Sebab FD tak join GA atau segmen awak

by - May 23, 2013


Assalamalaikum,

Large

Maybe ramai perasan, FD banyak join giveaway dan segmen kat blog ni. Kat Facebook pun banyak juga yang FD join. FD join cuma nak support sesama blogger dan kawan. FD lagi suka join kalau syarat yang senang dan tak banyak.

Large

Antara sebab FD tak join segmen atau giveaway yang korang anjurkan:
Kena follow lebih 10 blog. Adik, kakak, abang, jangan lah ambik sponsor ramai sangat ._.
Follow blog menggunakan ID, bukan link blog. Kalau FD klik follow pun, belum tentu masuk dalam list follower awak tau.
Blog yang takde gadget follower Google. Bukan Google+ tau. FD takboleh follow guna button follow awak yang cantik dan comel tu. Kalau klik, sama macam yang kat atas. Tak tentu masuk dalam list follower awak.
Disable right click. Susah nak copy banner awak.
Disable highlight text. Susah nak copy tajuk entri (ye, FD malas nak taip :p)
Kena tag sampai 4 5 blogger. Kalau setakat satu dua blogger tu boleh terima lagi. Lagi suka kalau tak payah tag :D
Bila ada ayat, "kalau tak cukup 50 penyertaan, segmen/giveaway batal". Alahaii, nanti kesian lah blogger yang dah join tu. Kena rajin promote kalau nak segmen/giveaway awak tu dapat sambutan :)

Rasanya tu je lah kot sebab-sebab FD tak join. Maaf lah ye kalau ada yang tag FD, tapi FD tak join. Mungkin ada salah satu sebab yang FD list kat atas tu :)

You May Also Like

32 comments

  1. Oh gitu rupanya :) fd banyak sangat mng ga,jelesss ni :p

    ReplyDelete
  2. kza setuju dgn apa yg FD ckp!

    ReplyDelete
  3. masih analisis lagi.hehe.. insyaAllah kalu ena wat segmen, FD sudi2la join ye...

    ReplyDelete
  4. betul tu FD. kdg2 syarat2nya banyak sangat nak kena ikut. tu yg kdg2 akak xnak join tu. biar simple GA/segmen/contest, at least memudahkan semua pihak. peace!

    ReplyDelete
  5. samalah. lebih-lebih lagi dia suruh follow twitter n like sponsor yg banyak tu. huhu

    ReplyDelete
  6. Sokong ngn fd..kdg2 terase mls nk join sbb terlalu bnyk syarat

    ReplyDelete
  7. Paling tak suke follow byk byk blog. Betul betul.

    ReplyDelete
  8. kalau ramai sangat sponsor , kadang2 tu jadi fed-up dah nak join . tengok list sponsor pon naik juling mata ni . ape lagi nak follow kan . memang hadiah-hadiah menarik sebab tu sponsor ramai . tapi renyah jugak kan kann :D

    ReplyDelete
  9. gambar atas tu awesome..hehe... lagi kita tak suka sangat kalau kena like2 banyak page..huhu..segmen/GA yg simple..inshaaAllah kita join..

    ReplyDelete
  10. Nice entry. Mcm review psl segment pulak sbb Vee baru je nak start segment yang pertama. Hahaa. Nebess. :P Harap FD sudi join Vee punya yer :P

    ReplyDelete
  11. bia memudahkan semua pihak kan kalo buat GA tu...

    ReplyDelete
  12. Betul la..susah kalo yg tak letak widget follower google.. dh follow tp kata kita tak follow lagi..susah ler.. =.=

    ReplyDelete
  13. yana pon macam tu FD sbb tu jarang masuk entry ,, jarang sgt!

    ReplyDelete
  14. btol 2 FD..setuju bebenor.... :)

    ReplyDelete
  15. setuju tu...lagi satu yg ade kena klik iklan tu..kadang2 xboleh nak buat semua tu...

    ReplyDelete
  16. betul tu, ramai yg buat GA/Segment but emma dah semakin jarang nak join, bukan sebab sombong atau apa.. syarat2 dia kena klik link, like page, follow, like sana, like sini... bukan ke if buat syarat yang ringkas dah cukup !! confirm ramai yang nak join, betul tak ???

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum.

    saya sendiri malas nak join kalau syarat mengalahkan hadiah yang ditawarkan. cara pengadilan pula just guna random. sedih kot. berfikir 10x nak join.

    ReplyDelete
  18. betul..syarat tu kadang2 yang pelik2.hehe

    ReplyDelete
  19. sokong FD..yg last paling leceh

    target nak tinggi..tp sendiri xnak promote..mana maunyeee

    penat klik sana sini..add itu ini..tetibe terbatal..grrr

    ReplyDelete
  20. BK pon sokong..paling lemah nk tag org

    ReplyDelete
  21. Fiqa pun dah tak join segmen sgt skg ni. Dah nak masuk u. Nnti klau menang mmbazir je. Sbb tak perasan. Haaha

    ReplyDelete
  22. betul kak FD..*kata macam la Za tak pernah buat segmen banyak2..

    ReplyDelete
  23. sepp kakk . Kita pun tak suka kalau sponsor ramai sgt :P

    ReplyDelete
  24. Ya..sangat setuju..dulu ye r lah rajin..skrg nie tgokmana yang syarat mudah jer join..

    ReplyDelete
  25. betul tu FD. samelah, serabut banyak sangat syarat

    ReplyDelete
  26. hehe sama dgn saya, mls nk taip tajuk entry GA tu, copy je hoho

    ReplyDelete
  27. Susah nak copy tajuk entri (ye, FD malas nak taip :p)
    # same here. :p

    ReplyDelete
  28. Agree 10000000000000 % HAHA saya pon selalu copy je title entry sebab malas + takut salah :p

    ReplyDelete