Kawan

Beraya dengan ex classmate ♥

August 20, 2014


Assalamualaikum! ♥

Cerita ni dah lama gila. Raya ke empat punya cerita. Raya ke 24 baru nak publish post. Nampak tak kesibukannya? Ihiks! >,< sibuk lah sangat, padahal selalu sangat terlupa. Kenapa cerita Raya ke 4 je? Raya pertama tak cerita? Sebab takde gambar dengan family pun :/ dengan cousin belambak ah :D

Raya pertama kat UIA, Gombak. Raya ke dua kat Sabak Bernam, Selangor. Raya ke tiga Beruas, Perak. Korang bayangkan, setiap hari naik kereta. Beraya kat atas jalan raya lah cerita dia. Kau ghase?! Gila tak kematu punggung? HAHAHA!
 Skip that one.

Raya ke tiga malam tu, FD baru je sampai rumah mak long kat UIA Gombak. Dah alang alang kat KL sebelum gerak balik Terengganu, cepat cepat FD arrange nak beraya kat rumah BFF masa sekolah menengah dulu. BFF FD tu pulak adik dia berkawan dengan adik FD. BFF jugak tauu! Kakak sama kakak, adik sama adik. Sama umur pulak tu.

Malam tu dah settle deal semua. Ajak Lan jadi driver :p
Yang pergi beraya ke Sepang tu:

Zhariff, Darlina (adik FD - takde dalam gambar), FD, Nina dan Lan
Kemain excited kau selfie guna monopod :p

Masa dalam perjalan, asyik ketawa borak itu ini. Semuanya kepala gila-gila. Zhariff dengan Lan dah selalu jumpa. Sebelum Raya haritu pun dah jumpa diorang. Nina je lama tak jumpa. Ayu sangat kawan kite tu sekarang tau :3

Perjalanan dari UIA Gombak ke Sepang lebih kurang 45-50 minit. Kira jumlah kasar sejam macam tu lah. Kesian Lan drive sorang je. Yang lain lain tak reti dengan tak berani je. Hehe



Akhirnya sampai jugak rumah Mia!


Wefie with monopod :p


please pedulikkan pipi yang kembang tu
Mia langsung tak berubah. Selalu sangat jadi excited plus hyper bila jumpa FD. Bayangkan 3 tahun tak jumpa since lepas SPM dulu. Nak berkepit je. Sama macam zaman sekolah dulu.
Arrghhh! Rindunyaaaa! >,<

Sampai rumah Mia dalam pukul 12 ke 1 macam tu. Lepas tu balik awal sebab Nina ada janji dengan bf dia. Mia pulak kena keluar pergi rumah saudara dia. So dapat jumpa pun 2 jam gitu. Tak cukup kot :(
Mia hebat tau. Lepas sekolah je dia dah boleh capai cita-cita dia. Teringin jadi model, dah jadi dah walaupun cuma part time je. Kerja kat KLIA nak jadi pramugari. Tak dapat jadi pramugari, kerja dalam KLIA pun jadi lah. As announcer pun kira okay apa. Level confident kena tinggi bila nak bercakap.


Lepas beraya kat rumah Mia, kitorang jalan-jalan kat One Utama pulak. Plan nak tengok wayang je. Bukan nak buat apa sangat. Bukan selalu dapat tengok wayang (padahal tiap kali turun KL, mesti tengok wayang :p)
Nak tengok wayang bila nampak ads Guardians of The Galaxy masa on the way ke One Utama. Bila dah pergi tengok list movie, nak tengok Step Up All In pulak dah. Sebab FD nak tengok Moose!!♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Okay, stop pasal Moose.



Zhariff belanja kite cupcake you'lls!


https://www.facebook.com/TwelveCupcakesMalaysia

Cupcake tolak tepi dulu. Kite makan nasi dulu. Lapar nasi sebenarnya :D
Masa makan, borak borak cakap Nina ada date dengan bf. FD dengan Zhariff panggil KA. Si Lan dah lost. Kejadah KA tu. FD pulak boleh bantai, "apa kau fikir kakak angkat ke dah kalau BF tu boyfriend?". Tersembur si Zhariff dengan yang lain gelak. Lan dengan muka lost dia. HAHAHA!
Tapi betul lah kan, tak pernah lagi orang buat shortform KA as kakak angkat :p

Lepas makan,  terus kite gerak ke TGV.

Kite layan Guardians of The Galaxy dulu.
Review? Tunggu next post.

Lepas habis tengok GOTG, semya berpecah except FD, Darlina and Lan. Nina with her bf and her bf's friend. Zhariff pulak balik awal sebab esoknya dia kerja. Tinggal kitorang bertiga je la. FD tak reti nak balik lagi. Terus ajak second trip. Hehehe. Kesian jugak kat Lan sebab dia yang drive. Penat kot drive. Tapi si Lan ni bagus. Tak merungut. Ikut jee. Sebelum second movie, kite makan cupcake kejap.

My Chocolate Cupcake ♥
Cupcake ni umph! Menggoda gila kau!
Sumpah sedap weh! Pergi beli kalau nak rasa.

Cuba teka second movie cerita apa?
YEAHHH! STEP UP ALL IN!! ♥
Masa nak beli tiket, orang tu tanya tiket dewasa atau budak. Fikir Darlina budak lagi. Bantai je cakap 3 dewasa. Bila Darlina datang kat kaunter, laki tu boleh tanya, "kembar ke?". Dua-dua pandang pelik. HAHAHAHA! Persoalannya; FD nampak muda atau Darlina nampak tua? :p
Sangat frust masa beli tiket sebab seat yang kosong row depan sekali Tak mendongak kau nak tengok movie? Lan dah jadi tak betul sebab duduk depan sekali, tambah dengan penat lagi. Sorry Lan :D


STEP UP ALL IN THE BEST!
Diorang punya move tu, pergh! Oi! Tunggu entri review lah! HAHA.

Lepas movie habis, semua balik ah. Keluar je panggung, semua kedai tutup.
Masa semua kedai tutup lah Lan buat gila.

video
Sengetkan kepala anda :p


Muka penat dua beradik.
Ada macam kembar ke? Jauh beza 7 tahun kot.

Gila kau tak penat? Keluar dari 11 pagi sampai 11 malam. Separuh hari tu! Kau ghase? Letih lah oii. Balik balik terus terlentang.

You Might Also Like

3 comments