Arnab paling berat di dunia


Assalamualaikum,

Foto

London: Seekor arnab bernama Ralph mencipta kemasyhuran apabila menjadi arnab paling berat di dunia dengan 25.5 kilogram.
Kini berusia empat tahun, Ralph mendapat pengiktirafan itu pada 2010 sebelum tempatnya diambil alih arnab lain, Darius, yang mempunyai berat 22.2 kilogram. Pemilik haiwan itu, Pauline Grant berkata, Ralph kini lebih berat berbanding kanak-kanak normal berusia tiga tahun. “Ralph kini semakin matang dan beratnya tidak pernah dicapai sebelum ini.
“Walaupun begitu, Ralph sihat,” katanya.
Satu-satunya masalah dihadapi Pauline ialah bulunya yang sering mengganggu orang lain. Kata Pauline, pemakanan Ralph sejak sekian lama tetap sama walaupun doktor haiwan pernah menasihati supaya ia dikawal.
“Saya dapati pemakanan biasa Ralph tidak memudaratkannya,” katanya. Sebelum ini, ibu Ralph, Amy, diiktiraf Buku Rekod Guinness sebagai arnab terbesar di dunia sebelum haiwan itu mati empat tahun lalu.

Beso gila arnab ni!

Comments

Cik Aida™ said…
beratnya diaaa >.<
tapi comey sbb nampak tembam, hihii ^^
tak dpt dinafikan memang besar.
Dianaa said…
@Cik Aida™; hehe tau takpe. tembam tu yg nampak comel :D
Rieya Ramlee said…
OMG!!! Besarnya!!
Eyma su said…
kalo masak arnab nie mesti sedap..hehe..(^_^)
deno said…
besarnya! mmg besar!
huyyyooo comelnya kihkih
Shakira Pathi said…
Ya Allah, comelnyaaaa :D
Sally Yatiey said…
Comelnyaaaaaaa!
Cik JariManis said…
igtkan peluk bantal! nilah padahnya klu tak bca tajuk entry..huhu.. :)
Aina Sofea said…
Fuish . besonyo !! arnab sepupu saya jauh lagi kecik daripada ni . beza jauh gila la ! saya boleh angkat budak seberat 20 kg max je ... tak mampu mau angkat ini arnab !!
Aisha Fauzi said…
Besarnyaaaaaaaaaa. Ralph ni ikut genetik mak dia ni, Amy ._. Kalau bulu dia putih lagi comel ^^

Popular posts from this blog

Review: PinkBoxCereal x Hermosa Collection

Giveaway by Fatin Diana

Safi Balqis OxyWhite