Family

Katak punya pasal

May 21, 2013


Assalamualaikum,



Haa, kenapa dengan katak? Macam ni ceritanya.

Pagi tadi pukul 7 lebih, FD pi buka pagar dan start enjin motor. Masa adik FD nak pakai kasut, tiba-tiba dia jerit. FD biar dulu. Lepas tu adik FD makin galak, terlompat-lompat, terjerit-jerit. FD tanya dia, "kenapa?". Adik FD jawab sambil jerit, "ADA KATAK KAT DALAM KASUT!!". FD terus gelak kaw-kaw! Mana tidaknya. Masuk kadet bomba, taekwando, tup-tup jerit nampak katak. FD gelak-gelak, dia jerit-jerit sampai menangis. HAHAHAHA!

Masa perjalanan nak ke sekolah adik FD, dia cakap "macam mana lah Fear Factor tu buat, kan? patut lah Elfira Loy menangis bila ada katak". FD tak kata apa, cuma mampu gelakkan dia lagi. Hihi. Lepas tu dia cakap lagi, "katak tu lembik. eeeeee!". FD jawab, "memang lah katak lembik! ada ke katak keras? apa lah!".
Sampai depan pagar sekolah pun FD masih gelakkan dia.
Adik FD muka masam je, taknak cakap lagi dah.

p/s: gelakkan orang, padahal FD sendiri geli dengan katak :3

You Might Also Like

13 comments

  1. hahah katak mmg lembik :P saya pun geli :3

    ReplyDelete
  2. Hahaha..lawak pulak citer ni.. kesian adik FD tue... tapi ramai jer yg geli dn katak terutama budak2 permpuan..haha

    ReplyDelete
  3. @Abak@Pedamba Cinta Penuh Mahabbah; haha betul tu. kebanyakan perempuan yg geli dengan katak. kalau laki geli, tak tahu nak kata apa :p

    ReplyDelete
  4. akak pun geli dik. yuckssss!
    tgk gambar tu pun dah geli geleman.
    aritu adik akak nk pakai kasut, dia rase lain mcm kt dlm kasut dia, tgk2 ade anak kelawar!
    adoi..mmg geli!

    ReplyDelete
  5. kesian adik FD.. hehe :D katak memang lembik, tapi kalau dah pakai glove untuk pegang Hana tak kisah sangat.. sbb fobia kat cacing dan kaum kerabat cacing tu.. hehe.. :D

    semua orang ada fobia masing2 ^^

    ReplyDelete
  6. @Sue-Rya Qistina; hehe FD pun tak sanggup sebenarnya nak letak gambar. erk, anak kelawar? peliknya. ntah macam mana rupa anak kelawar tu en. FD tak pernah tengok kelawar in real life

    ReplyDelete
  7. hahhahaa.. lawak la..
    tapi anna pon geli tgok katak.. hahahahhaaa

    ReplyDelete
  8. @Haruno Hana 하나; kalau FD pakai glove pun tetap geli. hihi :D cacing pun FD geli. huhu

    ReplyDelete
  9. @ANNA MARIANA; haha kan? gelakkan orang, diri sendiri pun takut katak

    ReplyDelete
  10. Hehe dulu pun katak pernah masuk dlm kasut sekolah Ain. Sampai skrg kalau nak pakai kasut ke apa, mesti fobia gila walaupun letak dlm rak ke apa. FOBIA KATAK :(

    ReplyDelete
  11. haha.. tambah-tambah yang katak kodok. :3

    ReplyDelete
  12. Eeee saya pon pernah kena T_T Act katak tu ada dalam kasut dari rumah lagi tapi sampai sekolah baru rasa lain macam. Bayangkan lama katak tu duk diam dalam kasut tu >< Masa perasan tu depan pintu pagar sekolah pulak tu. Semua orang tengok saya jerit-2 nasib baik makcik guard tu baik hati tolong buangkan T_T Bila ingat balik maluuu + geliii >,<

    ReplyDelete