Berita

Farid Kamil & Diana Danielle timang anak lelaki

July 03, 2013


Assalamualaikum,


Diana Danielle sudah selamat menimang cahayamata lelaki menggunakan kaedah dalam air (water birth) di Sydney, Australia pada petang Selasa. Pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu telah selamat melahirkan puteranya dengan berat 4.4kg pada jam 4.17 petang.

Farid yang merupakan seorang pengarah dan pelakon, di laman Instagramnya telah mengumumkan berita baik itu dengan berkata, “'I’m a Papito now...Alhamdulillah.. :) Thank you to my wife for the excellent ' hoohoohaah' job". Beliau telah berangkat untuk bersama dengan isteri tercinta empat hari lalu.

You Might Also Like

12 comments