Drama adaptasi novel

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Full Episode

December 12, 2013





Sinopsis Bukan Kerana Aku Tak Cinta:
“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!”

JEBAT, seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.


Review dari FD:
Gila! Haa, Mas tu gila. Sebab dalam novel ni, perempuan yang ngorat laki. Mas ni pulak jenis memang takkan putus asa. Jenuh Jebat nak elak dari jumpa Mas. Mas tu ada je akal dia nak jumpa si Jebat. Sudahnya, Jebat ambik keputusan untuk kahwin dengan Mas. Asyik jumpa je, buat tambah dosa pulak. Baik kahwin terus, ye tak? Lepas nikah, diorang kena jaga perlakuan sebab diorang nikah gantung. Banyak jugak dugaan diorang kena hadapi. Jebat tak romantik, Mas pulak kuat merajuk. Lepas diorang tinggal serumah, ada benda yang Jebat tunjuk dan mengaku sesuatu kat Mastura dan membuatkan Mas terkejut, sedih, kecewa. Lama jugak merajuk. Nasib baik Jebat tak give up nak pujuk isteri dia. Aaahhh! Taknak cerita banyak, sila lah baca novel BKATC atau tengok drama BKATC ✌️

Lepas diadaptasi ke drama, memang best! Rugi siapa yg tak baca dan tonton drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta ni ❤️




Saluran: Astro Mustika HD 134
Waktu Tayangan: Isnin hingga Rabu, jam 9 malam
Barisan Pelakon: Sharnaaz Ahmad (Ahmad Ziyad Iskandar / Jebat), Nelydia Senrose (Hannah Mastura), Iqram Dinzly (Inspektor Aryan Aiman), Lisdawati (Hannah Maryam)
Adaptasi: Novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta


You Might Also Like

4 comments

  1. cinta2 ni kureng sikit lah nk tgk..ehhe

    ReplyDelete
  2. mcm menarik jer...blom berkesempatan tgk lgi nie..

    ReplyDelete
  3. saya dah baca novel BKATC..memang best...drama pun tak menyimpang daripada novel...pemilihan pelakon yg tepat..:)

    ReplyDelete
  4. cerita nie dah kurg tgok dah..sejak dekat tweet nely dan q buat hal..malas nak tgok..tu sebbnya org kata jgn terlalu suka sgt dekat org tu..nnt benci..ee ^^V

    ReplyDelete