Thursday, 26 June 2014

Kerana Terpaksa Aku Relakan Full Episod




Sinopsis Kerana Terpaksa Aku Relakan

Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.

Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga  segar berbau harum.

“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin

Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…

“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina

“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin



Slot Akasia TV3
Pengarah: Azma Aizal Yusoof
Penulis novel : Umie Nadzimah
Terbitan : Primeworks Studios
PELAKON : Amar Baharin (Tajul Razin), Izreen Azminda (Indah Halina), Syafiq Kyle (Tajul Fahin), Iqram Dinzly (Inspector Aryan), Ika Nabella (Hasma), Nadia Aqilah Bajuri (Zawati)


Kerana Terpaksa Aku Relakan Full Episode
Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6    Episod 7
Episod 8    Episod 9     Episod 10  Episod 11  Episod 12  Episod 13  Episod 14
Episod 15  Episod 16   Episod 17  Episod 18  Episod 19  Episod 20  Episod 21
Episod 22  Episod 23   Episod 24  Episod 25  Episod 26  Episod 27  Episod 28

2 comments:

Mama Safiy Arfan said...

benci dgn episod skrg.huhu..kesian razin n indah

muhammad hafizi said...

best ke cerita ni?