Ali Izzat,


Assalamualaikum,

Hmm, rasanya FD dah lama tak update entri pasal Ali Izzat. Sesiapa yang memang selalu baca blog FD since 2011 tu maybe tahu apa yang jadi kat Ali dan siapa dia pada FD. Jangan nak fikir buah hati pula ea. Kalau nak tahu, baca entri kat bawah ni:

Get well soon Ali | Alhamdulillah, | Lawat Ali kali ke dua | Beraya dirumah Ali
Empat entri tu FD update tahun 2011. Lama tak lama? Tahun 2012 FD tak update sebab lepas balik PLKN, FD tak jenguk dia lagi.

Kesian Ali. Dia mengadu kat FD, dia jeles tengok orang yang boleh berjalan ni. FD ingat lagi, masa first time lawat Ali, ayah Ali ada cakap kaki Ali kenapa ntah. Tapi apa yang FD tahu, memang susah untuk dia berjalan semula.
Sabar ea Ali. InsyaAllah Ali akan sembuh secepat yang mungkin. Lepas tu boleh kita jalan-jalan kat KL. Hihi :')

Ali, sorry sebab akak dah lama tak lawat Ali. Akak takde kawan nak temankan lawat Ali. Akak tak berani nak pergi sorang-sorang masa tu selama akak ada kat Damasara. Sekarang akak dah pindah, so kita dah makin jauh. InsyaAllah akak akan datang lawat Ali bila ada masa dan kawan untuk temankan akak ke sana :)

FD nak minta tolong korang doakan Ali supaya cepat sembuh. Kesian dia, sakit since 2011 lagi :(
Ali accident naik motor dengan kawan dia. Kawan dia takde apa, Ali yang teruk. Koma beberapa minggu, hilang ingatan sikit-sikit, takboleh nak bercakap dan berjalan. Sekarang ni alhamdulillah, dah boleh bercakap, siap speaking lagi kauuu! Kalah FD. Hihi. Ali boleh bercakap masa bulan puasa 2011, anugerah Allah di bulan yang mulia :) sekarang ni Ali cuma takboleh berjalan je. Doakan ye,
terima kasih :)

You Might Also Like

31 comments