Nationwide Express, bagus ke?


Assalamualaikum,



FD nak tanya. Siapa pernah guna servis Nationwide Express untuk hantar motor? Cuma nak tau servis diorang ni bagus ke tidak. Sakit hati dah ni tunggu motor lama sangat.

Masa turun KL hujung bulan Mac yang lepas, mak abah pi Nationwide untuk hantar motor guna servis diorang. Dah lah suruh bungkus motor, buka itu ini. Macam mak abah FD bawa semua peralatan pula kan. Tak pasal-pasal minta upah RM10 kalau nak minta budak-budak diorang tolong bungkus motor tu.
Kata kena tunggu dalam 7 hari bekerja untuk motor tu sampai sini. Tapi sekarang dah lebih seminggu dah ni. Gelap lah tangan dan muka FD sebab hari-hari jalan kaki ambik Sarah balik tadika. Terengganu ni panas terik k. Macam santai tepi pantai je.
Tadi abah call Nationwide, katanya motor kat Shah Alam. What the? Erghh! So slow! Rasanya better guna servis Poslaju. Maybe berbaloi.

Dear Nationwide, tolong lah hantar motor tu cepat sikit ye. Bukannya tak bayor. GRR!

Comments

Keyme Keymoo said…
tak pasti la pula FD , sebab kimi biasa guna PosLaju , poslaju memang terbaik , serius cakap !
Shakira Pathi said…
Huishh hantar motor :O
Dianaa said…
@Keyme Keymoo; hm tu lah. macam menyesal je guna Nationwide
Dianaa said…
@Shakira Pathi; hehe sebab adik FD tak larat nak tunggang motor dari KL ke KT. so kena lah pos
Nono Brittania said…
sepnjng2 ni sy pkai nation wide post tikar evamatic , tikar rotan segak emas yang berat bgai tu untuk custmer ( org srwk taobetapa berat n besrnya n pnjng nya ) okay je... murah dan berbaloi... kan ada trackig number. knp x detect? brgn nie pkai flight kargo, kalau barg dh pnoh bru dorg akn fly kn brg brg. kalau kurg, dorg tunggu smpai ckup koata.
Dianaa said…
@Nono Brittania; hantar pakai flight? mungkin lori je kot. sebab tengok haritu dia masukkan dalam lori. tak kan dekat 2 minggu kot nak tunggu. apa pun thanks ye
tak pernah pulak guna nationwide mende ni.. huhu hope motor tu cpt smpai hihi sian kak fd
Dianaa said…
@Princess Syazliyana; hehe kesian kak fd en? macehh
Cik JariManis said…
Fuyohh! motor spa tu FD? motor FD ke?
Dianaa said…
@Cik JariManis; hehe motor adik dengan FD :)

Popular posts from this blog

Review: PinkBoxCereal x Hermosa Collection

Giveaway by Fatin Diana

Safi Balqis OxyWhite