Novel

Review novel: Bakal Isteriku, Gangsternya!

April 10, 2014


Assalamualaikum




Sinopsis Bakal Isteriku, Gangsternya!
Zyya Adrianna Bella, nama yang indah secantik rupanya, tapi perangai macam gengster. Berumur 17 tahun dan bersekolah dalam sebuah sekolah persendirian yang didirikan papanya, Tan Sri Iskandar. Dikelilingi hero-hero yang sentiasa menjaga kebajikannya, Rayyan, Ilham, Faryzal dan Nazarul.
Tengku Syamrein Ashraf, pewaris tunggal empayar Harizen Corporation yang baru pulang dari Amerika. Niat di hati ingin mencari Zyya yang dirindui. Akhirnya bertembung dengan Bella, langsung jatuh hati. Sanggup jadi tutor peribadi di sisi ‘Gangster Princess’ hanya kerana nak ubah perangai Bella supaya jadi Zyya.

“Awak tau tak Bella, walau setinggi mana pun awak dijunjung, jangan sesekali awak terniat untuk menindas orang di bawah awak. Saya tahulah awak tu princess, tapi tak payahlah sampai nak cederakan orang lain! Awak tak ada otak ke untuk berfikir mana yang baik mana yang buruk!”

Mampukah Syamrein mengubah perangai Bella yang agak gengster dan menyakitkan hati itu? Apakah dia sebenarnya memang sudah jatuh hati pada Bella? Bisakan Bella yang gangster menjadi seorang yang lemah lembut? Apa yang pasti, Syamrein dan Bella, bolehkah berjalan seiring?


Review novel:
Selalu cerita perempuan pengkid. Ni gengster. Muda pulak tu, umur 17 tahun. Ambik SPM. Perangai nauzubillah, ganas gila. Bella asalnya seorang gadis yang manja. Semuanya berubah lepas mama Bella meninggal dunia dan selepas Rayyan berhijrah ke negara orang. Muncul pula Syamrein, kawan masa zaman kecik Bella dulu. Tapi masing-masing tak kenal sampaikan asyik bergaduh asal jumpa. Walaupun selalu bertekak macam kucing dan anjing, Syamrein tetap sabar dengan perangai Bella lagi-lagi lepas Syamrein jadi private tutor Bella atas permintaan papa Bella. Semuanya rancangan papa Bella dan orang tua Syamrein untuk rapatkan diorang sampai lah satu hari tu Bella dan Syamrein kena tangkap basah! Gila, kan? Bella ni nampak je gengster, tapi sebenarnya baik. Tak pernah berkira dengan kawan kawan dia. Tapi kalau orang lain usik kawan kawan dia, nahas lah kau kena dengan Bella. 
Eh, nak tau lagi pergi lah beli novel ni dan baca. Best gila! 👍 kalau diaptasi ke drama pun best ni. Kena cari pelakon yang cantik, kecik tapi nampak ganas untuk bawa watak Bella :D


You Might Also Like

6 comments

  1. Dah baca dah novel ni. Tp orang lain punya. Now, rasa macam nak cari je novel ni, nak beli. Best~

    ReplyDelete
  2. Blogwalking.

    Jemput join =)

    Hadiah : Produk Herbalife, Naked 2 eye shadow, BAP cap, shawl sugarscarf dan banyak lagi

    http://sayasyiera.blogspot.com/2014/04/syiera-firdauss-april-giveaway.html

    ReplyDelete