Drama adaptasi novel

Playboy Itu Suami Aku Full Episode

November 06, 2013





Sinopsis Playboy Itu Suami Aku

“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

“Playboy itu suami aku?! Biar betul!”


Saluran: TV3, Slot Akasia
Waktu tayangan: Isnin - Khamis, jam 7 malam
Barisan pelakon: Fattah Amin (Raja Adrian), Nur Risteena (Afina), Cha Cha Maembong (Afisya), Wan Sharmila (Syaf), Noralbaniah, Dilla Ahmad, Puteri Najuwa, Jay Iswazir, Khairil Anwar


Tonton Playboy Itu Suami Aku Full Episod Online
Episod 1  Episod 2   Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6
Episod 7  Episod 8    Episod 9   Episod 10  Episod 11  Episod 12
Episod 13  Episod 14  Episod 15  Episod 16  Episod 17  Episod 18
Episod 19  Episod 20 Episod 21  Episod 22  Episod 23 Episod 24
Episod 25  Episod 26  Episod 27  Episod 28


Ost Playboy Itu Suami Aku
Encik Mimpi - Rindukanlah


You Might Also Like

9 comments

  1. salam,diana...
    nak tau crita pasal novel Cik Blogger tu..best ke tak..buat sinopsis nya blh tak??

    ReplyDelete
  2. belum baca lagi tapi macam menarik ni...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum....dan salam kenal...jemput singah dkt blog akak eya...akak pn xsabar nk tonton ceta ni...

    ReplyDelete
  4. ganti cite love u mr arrogant pasni kan lagu tema dr encik mimpi hehe

    ReplyDelete
  5. wooot, mcm best je... nak cari la novel tu pasni hee

    ReplyDelete
  6. macam best je kalau buat drama ehehe...

    ReplyDelete
  7. novel playboy tu best gila .. !!
    tk sbo nk tgok dramanya
    novelnya sye dh bce memang best tk rugi beli

    ReplyDelete
  8. Macam best, nak beli jugakk , but no moneysss lahh, haha, *borrow boleh cik fatin diana* ^.^

    ReplyDelete
  9. kenapa episod 17 18 tak open lagi ? tak sabar rasanya..

    ReplyDelete