuan baru. Suara siapakah itu? Dapatkah dia menemui semula isterinya?


Baca sinopsis je dah pening sebab ada banyak watak, kan?
Takpe, biar FD explain dalam review ni ;)

Review dari FD
Adam ke Melaka sebab nak cari isteri dia yang hilang kena culik. Adam tau siapa penculik isteri dia. Dia penyiasat, ada yang dengki dengan Adam. Rafiq pulak ke Melaka sebab dapat offer kerja sana. Susah payah dia nak cari rumah sewa. Kawan opis Rafiq yang suggest duduk kat rumah yang nampak macam puaka tu. First, Rafiq yg sewa bilik dulu. Kemudian baru Adam masuk pulak. Mula-mula Adam cuma duduk hotel murah. Dia fikir untuk sementara je. Masa kat hotel murah, dia kena kacau dengan mak nyah. Tak pasal-pasal Adam berkawan dengan mak nyah tu. Sampai Adam dah nak keluar dari hotel murah, mak nyah ni cadangkan Adam sewa bilik kat satu tempat ni. Sewa murah. RM50 ke RM100 tah. Rupa-rupanya mak nyah ni ada sebab kenapa dia suruh Adam sewa bilik kat situ.

Mazni si anak tuan rumah, FD tak ingat nama tuan rumah tu. Tetiba muncul dalam cerita tu. Mazni tak berapa berani nak layan lelaki sebab dia sendiri ada kisah lampau. Sebab tu bila Rafiq nak tegur-tegur, si Mazni ni macam endah tak endah je. Kesian pun ada. Eh, dah belit-belit pulak cerita. Mazni ni ada adik lelaki. Adik lelaki yg tak guna. Tau nak hangin je, macam mak dia jugak si tuan rumah tu. Lepas tu malam-malam tau nak merayau pegi hisap itu ini. Habiskan duit orang. End up adik Mazni masuk kumpulan gengster. Ketua gengster tu nakkan si Mazni. Tapi Mazni tak layan, terus kena culik.

Cerita dalam ni banyak yang kait kait. Isteri Adam kena culik dengan salah seorang yang ada kaitan dengan sekian sekian. Lepas tu si mak nyah tu ada hubungan dengan sekian sekian. Mak nyah tu bukan mak nyah pada asalnya. Jadi mak nyah pun bersebab. Yang pasti bukan sebab dia ada nafsu dengan kaum Adam ni.

Ending dia memang kite sendiri tak dapat nak jangka. Ending cerita ni buatkan FD teringat kat adik OKU yg kurus kering tak makan selama beberapa bulan tu. Yang kecoh sampai masuk berita tu, ingat? Serious sama dengan macam mana cerita tu bagitau situasi si budak... Haaa, budak apa? Budak yang selalu nyanyi lagu Cina waktu senja tu lah. Budak tu pulak sebenarnya anak siapa?

Korang kena beli novel ni. BEST okay! Sebab ending bukan cliche.


Sunday, 17 August 2014

Choc Moist Mini Cupcake


Assalamualaikum! ♥

Since last week ada yang minta resepi dari FD lepas FD post gambar choc moist mini cupcake, baru sekarang FD dapat share dengan korang. Sorry ye lambat! >,<

Sebenarnya bahan dia simple gila! Tepung pulak korang boleh dapatkan di kedai bakeri yang jual bahan bahan buat kek , kuih dan seangkatan dengannya :p
1 pack tepung tu cuma berharga RM6-7 something gitu. Murah je, kan?



Bahan bahan:
1 pack (500 gram) tepung choc chip / choc moist cake
4 biji telur
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan air masak



Cara-cara:
Masukkan semua bahan tadi dalam 1 mangkuk atau bekas besar.
Kemudian, gaul sehingga sebati.
Sambil gaul bahan bahan tu, panaskan air dalam periuk kukus. YES! Kita kukus je. Simple :)

Sementara nak tunggu air mendidih dalam periuk tu, kite masukkan dapat setiap bekas cupcake (FD guna bekas kecik yg selalu buat untuk kuih je)


Dah siap letak semua bekas, kite kukus semua ni! :D



Tak sampai 5 minit dah kembang dah pun. Siap dah :D
Jangan pulak korang kukus sampai setengah jam, lain pulak jadinya kang :p



Nampak choc chip yang timbul tu? Yummy! :D


1 paket tepung tu korang boleh dapat lebih dari 50 mini cupcake mungkin?
Bergantung pada size bekas cupcake / muffin tu :)



FD saje over letak whipped cream.



Macma ni ha rupa whipped cream tu.
Korang boleh beli kat pasaraya yang terdekat ye :D


So berakhir lah sudah resepi mini cupcake yang comel lote ni :p

Friday, 15 August 2014

Aurawhite Bubbly ♥ MURAH & ORIGINAL


Assalamualaikum! ♥

AURAWHITE BUBBLY yang diformulasi khas untuk korang yang feeling REMAJA gitu!
Sesuai untuk remaja 12 tahun – 25 tahun tau.. Yang umur lebih dari tu boleh minum Aurawhite Berry , Aurawhite Choc atau Aurawhite Stemcell ! Nie untuk REMAJA je tau ! Sesuai untuk Jejaka & Gadis-gadis comel yang minat dengan KOREAN COLLAGEN & NAK CERAH GEBU PERSIS RETIS KOREA !




KELEBIHAN AURAWHITE BUBBLY FOR TEENAGER:
♥ Berperisa CANDYSWEET Strawberry yang super LAZAT !
(P/S : JANGAN TELAN SATU BOTOL SUDAH )
♥ mencerahkan kulit & melembapkan kulit
♥ meransang penghasilan kolagen untuk remaja
♥ memberi tenaga
♥ baik untuk daya ingatan terutama pelajar
♥ atasi kulit jerawat n berminyak normally remaja tak terlepas ada problem kulit berminyak cos hormone berubah apabila usia meningkat
♥ di perkaya dengan salmon collagen peptide, manuka honey, grapeseed, vitamin C,E & A.
♥ kurangkan rambut gugur & rekahan tumit kaki
♥ menyerlahkan aura wajah
♥ kulit yang bersinar sinar !
♥ tubuh badan yang sihat


Pelakon Rindu Awak 200% si Ayda Jebat ni pun consume Aurawhite Bubbly tau ♥


Aurawhite Bubbly ♥
Harga asal: RM80 SM / RM90 SS

Harga untuk pengunjung www.fatindiana.com ,
FD offer Aurawhite Bubbly murah punya. Yang penting, ORIGINAL!
RM65 SM / RM70 SS


Kepada yang berminat nak beli, sila contact
Diana - 016 201 2793 (SMS/WhatsApp/iMessage)
Darlina - 011 2922 9434 (SMS / WhatsApp / WeChat ONLY)
DO NOT CALL!
Jangan marah pulak kalau tak angkat call ;)

Nombor akaun akan diberikan selepas confirm order :)
Maybank / CIMB

Thursday, 14 August 2014

Tuan Rumah Pembantu Rumah Full Episode


Assalamualaikum! ♥



Sinopsis Tuan Rumah Pembantu Rumah
“Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?



Judul : Tuan Rumah Pembantu Rumah
Genre : Komedi, Romantik
Siaran : Setiap hari Sabtu dan Ahad
Waktu  : 6.00 - 6.30 petang
Saluran : Slot Dramady TV3
Penulis Novel : Orkid Edyliyne
Terbitan : JS Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Zoey Rahman, Nad Zainal, Hisham Hamid, Ramona Zamzam, Syafiq Kyle, Afzan Rahman, Hilal Azman, Aleza Shadan, Nonny Nadirah , Sofea Shaheera, Emma Akma, Zazky Baginda, Ema Bibi Azman, Manan Sulaiman, Eddie Jufri


Tuan Rumah Pembantu Rumah Full Episode
Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6  
Episod 7   Episod 8    Episod 9    Episod 10  Episod 11  Episod 12
Episod 13   Episod 14   Episod 15   Episod 16   Episod 17   Episod 18
Episod 19  Episod 20  Episod 21  Episod 22  Episod 23   Episod 24

Wednesday, 13 August 2014

Review novel: Ketakutan


Assalamualaikum! ♥

Dah lama rasanya FD tak review novel. Last review bulan April yang lepas. Sekarang dah Ogos. Lama tu oii! Sebenarnya kalau nak diikutkan, nak review dua minggu sekali. Tapi selalu sangat terlupa + takde masa. And opkos sebab line internet yang tak berapa nak laju.

Novel yang FD nak review ni FD baca lama dah. Bulan Mei kalau tak silap.

Ketakutan by Aisa Linglung , Izwan Hafifi, Hasrul Rizwan , Amal Hamsan, Wan Shafiq, Gaban Morka , Amirul Bozu, Ophan Bunjos, The Bent Pencil, Nash Azly , Shafiq Helmi, Fikri Misti, Razman, Syahid Abdullah, Khrlhsym.

Ia satu lumrah dan fitrah. Daripada ketakutan muncul semangat dan keberanian. Malah ego, marah, benci, dendam, cinta juga boleh beranak dan membiak dari ketakutan. Baik ia tampak jelas di mata kasar mahupun terselindung di sebalik hijab, seru sebuah ketakutan itu dibungkus dalam buku ini.



Dalam novel ni, ada ramai penulis. So ada baaaaaanyak cerita! Memang semuanya seram seram lah baq ang! FD sendiri tak ingat kebanyakan tajuk. Yang ingat gambar tilam ada tompok darah, dengan cerita teddy bear kuning.


Tengah baca tajuk Teddy Bear Kuning sambil
ditemani teddy bear putih hadiah dari Oki Store ♥
Kau ghase?! Gila tak rasa seram tu.

Ingat dua cerita tu je lah sebab dua tu je yang paling seram. Tapi, yang memang seram gegila cerita tedyy bear kuning tu lah. Cerita ni pasal anak perempuan ni asyik mintak teddy bear kat si ayah. Si ayah ni pulak selalu sangat terlupa dan takde masa nak belikan teddy bear yang si anak ni mintak. Satu hari tu si ayah ni nampak teddy bear kuning yang nampak bersih dan elok kat pembuangan sampah. Tanpa fikir panjang, si ayah ni ambik lah patung tu dan bagi kat si anak. Lepas tu, macam macam benda yang jadi sejak teddy bear tu ada. Si anak selalu bercakap dengan teddy bear. Apa yang si anak buat, semuanya si anak cakap si teddy bear yang suruh. Si ibu tak sedap hati, lepas tu mengadu pada si ayah. Si ayah ni endah tak endah je bila si ibu mengadu. Esoknya tetiba kawan si ayah ni buka cerita pasal teddy bear. Lepas tuuuuu.....
Korang beli lah novel ni! HAHAHA! xD
Tak best lah kalau FD cerita sampai habis, kaaaaaannnn? :p


Seriously, korang kena beli novel ni.
Untuk yang jenis memang suka novel genre horror lah.

Nanti FD review novel lagi ye ♥



Tuesday, 12 August 2014

Robin Williams mati bunuh diri


Assalamualaikum! ♥




Tengah scroll gambar dekat Instagram, tetiba nampak post yang inform Robin Williams ni dah mati. Ya Allah! Terkejut sangat-sangat! Tak sangka yang dia dah takde. FD fikir kot meninggal sebab ada sakit ke apa ke. Tapi rupa-rupanya dia bunuh diri. Sebab apa bunuh diri, FD sendiri tak tahu info lebih lanjut.


FD memang minat sesangat dengan Robin Williams ni. Minat dengan cara dia berlakon BEST!


First movie yang FD tengok masa kecik kecik dulu. Filem Jumanji.
Yang ni best sebab game dadu dia lain macam. Bawak ke dunia dalam game tu. Apa FD cakap ni? Ahh! Korang faham lah kan. Mesti pernah tengok filem ni. Mula-mula ego je dalam cerita ni sebab masa kecik kecik dulu tak rapat dengan family. Ending cerita ni pun best.



Bicentennial Man ni pulak lagi lah BEST!
RW jadi robot, lepas tu sikit sikit dah mula ada perasaan. Then jadi manusia, jatuh hati. Upgrade robot nampak macam manusia. Kahwin, bahagia. Kahwin dengan manusia. Manusia, dah tentu lah akan mati. Dia ikut mati sama lepas isteri dia mati. How sweet..


Banyak lagi filem lakonan Robin Williams yang FD dah tengok. Memang semuanya best best lah! Lakonan dia mantap. Tapi masih lagi tak sangka yang dia mati sebab bunuh diri. Haishhhh :/
Takde dah pelakon yang berbakat macam RW ni.


Rest in peace, Robin Williams 
berita lanjut di Yahoo!


Monday, 11 August 2014

CPUV bulan Mei dan Julai 2014


Assalamualaikum! :)


*gambar tak tah pape sebab guna phone*

Bulan Mei yang lepas ada dapat CPUV walaupun blog tak berapa aktif. Dapat 2 CPUV untuk bulan Mei. Nestum #MoreLife and Sanofi Lactacyd April 2014.

Bulan Jun lagi tak aktif! Ada 3 post je kot. Aiyakk! Makin lama makin busy. Susah nak update belog sekarang ni sebab masalah takde laptop. Plus, dengan line internet yang macam haram ni ha. But still dapat CPUV. Cuma tak ingat untuk kempen apa ^^'



Untuk bulan Julai yang lepas, alhamdulillah. Banyak jugak dapat CPUV walaupun sikit sikit je dapat earning tu. Hadiah birthday dari Nuffnang mungkin :p
♥ Dove Hairfall Rescue
♥ Tesco Delivery Lab
♥ Fashion Pitch/Writers Unleashed
♥ Mayfair Bodyline - July 2014
♥ Xperia Z2 Launch


Thank you so much Nuffnang!

And thanks to you guys too!
Sebab masih sudi datang ke belog FD :*