Review Novel: Dia Yang Aku Pilih


Dah lama FD terima novel ni, tapi lambat sangat nak habis baca. Selalu sangat terlupa. FD terima novel ni dari penulis novel tu sendiri, Kak Rafina Mimi Abdullah. Boleh TEKAN SINI kalau nak tau macam mana FD boleh terima ;)

Meh baca sinopsis dulu, lepas tu baru baca review dari FD sendiri.



Sinopsis Dia Yang Aku Pilih:-

Disebabkan pernah kecewa, Ariana berjiwa keras terhadap lelaki.

Izudin dan Haji Fahmi, dua lelaki berlainan karektor menaruh perasaan terhadap Ariana.

Tersepit di antara kekasih dan majikan, timbul pelbagai konflik hati dan perasaan.

Haji Fahmi, bujang terlajak yang kaya dan alim. Majikan Ariana ini sangat taat pada agama, sentiasa tenang dan bersahaja. Selain menunjukkan sikap mengambil berat, Haji Fahmi selalu memberikannya hadiah. Kebaikan Haji Fahmi ternyata tidak membuka hati Ariana untuk menerima jejaka itu.

Sebenarnya, Ariana lebih tertarik pada jirannya, Izudin. Seorang duda memiliki seraut wajah yang tampan, suka mengusik, bergurau dan menyakat. Boleh dikatakan, Izudin mempunyai pakej lengkap seorang lelaki yang menjadi idaman setiap wanita.

Pelbagai insiden romantik, salah faham, merajuk, cemburu, sedih dan lucu mengiringi perhubungan Ariana dan Izudin. Hampir-hampir sahaja kisah mereka berakhir dengan kegembiraan, timbul satu salah faham besar sehingga membuatkan Ariana mengambil satu keputusan.

Bagaimanakah kesudahan percintaan Ariana dan Izudin? Dapatkah Haji Fahmi meraih cinta Ariana?


“Dia, penuh dengan sifat cemburu tetapi kebaikan dan romantisnya dia… mampu mengatasi segala-galanya. Kerana itulah, dia yang aku pilih.”


Review dari FD:
Dia Yang Aku Pilih, salah satu karya kak Rafina Mimi selepas novel pertamanya yang bertajuk "Sayang Cikgu Ketat-Ketat" diterbitkan. Novel ni seriously lain daripada yang lain. Sebabnya Ariana lalui pelbagai dugaan sebelum declare apa-apa dengan Izudin. Bercinta dengan jiran sebelah, lepas tu duda pulak. Aigoo! Novel ni tak sama macam novel lain. Sikit-sikit benci atau tak suka mula-mula tu, lepas tu kahwin. Yang ini tak. Bukan kahwin sebab family berkenan ke hape ke, memang lambat gila nak tunggu happy ending diorang. Tak sia-sia gigih baca sampai habis. Sangat-sangat berpuas hati!
Thumbs up for Kak Rafina! 

Blog : http://rafinamimi.com/
Fanpage : https://www.facebook.com/rmzm77
Facebook: https://www.facebook.com/rafinamimi


You Might Also Like

2 comments