Berita

Izzue Islam bakal mengahwini pengurus 2 Jun ini

May 16, 2013 Fatin Diana 13 Comments


Assalamualaikum,

Berita mengenai pelakon Izzue Islam bakal mendirikan rumahtangga memang sahih.

Izzue atau nama penuhnya Muhammad Izzul Islam Mazlan akan mengahwini pengurusnya, Nurinafilah Waharudin atau Awin pada 2 Jun ini di Shah Alam, Selangor.

Baru-baru ini, ada dakwaan bahawa pelakon utama drama bersiri TV3 berjudul, 'Saya Sebenarnya Isteri Dia' sudah bertunang. Walaupun pada mulanya Izzue merahsiakan berita pertunangannya, beliau akhirnya tampil untuk mengesahkannya.



Khabarnya, jejaka kelahiran Kota Bahru, Kelantan itu telah mula mengedarkan kad jemputan perkahwinannya kepada teman artis dan kenalan rapat beliau.
Kad berwarna putih itu turut memuatkan sekeping kad kecil lengkap dengan karikatur bakal pengantin tersebut.

Tahniah buat Izzue dan bakal isteri, Awin! Semoga berbahagia dalam meniti kehidupan selepas bergelar suami kelak.

You Might Also Like

13 comments:

Cik Aida™ said...

Alhamdulillah dah nak kawin,
tahniah buat pasangan :)

#FD pulak bila? Jangan lupa buat VVIP card untuk aida nanti tau :P

zaza nizam said...

nsib baik FD bgitau izzue ni sape hehehe.. apapun tahniah diucapkan! :)

Dianaa said...

@Cik Aida™; hee untung lah diorang, kan? erk, soalan ni belum masanya lagi dituju untuk FD. haha xD insyaAllah ye Aida.

Dianaa said...

@zaza nizam; hehe takkan akak tak kenal Izzue Islam ni kot?

nak kad jemputan dari Izzue jugak lha..hahahha..comel gila kad kawen dia..semoga dia bahagia hingga akhirnya walaupun ada yg mengutuk pengurus peribadinya tuh :)

Mohd Zuhri said...

cute je kad kahwinnya

AyueJean AJ said...

Comelnya kad dia.....
Nice and simple....
Banyaklah makan hati Izzue dah nak kawen.. =D

Dianaa said...

@dieba khairuddin; haha! pi minta kat Izzue Islam tu sendiri. yeah, moga diorang bahagia. amin :)

Dianaa said...

@Mohd Zuhri; yup, cute and simple :D

Dianaa said...

@AyueJean AJ; yeah :) haha tau takpe. peminat dia mampu tengok je lah :D

Syeeda said...

tahniah izzue n pasangan.. malam ni jangan lupa drama izzue blakon, tv3 9.oomlm.. =)

Dianaa said...

@Syeeda; hee tak lupa punya :D

Aisha Fauzi said...

Wahh uniknya invitation card Izzue ! :) Siap kena bring along lagi tu bila datang majlis tu :p Bukan calang-2 orang dapat invitaion tu ehh xD