Saturday, 2 November 2013

Projek Memikat Suami Full Episode




Sinopsis Projek Memikat Suami
NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” – Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” – Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

Review:
Novel ni sangat sesuai bagi kaum Hawa yang tak pernah bercinta, flirting dan seangkatan dengannya, tup-tup kena kahwin. Boleh buat rujukan jugak pada yang baru nak belajar ngorat encik suami. Ihik! Tapi sangat tak sesuai untuk budak bawah umur, mungkin? Bila novel ni buat jadi drama, ohmaiii! Banyak scene daring kot. Gila kau? Tunggu je lah bulan Disember nanti ;)


Sebuah lagi drama terbaru adaptasi novel romantik, Projek Memikat Suami nukilan Hanina Abdullah akan ditayangkan di Astro Ria.

PELAKON: Emma Maembong (Nawwal Husna), Aiman Hakim Ridza (Zahrain), Watie Elite (Nawrah Hanna), Dynas Mokhtar (Najla Huda), Kuniey Muzani (Zahra), Fadilah Mansor (Puan Sri Maimun), Aznah Hamid (Hajjah Rahmah), Tasha Elyzza (Emmalyn), Ikhwan Khairudin (Atai), Sherry Ibrahim.


Tonton Projek Memikat Suami Full Episode Online
Episod 1    Episod 2    Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6   Episod 7    


5 comments:

Afiqah Adzan said...

Mesti best kan !! :)

IraNur said...

emma maembong ! kena tgk ni :p

sha purplegirl said...

mmg xsesua pn , tp dh bca..ohmyy..xtau la cite tu jdi camne

Nik Ainaa said...

budak bawah umur sebaik2nya jgn baca tapi saya dah TERbaca. hehe tapi semua karya hanina abdullah memng BEST!

lagi drama adaptasi --- > http://nikainaa.blogspot.com/2013/11/drama-playboy-itu-suami-aku-adaptasi_3844.html

Cahaya Hidayah said...

Kena tengok nim, jom tengok sesame FD ! haha