Ada apa dengan "bermula dengan RM1"?

February 06, 2014


Baru baru ni kecoh dengan statement bermula dengan RM1 di laman sosial. Mungkin ada yang tahu, dan ada yang belum tahu. Ada yang bagi pandangan negetif bila ada usahawan yang menyatakan yang beliau berjaya dengan hanya bermodalkan RM1.




Begini ceritanya, pemuda kelahiran Temerloh, Pahang yang hidup sebatang kara bernama Muhammad Zukermi Edi, memulakan perniagaannya cuma dengan RM1. Beliau pergi ke cyber cafe, bayar RM1 untuk online dan mulakan perniagaan. Join dropship di Facebook. Ya, cuma join dropship di Facbook. Dari situlah mulanya kisah kejayaan usahawan muda ini. 

Selepas berjaya dalam perniagaan dropship di Facebook, beliau mula membuka syarikat sendiri, MZ Secret Sdn. Bhd. yang mengeluarkan beberapa produk kecantikan seperti MZ Secret Soap dan MZ Secret Body Spray. Siapa sangka, produknya laku macam goreng pisang! Makin ramai yang berpuas hati dengan produk keluaran MZ Secret Sdn Bhd. Syarikat ini juga akan mengeluarkan produk terbaru untuk suami isteri pada tahun 2014 ini. Sama-sama lah kita nantikan produk terbaru tu nanti :D

Zukermi Edi menjadikan pakar pemasaran internet, Tuan Faisal Abdullah, sebagai sumber rujukan untuk mendidik lebih ramai anak muda yang berminat dalam bidang perniagaan online ini.

Bila Zukermi Edi menyatakan yang beliau cuma mulakan perniagaan bermodalkan RM1, ramai yang bagi komen negetif. Majoritinya Melayu. Jangan nak tuduh melulu kalau tak tahu cerita yang sebenarrnya. Selidik dulu sebelum bagi komen negetif sebab ianya boleh jejaskan reputasi seseorang.

Kadang-kadang tu FD sendiri malu dengan bangsa sendiri. Suka sangat pertikaikan kejayaan orang. Biar berdiri di kaki sendiri. Nak berjaya, kena ada usaha. Mana ada duit turun dari langit.

Memang macam tak percaya bila orang kata dengan RM1 je nak niaga apa, betul? Tapi dah kalau memang rezeki, kite takbole nak kata apa, kan? Fikir RM1 tu takde nilai ke? Boleh buat hasil jugak tauu. Mula dengan dropship, lepas tu ada syarikat sendiri. Siapa tak bangga wehh ;)

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.

Untuk maklumat lanjut tentang jutawan muda ini, korang boleh sambung baca di SINI.



You Might Also Like

6 comments

  1. hyee....jemput join GA Akie...top referral akan mendapat hadiah istimewa daripada Akie iaitu flower crown dan flower bracelet

    http://balqislifestyle.blogspot.com/2014/02/giveaway-gadis-floral-by-cik-akie.html

    ReplyDelete
  2. Btul tu...agen dropship cuma bermodalkan internet sahaja...

    ReplyDelete
  3. hm sabor jelah kak fatin diana <3
    qila pun sama.
    bukan typical malaysian tau.
    typical melayu actually. hm.

    Wow.
    Tak mustahil lah.
    Cuma kalau qila mungkin up sikit kot.
    Mana cukup RM1 dekat cc hikhikhik xD

    ReplyDelete