Monday, 18 August 2014

Review novel: Suara Tengah Malam


Assalamualaikum! ♥

Kite review novel lagikkkkkkk! :D
Tapi bukan novel cinta lah, okay?
Akhir-akhir ni FD memang suka baca novel triller/seram gitu >,<


Tajuk: Suara Tengah Malam
Karya Mia Kajiwa


Sinopsis Suara Tengah Malam
Adam, penyiasat persendirian mencari isterinya yang diculik tiga tahun lalu. Dia telah menyewa sebuah bilik di sebuah rumah lama di Melaka dan berkenalan dengan Rafiq. Suara budak kecil yang kerap mereka dengari ketika senja menyanyikan lagu cina sering mengahantui mereka. Usaha mereka untuk menyiasat suara itu mendapat halangan daripada tuan rumah yang pembengis. Namun kehilangan Mazni, anak tuan rumah, telah membawa kepada penemuan baru. Suara siapakah itu? Dapatkah dia menemui semula isterinya?


Baca sinopsis je dah pening sebab ada banyak watak, kan?
Takpe, biar FD explain dalam review ni ;)

Review dari FD
Adam ke Melaka sebab nak cari isteri dia yang hilang kena culik. Adam tau siapa penculik isteri dia. Dia penyiasat, ada yang dengki dengan Adam. Rafiq pulak ke Melaka sebab dapat offer kerja sana. Susah payah dia nak cari rumah sewa. Kawan opis Rafiq yang suggest duduk kat rumah yang nampak macam puaka tu. First, Rafiq yg sewa bilik dulu. Kemudian baru Adam masuk pulak. Mula-mula Adam cuma duduk hotel murah. Dia fikir untuk sementara je. Masa kat hotel murah, dia kena kacau dengan mak nyah. Tak pasal-pasal Adam berkawan dengan mak nyah tu. Sampai Adam dah nak keluar dari hotel murah, mak nyah ni cadangkan Adam sewa bilik kat satu tempat ni. Sewa murah. RM50 ke RM100 tah. Rupa-rupanya mak nyah ni ada sebab kenapa dia suruh Adam sewa bilik kat situ.

Mazni si anak tuan rumah, FD tak ingat nama tuan rumah tu. Tetiba muncul dalam cerita tu. Mazni tak berapa berani nak layan lelaki sebab dia sendiri ada kisah lampau. Sebab tu bila Rafiq nak tegur-tegur, si Mazni ni macam endah tak endah je. Kesian pun ada. Eh, dah belit-belit pulak cerita. Mazni ni ada adik lelaki. Adik lelaki yg tak guna. Tau nak hangin je, macam mak dia jugak si tuan rumah tu. Lepas tu malam-malam tau nak merayau pegi hisap itu ini. Habiskan duit orang. End up adik Mazni masuk kumpulan gengster. Ketua gengster tu nakkan si Mazni. Tapi Mazni tak layan, terus kena culik.

Cerita dalam ni banyak yang kait kait. Isteri Adam kena culik dengan salah seorang yang ada kaitan dengan sekian sekian. Lepas tu si mak nyah tu ada hubungan dengan sekian sekian. Mak nyah tu bukan mak nyah pada asalnya. Jadi mak nyah pun bersebab. Yang pasti bukan sebab dia ada nafsu dengan kaum Adam ni.

Ending dia memang kite sendiri tak dapat nak jangka. Ending cerita ni buatkan FD teringat kat adik OKU yg kurus kering tak makan selama beberapa bulan tu. Yang kecoh sampai masuk berita tu, ingat? Serious sama dengan macam mana cerita tu bagitau situasi si budak... Haaa, budak apa? Budak yang selalu nyanyi lagu Cina waktu senja tu lah. Budak tu pulak sebenarnya anak siapa?

Korang kena beli novel ni. BEST okay! Sebab ending bukan cliche.


No comments: