Review: Morak Villa Resort

by - November 24, 2013


Dua hari lepas masa ke Kelantan, FD dan keluarga menginap di Morak Villa Resort. Survey last minute masa nak bertolak ke Kelantan. Jangan ikut perangai kami ye. HAHA! Sila lah plan awal-awal kalau nak pergi bercuti dengan keluarga tercinta. Aiche! Hihi :D



Gambar dari blog MVR - http://morakvillaresort.blogspot.com/

Masa on the way nak cari villa ni, payah sikit sebab masuk dalam kawasan perumahan. Belok sana, belok sini. Villa ni terletak kat kawasan dalam lah jugak sebab macam paling hujung.



Abah gua tengah relax lepas 2 3 jam drive dari Kuala Terengganu ke Kelantan.
Relax like a boos. FD suka pulak ayat dari adik Tampawan ni. ihik! :D



Depan villa



Ruang tamu atau ruang santai. Eh? Haha!



Ruang makan. But they said cafe.
Pedulikan mereka yang ada dalam gambar ni :p



Bilik deluxe (3 person). 1 katil single, 1 katil queen.
Abaikan yang bersepah tu. Uish! Tak senonoh betul. HAHA!



Tak sah kalau takde gambar depan cermin. Ihik! :D



Sarah dengan Mirul pulak kemain seronok main air kat swimming pool.
Yang lain rehat sebab penat duduk 2 3 jam dalam kereta.

Harga 1 bilik deluxe (family) RM160 satu malam termasuk sarapan pagi untuk 3 orang.
Untuk tambah sarapan, RM5 per person. Sarapan ada nasi lemak atau nasi berlauk. Ini korang boleh pilih sebab staff dia akan tanya kita nak breakfast esok tu makan apa.

So far semuanya okay. Ada semua keperluan dalam bilik tu. Ada TV, aircond, kipas, bilik mandi, peti sejuk, almari, meja solek untuk pakej Family. Tempat nak iron pakaian pun ada, tapi dekat luar bilik. Dekat sebelah meja makan. Macam omputeh rasanya sebab papan iron melekat kat dinding. Hehe :D
Harga pula sesuai untuk yang mampu lah. Kalau yang nakkan privacy pun mungkin sesuai sebab masa kitorang pergi tu pun cuma ada family kitorang dengan family guest lain. Tu je. 1 villa ni ada 5 bilik kalau tak silap. Kitorang stay situ satu malam je :) yang penting, tempat ni selesa.

Untuk maklumat lanjut tentang harga bilik, boleh rujuk di link
Room & Rates MVR



PT 863, Kampung Palekbang,
16040 Tumpat,
Kelantan Darul Naim, Malaysia
Tel: 012-334 2680 @ 012-300 0609
Email: Info@morakvillaresort.com


You May Also Like

7 comments

  1. wah. kenape tak singgah rumah saya je? haha. xD

    ReplyDelete
  2. Selamat bercuti..Ada rezki menjejak ke sana jua. Terima kasih di atas perkongsian.

    ReplyDelete
  3. ehh ingtkan vila nabila hehehe...
    besarnya villa tu...berbaloi2 cantik :)

    ReplyDelete
  4. ni la villa nya . cantik . tak tau plak ada kat sini .

    ReplyDelete
  5. best kalau dapat famili holiday mcm tu . xpi kelantan tu kg leyla je . lau pergi blik kg boleh la .hehe

    ReplyDelete