Review novel: Cik Blogger


Beli novel ni 2 3 hari lepas. Habis baca dalam sehari je sebab novel ni tak tebal macam novel cinta. Alaa, novel remaja memang tak tebal pun. Hihi :D



Sinopsis Novel Cik Blogger
"Kenapa awak tak balas surat saya? Saya betul-betul tak faham. Mahal sangat ke tulisan awak?" - Green Lantern
Saya ingat nak kenakan dia lagi. Awak ada idea tak macam mana saya nak jatuhkan dia?” - Najla
Rasa macam tak percaya. Blog aku baru berumur dua tahun, tapi dah dapat anugerah. Kalau blog aku tu dah meletup, maknanya aku pun meletup samalah. Wah, seronoknya!” - Syafiah Adilah

Hebat sangatkah blog Syafiah Adilah sehinggakan dia begitu seronok dan teruja? Mengapa pula Najla bersungguh-sungguh hendak kenakan Syafiah Adilah? Dan siapa sebenarnya Green Lantern? Bolehkah Syafiah Adilah mempertahankan populariti blognya?

Penulis: Alia Nadzirah Salleh
Harga: RM 15
208 halaman
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 15 Mac 2013


Review dari FD
Permulaan cerita ni terus cerita benda yang happy sebab Syafiah ni dapat award, dapat komisyen dari Suffnang a.k.a Nuffnang, ramai readers, lepas tu dapat jawatan ketua editor sekolah. Semuanya cerita yang happy happy lah. Bila orang dah berjaya, dah tentu lah ada yang dengki. Kesian dia. Dalam diam ada peminat rahsia pula tu >,<
Sebenarnya 24jam ngadap blog pun tak bagus. Ada pengajaran dalam novel ni. Memang bagus untuk budak sekolah yang 100% fokus kat blog.

Ada yang nak novel ni tak? Untuk dijual atau for free?;)
Sebab FD nak letgo novel ni. Terlalu banyak novel kat rumah


You Might Also Like

17 comments