Bikers Kental Full Movie


Assalamualaikum,


Filem Bikers Kental  mengisahkan Bidin Al Zaifa (Zizan), cukup meminati motosikal berkuasa tinggi. Dia bekerja di garaj motosikal milik sepupunya, Aidil (Harun). Meskipun sengkek, Bidin berangan-angan memiliki motosikal berkuasa tinggi dan menjelajah ke negara jiran.
Keinginan itu semakin memuncak apabila bergaul dengan pelanggan setia garaj sepupunya. Dia ingin menyertai geng motosikal yang diketuai Eddie (Awie) namun kehadirannya kurang disenangi orang kanan Eddi, Arbi (Zul).
Impian Bidin menjadi kenyataan apabila dia terjumpa sebuah beg berisi wang yang banyak. Dengan duit itu dia membeli motosikal Aprilia RSV4 Factory dan menawarkan diri untuk berkonvoi ke Krabi bersama geng Eddie.
Sepanjang kembara itu Bidin berdepan dengan pelbagai insiden dan konflik. Dia juga jatuh cinta pandang pertama dengan Saiya yang bekerja di sebuah gerai makan. Lebih mencemaskan beberapa lelaki misteri mengekorinya.

ARAHAN: Helmi Yusof
PELAKON: Zizan Razak, Awie, Harun Salim Bachik, Bront Palarae, Sufian Mohamed
GENRE: Pengembaraan/Aksi/Komedi

Bikers Kental Full Movie

Comments

semalam kakak layan jugak citer ni...tapi tiba2 rasa cam panjang sangat cerita ni...hu huu hu... terus teringat memory driving dari kl-kedah-danok-hatyai-songkhla... cam best jer... rasa nak pegi balik...
Nabila baru je tengok cerita ni . best !
Jannah Rusdi said…
best cite ni ! memang best gile :D tengok dengan family semua 2 minggu yg lepas :-)
mcm best je citer ni.. ada zizang hihik
Hana Fatiha said…
x tengok lagii citer nie. :D
Aisha Fauzi said…
Boleh lah nak tengok nanti cam best je :D

Popular posts from this blog

Review: PinkBoxCereal x Hermosa Collection

Giveaway by Fatin Diana

Safi Balqis OxyWhite