Monday, 19 August 2013

Adam & Hawa 2 - Dekatnya Cinta


Haritu adik FD yang nama Darlina tiba-tiba je cakap, "akak, tau tak ada Adam & Hawa 2?". Pelik dan terkejut masa tu. Boleh pulak ada part 2 ek. Tiba-tiba pulak tu. Then Darlina pun tunjuk kat FD. Meh baca sinopsis Adam & Hawa 2 ni.



Sinopsis
Doa Adam Mukhriz dan Ain Hawani di bawah Multazam di Masjidilharam telah dimakbulkan ALLAH S.W.T. Kini, mereka mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. Untuk kali kedua, mereka saling jatuh cinta kembali.

Namun, kebahagiaan mereka tiba-tiba dipanah petir. Dugaan datang menyihir dua hati. Sejambak bunga ros di tangan Ain mencetus prasangka Adam. Siapa yang beri? Cemburunya merasuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain. Itukah lelaki yang selalu Ain puji? Akhirnya, Adam melafazkan talak.

Sekujur tubuh Ain bagai kaca yang terhempas. Tangannya menggigil menadah takdir. Sekali lagi hatinya dipalu pilu. Adam salah faham. Dia cuba menyuarakan semua itu tapi Adam enggan lagi mendengar.

Arissa dirampas pergi! Ain sudah tidak punya apa-apa. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati.


Amacam? Menarik, kan? Rasa nak beli je, tapi tengah kekangan wang ni sebab borong coklat kat Cameron haritu, dengan laptop rosak pulak baru-baru ni. Aduii. Kena beli jugak!

Tak lama lagi confirm keluar TV pulak :p

4 comments:

Bro Nan said...

lepas ni kuar drama lagi la tu... tengok drama best skit...

My recent post :
{1} Krisis Identiti Seorang Blogger Jambu
{2} Sis Yumida vs Bro Zamani Abe, Siapakah Pemenang Sebenar.

^^eKaTiKaH^^ said...

wah, Adam Hawa 2 la :D

Hana Fatiha said...

wahh! Aisya Sofea buat, konfem best! berani potong kuku lahh! :3

Aisha Fauzi said...

Ahhh teringin nak baca sambungan novel Adam dan Hawa nii :(