Sponsor, ikhlas ke tidak?

April 04, 2013 Fatin Diana 65 Comments


Assalamualaikum,


Petang semalam FD WhatsApp dengan salah seorang kawan baik FD masa PLKN dulu. Mula-mula gosip, tiba-tiba berubah luahan perasaan yang tak puas hati pasal menang giveaway and segmen. Hahaa. Yes, dia pun blogger juga. Baru je aktif :) Maybe setengah orang akan kata tahniah sebab menang, untung lah, itu lah, ini lah. Tapi tak semua yang kita menang tu dapat hadiah. Agak kecewa juga lah. 
Yang FD ingat sampai sekarang, FD ada menang satu giveaway ni tahun lepas. Baca >ENTRI INI<. Yeah, tahun lepas tu weh. Lama tak lama lah kan. Mula-mula bagi details, dia ada reply. Then dia kata maybe lambat sikit memandangkan dia tengah busy dengan exam. Suddenly senyap gitu je. Page pun tak aktif. Kecewa wehhh! Kalau lewat sebulan FD tak kisah. Ini 4 bulan dah. So lantak je lah. Exam sampai 4 bulan agaknya.
Yang ke dua, >INI<. 5 bulan tunggu, takde langsung hadiah dari diorang. Terlupa? Tak mungkin lahh. FD memang nak sangat kot inner ninja tu memandangkan FD suka pakai shawl. Inner biasa ni kadang-kadang boleh nampak bahagian dalam sebab shawl kebanyakan jarang. Tak dapat hadiah sampai sekarang, kecewa lagi. 
Ketiga >INI<, FD tak dapat semua hadiah yang dia tawarkan tu. FD cuma dapat gelang manik dan blouse(tukar dengan hairband). Perfume lelaki dan topup FD belum dapat. Gelang handmade tu otw sampai rumah. So kiranya FD tak dapat 2 hadiah. Takpe lah, 2 bulan tunggu. Tak kisah :)
Untuk yang menang t-shirt blogr.my, rumpai laut, sabun susu, dan mana-mana yang terbaru tu maybe dalam proses kot. Takpe, boleh tunggu sebab sebulan dua baru. And baru je lagi kot. So takde lah kecewa mana. Hihi.
FD mengaku kadang-kadang FD lambat juga post barang yang FD sponsor. Tapi FD inform awal-awal. Bukannya senyap terus macam setengah sponsor tu. Dah kata sponsor, kena lah tunaikan, ye tak? :)

Tapi kalau sampai setengah tahun tak dapat, memang tak payah sponsor lah wahai abang, kakak, adik, makcik, pakcik ye. Hehe ^^v
Korang pernah terkena macam FD dan kawan FD juga? Meh lah tinggalkan komen sikit.

You Might Also Like

65 comments:

siti zawiah said...

pernah..menang duit rm100..tahun lepas sampai sekarang tak dapat2..:(

araamor said...

tak pernah kena lagi sebab tak pernah menang ape2 haha . sabar je laa FD .

Aina Areen said...

aina pon pernah kena :( sangat sedih . sponsor mcm nak taknak je layan kita .

hazwan hairy said...

mungkin ada kslhan teknikal kot..stkt ni alhmdulillah semua hadiah pemenang dpt..hihi

Dieba Adieba said...

lebih kurang sama dengan luahan hati akak jugak.. :)
http://whenmyhandsmeetthekeybroad.blogspot.com/2013/04/terima-dengan-senyuman.html

Dianaa said...

@siti zawiah; RM100? banyak tu. tak contact orang tu?

Dianaa said...

@araamor; hehe insyaAllah ada rezeki nanti awak menang lah mana2 GA lepas ni :)

Isteri Chen said...

sama lah. menang , dah bagi detail dkt facebook, dia seen je. menang tahun lepas jugak. sedih betul :(

Dianaa said...

@Aina Areen; yup, betul tu. macam nak taknak je

Dianaa said...

@hazwan hairy; masalah teknikal? ntah macam mana lah pulak. hehe bagus la kalau dapat

Sabar eyhh FD

Fiqa Nsz said...

Ala kadang2 melayu tak menepati janji. Biasalah..melayu mudah lupa..bila dia dah dpt untung dia..kita di lupakan. Pernah kena gak. Tapi biarlah..ini hari dia..esok2 hari dia pulak kan. :)

siti zawiah said...

@Dianaa : dah contact..tapi dia buat tak layan je..

Yumida Huda said...

sama lah FD
bende ni kerap berlaku tahun lepas
alhamdulillah..tahun ni mcm ok je
myb nasib dpt yg menepati janji kot..hehe
yg thn lepas nyer..klo nk kira tempoh dah 8 bulan...klo org preg dah nk beranak dah...
hmmm...susah nk deal ngn org sebegini..klo x mampu..jgn la rela hati jd sponsor
email dah..tnye dah...xde respon...xpe la..xde rezeki

Nur Irdina said...

saya tak pernah kene sebab satu ape segmen yang saya join memang tak pernah menang pon. huhuu sedih tak sedih tak?

#kalau saye terkene pon memang menyakitkan hati jugak. Tu penipu namenye. =)

kimi jamai said...

Yep, maybe dalam proses lagi kot.. :) Kita positif je k.. :D

HAJAR said...

setiap yg berlaku ada hikmahnya.
sabar jela.
Tak pula terkena.Al-maklumlah selama ni join GA tak pernah menang..hehe..

Dianaa said...

@Dieba Adieba; eh akak pun pernah trkena juga? kesian kita kan kak :)

Tak pernah lagi..kalau nak sponsor biar ikhlas..itula berlambak2 contest segmen skang ni..

Cik Aida™ said...

banyak kali jugak ek FD kena, huhu, saborrr je lah kann.

Dianaa said...

@Isteri Chen; tahun lepas juga? hm lama kan kita tunggu, tapi diorang senyap je

Dianaa said...

@Shakira Pathi; nasib baik boleh sabar lagi :)

Dianaa said...

@Fiqa Nsz; haha tu lah Melayu, kan? takpe lah. biar je lah diorang. apa yang untung pun tak tahu lah

Nao Mei said...

tak sangka sampai camtu sekali...buat segmen tak jujur..apa kes..mudahan je cik akak tak cam tu...join segmen cik akak

http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/04/blog-post.html

tapi lambat lagi nak dapat hadiah..hihi

Dianaa said...

@siti zawiah; pulak dahh. cane tu

Nasuha said...

Sponser msti jujur. Tak eloklah org mng tak bg hadiah seperti yang di janji kan... Allah tu maha mengetahui...

Dianaa said...

@Yumida Huda; 8 bulan? lagi lah lama. betul tu kak, boleh beranak dah. haha. hm tu lah, takde rezeki agaknya

Dianaa said...

@Nur Irdina; hehe jangan sedih2 ea. insyaAllah menang lah dalam mana2 GA lepas ni

Dianaa said...

@kimi jamai; yup, think positive :)

Dianaa said...

@HAJAR; hehe mungkin.

Dianaa said...

@Nieyxzha Hassan; bagus la kalau akak tak pernah terkena

Dianaa said...

@Cik Aida™; hm sabar je lah yang mampu pun

Dianaa said...

@Nao Mei; hehe harap2 macam tu. thanks invite

Aina Sofea said...

itulah kan .. tapi , setakat ni , saya belum kena lagi kot . ada yang saya menang , tapi saya kasi detail salah . salah alamat . sponsor dah inform , saya tak amik tau . haha . memang salah saya lar :P harap tkde dh sponsor tak bertanggungjawab camtuh .

Irwan Alessa said...

oooo ini lah entry luahan hati tu.. sabar je lah..

Ezad Skytech said...

kalau tak mampu nak bagi hadiah tu..tak payah la nak janji macam2 bila sponsor GA...kan FD..huhu~

Nur hanim said...

Hanim menang key chainx2 sampai skg tak ada khabar berita. biarlah key chain je pun

Dianaa said...

@Nasuha; yup, betul tu

mai xbrape minat join contest..
xsgka plak ada kes mcm ni..

I pun ada update entry tidak bertanggungjawab punya sponser , mcm apa menang hadiah but apa pun tk dpt. Kita promot bagai diape dpt vistor bnyak follower like meningkat kita pula apa pn tk dpt, tk adil langsung !

Ismah Atikah said...

kerongsang? macam saya jee. hee, saya baru pos pagi tadi. sbb yang minggu lepas tak sempat nak pos. cakap kat kawan FD tau, kalau kerongsang tu ismah yang punya cakap sorry :)

Saya pun masih tunggu banyak juga barang. antaranya topup, hantar dah guna emel :(

Fiqah pun ada jugak menang beberapa segmen apa semua tu. Tapi kebanyakannya menang topup je. Itupun 3 ringgit. Still sampai skrg tak dapat2 topup tu. Patutnya dh dpt 6 ringgit :)

alhamdulillah, stakat ni, benda ni blum jdi pda CJm..nauzubillah..huh! :D

hmm sy pernah kene jugak tapi saya biarkan je u.u huhu patah seribu

fina pernah. grand prize lg. dah laa mng guna random..mmg happy sangat. last2 hadiah takdapat. lama dah. sobsss. sedih. tapi nak buat cemana. bukan rezeki kot. :(

Dianaa said...

@Aina Sofea; hehe apa lah Aina. rugi oh kalau buat tak tau je. tak pasal2 tak dapat hadiah nanti

Dianaa said...

@Irwan Alessa; hehe ye Irwan, FD masih boleh sabar

Dianaa said...

@Ezad Skytech; yeah, betul tu Ezad :)

Dianaa said...

@Nur hanim; yeke Hanim? hm kalau keychain souvenir, rugi lah kalau tak dapat

Dianaa said...

@Mysara Ab Rahman; eh tak minat? hehe apa lah. hm tu lah, macam2 kes kot

Dianaa said...

@CynthiaShin 欣倪♥; yup, betul tu. tak adil lah diorang ni tau! -_- terkilan rasa

Dianaa said...

@Ismah Atikah; hehe dari Ismah ke? nanti FD inform kawan FD ye. eh topup pun boleh dapat lambat? macam2

Dianaa said...

@Ƞurul Ƨyafiqah; topup RM3 pun lambat dapat ke? peliknya

Dianaa said...

@Cik JariManis; bagus la kalau tak jadi kat CJM :)

Dianaa said...

@Princess Syazliyana; hehe macam patah hati sebab putus cinta pulak dah

Dianaa said...

@e d r i n a . 피나; grand prize? mesti hadiah pun grand2 kan? hm ruginya. kesian awak. sabar ye

deno said...

sian FD... sabar ye...

Sally Yatiey said...

Entahlah. Saya tak kisah sangat.. :)

Juliet ❤ said...

Itulah,dah nk masuk 3bulan tunggu hadiah. Kecewa kot

Dianaa said...

@deno; sabar je yg boleh kak :)

Dianaa said...

@Sally Yatiey; hehe tak kisah tu lain lah kan :)

Dianaa said...

@Juliet ❤; sama juga ea? hm sama lah kita ye

aien ada jugak sponser.. tapi ada yang tak tuntut.. klu yang menag tue... jadi bukan salah aien dah rasenye.. hehe..

aien ada gak yang masih menag tapi tak terima barang.. hari2 balik keje tanya mak sedara ada barang sampai tak.. hurm...

Dianaa said...

@aien hermionie; hehe bukan salah aien lah kalau pemenang tak tuntut :D hmm aien pun kena juga ea? ntah sponsor mana lah tu ek

Aisha Fauzi said...

Ya saya pon banyak kali kena. Kadang-2 bila dah tunggu lama tapi sponsor senyap macam tu je, rasa malu pulak nak tanya balik sebab nampak macam tak sabar-2 je kan, tapi TERPAKSA lah kita yg tanya dah sponsor senyap macam tu je kan.