Drama adaptasi novel

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Full Episod

September 09, 2014




Sinopsis Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?



Judul : Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Saluran : Slot Akasia 2014
Waktu siaran: 7 malam / Isnin-Khamis
PELAKON : Fahrin Ahmad, Sara Ali, Ika Nabella, Hefny Sahad, Amy Mastura, Zamarul Hisyam, Tasha Shilla, Reza Hasbi, Azri AF9, Shella Faeiz, Marr Mohamad dan Sabreena Ibrahim.


Maaf Jika Aku Tak Sempurna Full Episod
Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6
Episod 7   Episod 8    Episod 9    Episod 10  Episod 11  Episod 12
Episod 13   Episod 14   Episod 15   Episod 16   Episod 17   Episod 18
Episod 19  Episod 20  Episod 21  Episod 22  Episod 23   Episod 24
Episod 25  Episod 26   Episod 27  Episod 28  Episod 29   Episod 30

You Might Also Like

3 comments

  1. Kenapa la buat pukul 7, time tu mmg busy nk tgk tv...cite plak best-best

    ReplyDelete
  2. rindu blog fatin.. :( huhu

    ni blog shawal yg baru, Han Woo Hwan's Blog fatin ingat lagi ke shawal? huhu

    ReplyDelete