Sunday, 16 February 2014

Review novel: Jangan Baca Novel Ni / Tiada Tajuk / Akhir



Tajuk: Jangan Baca Novel Ni
Penulis: Ismi Fa Ismail
Harga: RM20.90

Sinopsis dari Goodreads - Try novel ini. Tapi jangan baca seorang diri. Make sure ada teman. Sebab ada kemungkinan anda akan berasa aneh. Juga berhalusinasi benda yang bukan-bukan. Novel ini bukan untuk mereka yang lemah semnagat. Tapi untuk mereka yang nak menjana minda dan menguatkan jantung, sebab semakin jauh membaca otak ada akan semakin ligat berputar dan jantung anda akan semakin kuat berdebar-debar. Tak percaya? cubalah.

Review Jangan Baca Novel Ni:
Kan pernah cakap, typical Malaysian. Benda yang dilarang tu lah yang kite nak baca. Macam tajuk novel ni, dah terang terang tulis 'Jangan Baca Novel Ni', tapi kite degil jugak nak baca. Masa baca ni, baca sensorang. Bila baca, kite akan berimaginasi. Kite macam masuk sekali dalam novel tu. Agak seram jugak. Watak utama dalam novel ni Anom, Adib dan Munir. Munir jumpa Adib kat perkampungan masa dalam perjalanan nak balik kampung Munir. Munir baca novel yang Adib selalu bawa ke hulur ke hilir. Novel tu Anom yang tulis, mak pada si Adib. Semua cerita dalam novel ni macam karut, tapi menarik. Orang boleh terbang, mengandung tapi masih dara, yang mati bangun semula, dan macam macam cerita dalam novel ni. Lepas baca, ada je benda jadi. Tapi dah share kat sini, gasak ah.
Ending cerita ni tergantung lepas ada Zack siasat pasal novel kepunyaan Adib ni. Rupa-rupanya ada sambungan. Nasib baik ada yang bagitau kat instagram, kalau tidak, sampai kesudah FD tak tau. Thank you guys ♥



Tiada Tajuk,
sambungan dari Jangan Baca Novel Ini tulisan Ismi Fa Ismail.
Harga: RM23.90

Sinopsis dari Goodreads.

Nak gembira?
Nak tersenyum?
Nak bahagia?
Nak ketenangan?
Nak harapan?
Nak kesempurnaan?
TAK PAYAH.
Kalau nak juga, jangan baca novel ni. Tutup dan buang jauh-jauh. Sebab novel ni untuk mereka yang mahu merasakan keTIADAan…
Jangan gusar dengan kulitnya yang kosong. Memang begitu. Sebab novel ini tak ada tajuk. Dan ia adalah sebuah sekuel. Sekuel kepada apa anda tanya? Cari sendiri. Novel saya sebelum ini yang kulit depannya hitam dan bertulisan merah macam darah. Baca yang itu dulu. Baru anda boleh merasai ketiadaan yang novel ini ingin tawarkan. Untuk mereka yang menghargai nilai sebuah MISTERI. Dan untuk mereka yang merasakan bahawa TAKUT itu adalah teman.

Review Tiada Tajuk:
Lepas baca novel 'Jangan Baca Novel Ni', jadi semangat nak baca sambungan. Kau fikir novel Twilight dan novel Adam & Hawa je ada sambungan? Ni pun ada okayyy.
Meh start review. Starting novel yang tak bertajuk ni, sambung pasal Zack. Zack yang tolong Ismi siasat pasal novel Zack ni tolong Anom. Lepas Munir sihat, dia nak sambung siasat kes novel tu sebab tiba-tiba novel tu macam ganggu hidup Munir. Ganggu dengan sambungan kisah dari novel yang lepas. Nasib baik kawan Munir tolong sama untuk siasat kes tu. Dalam novel ni, kena cari siapa Han. Ramai sangat Han dalam novel ni. Susah nak agak jalan cerita yang seterusnya dalam novel ni. Dalam semua watak tu, semuanya berkaitan. Adib ni pulak umur je 8 ke 9 tahun, tapi pemikiran macam orang yang berumur 19-20 tahun. Baca ending, memang tak sangka dia yang tau segalanya tu rupa-rupanya ... Haa, korang kena beli dua novel ni!

Eh kejap! Bukan dua novel je tau. Tiga sebenarnya!




17 comments:

Akeyla Azmi said...

wow.
Special briefing tu kak fatin hikhik <3
Qila pernah nampak. Tapi takut nak baca ahahahahaah so mmg takyah lah hikhik xD

Farah Arina said...

macam best je novel tu.
aaaaa nak beli jugak lah nanti :D

shasha yacob said...

review novel nih dah buat hati rasa nak melambung ja . hahaha kak fd ada jual ka ?

Tasha Aqisha said...

berminat nak bca nvel ni... ,cm mnarik..

Lea Azleeya said...

Cam menarik ni.. harus carik & beli.. hehehe..

MR & MRS MAKMUM said...

keluaran im lejen pn best jugak....

liana fatah said...

follow us at justclickthispreloved in instagram :)

Zara Nurhaidah said...

fuuhhh.. salah satu cara menarik pbeli/pbaca ngan idea yg kreatif.. zara tgk jaa cover dan tajuk, skali bca sinopsis dr FD pasal novel ni.. buat zara ttnya2 dan teringin nak bca novel tuuuu ! huhu

HeNRieTTa JoSe said...

ada plak sekuel yg tiada tajuk...hehhee....

Ezy Loy said...

akk ni kalo novel seram mmg tolak tepi..
mmg xkn bace la.. hihi..

Diana Azhar said...

Memang daebak novel ni!

Dla82 said...

kena cari ni....must have this book! huhuhuhu

Sally Yatiey said...

Macam best novel ni..

Iman Feeqry said...

Try carik kat kedai tkde pun :'(

Alyn Fazlin said...

pegi MPH tadi nak habiskan baucer buku. tapi taktau nak beli apa. tetbe nampak dua novel ni. baca sinopsis macam best. tak pikir panjang terus beli je. hehe

aswa leyla said...

kite dah baca semua . best giler . nanti kite nak review jugak dekat blog

ERnieda LovERmoY said...

Nak try beli n bace jugak la novel ni.. By the way, sis nk cite kisah sebenar yg terjadi kat sorang gadis ni..baru jap tadi jiran sis cite pasal ni sebab kejadian berlaku depan mate dia.. kejadian berlaku baru2 ni... jiran sis cite sementara gadis tu menunggu giliran berjumpa doctor kat klinik kesihatan, dia bace novel ni, tibe2 tah mcmane dia mcm kene rasuk... nasib
Ade yg tolong tenang kan dia.. dia mcm tak sedar ape yg dia buat.. sampai pakaian di badan pon nak di bogel.. Itu ape yg jiran sis cite la kan.. ape2 pon i will buy this novel n read it.. ;)