Novel

Review novel: Pinjam

August 24, 2014


Assalamualaikum!


*abaikan makanan tu*

Sinopsis Pinjam
Shahrom seorang peminjam. Shahrom boleh pinjam apa saja. Jarang orang tahu Shahrom telah meminjam daripada mereka. Kebolehan Shahrom meminjam telah diasah sejak dari kecil lagi.

Mula-mula barang yang Shahrom pinjam adalah barangan fizikal. Kemudian dia asah kebolehannya sehingga dia boleh pinjam pemikiran manusia. Selalunya ketika Shahrom pinjam pemikiran orang lain Shahrom akan gunakannya untuk lakukan apa yang dia tidak berani lakukan dengan tubuhnya sendiri.

Satu hari Shahrom telah melakukan sesuatu yang tidak mudah dimaafkan. Untuk menyelamatkan dirinya, Shahrom bersembunyi di dalam satu tubuh yang menyebabkan dia terperangkap di dalamnya.



Bila baca sinopsis, mesti tak faham cara dia 'pinjam' tu, kan? Selalu dengar pinjam barang je. Mana ada pinjam 'barang' lain. Cara si Shahrom ni memang pelik dan unik. Dia je yang reti pinjam dengan cara dia sendiri.



Review by FD
Cerita ni memang buat FD berimaginasi. Boleh bayangkan kat tempat si Shahrom. Agak seronok jugak bila dapat pinjam 'barang' orang. Tapi takbole selalu pinjam dari orang yang sama. Sebelum Shahrom reti pinjam ni, dia selalu sangat kena maki dengan sepupu dia akibat selalu 'pinjam'. Shahrom selalu bagi alasan yang dia cuma nak pinjam. Tapi si sepupu fikir dia mencuri. Bila dah lelama tu, Shahrom dah masuk sekolah berasrama penuh. Mula mula dia suka pinjam buku. Satu hari, dia pinjam otak pemandu van perpustakaan bergerak. Pemandu tu buta huruf. Bila Shahrom pinjam badan si pemandu tu, pemandu tu mula reti membaca. Lelaki tu sendiri terkejut dengan kebolehan dia. Lepas tu lelaki tu berhenti kerja sebab nak belajar membaca lagi. Kemudian sepupu Shahrom pula ambil alih pekerjaan lelaki tadi. Sepupu Shahrom ada niat nak balas dendam. Dari mula sampai kesudah asyik berdendam je.
Lepas ujikaji dekat bekas driver, Shahrom try kat kawan baik dia pulak. Shahrom buat sampai bertahun-tahun. Sudahnya kawan dia jadi tak betul. Kesian sangat! Masa selalu pinjam badan kawan dia, Shahrom rasa macam diperhatikan. Shahrom sendiri tak pasti samada cuma perasaan dia atau betul betul diperhatikan.
Rupa-rupanya bukan dia sorang je yang boleh 'pinjam'. Ada orang lain yang ada kebolehan macam Shahrom. Shahrom terpaksa 'pinjam' nyawa lain. Nak tahu ending, beli novel ni! Rasanya memang akan ada sambungan. Sebab cerita ni tergantung.


You Might Also Like

7 comments

  1. macam best ja..tapi selalu novel mcm ni ada sambungan kan FD?

    ReplyDelete
  2. tgok roti buh milo tu lg sedap la..hehehe

    ReplyDelete
  3. macam cite hantu je.

    btw makanan tu serius nampak sedap

    ReplyDelete
  4. selamat malam... hehee..jom blogwalking sebelum tidur :)

    ReplyDelete
  5. baca novel sambil makan roti bubuh milo tu memang layan...hee

    ReplyDelete
  6. makanan tu jugak yang diperhatikan walaupun cover buku tu unik...hehehhe
    sedap tu roti milo

    ReplyDelete
  7. macam cerit misteri sangat. menarik pulak tu. nak try cari la.

    ReplyDelete