Zaman dulu lain, zaman sekarang lain

March 05, 2013 Fatin Diana 14 Comments


Assalamualaikum,


Tadi masa nak ambik Sarah balik tadika, FD suruh abah berhenti kat kedai runcit kejap nak pi beli kertas minyak.

FD: abah, ada duit tak? singget ke dua hengget ke?
Abah: nak buat apa?
FD: beli kertas sat, nak balut barang
Abah: kertas minyak? kat rumah dah habis ke?
FD: a'ahh. habis lama dah
abah ambik duit dalam purse, bagi singget je
FD: lahh, orang nak beli banyak
Abah: eh kertas minyak dua kupang je lah
FD: -___-

Abah abah. Abah fikir tahun 2013 ni harga barang sama dengan tahun 1970-an tu ke? Banyak beza ohhh! Tadi pi beli pun 70sen tahu? Barang semua mahal dah sekarang ni.

Dulu mak FD pernah cerita, zaman mak dulu nasi lemak tiga kupang je. Murah gila, kan? Sekarang ni bape harga? Dua hengget lebih oi. Kalau singgah makan kat R&R, mau dekat lima hengget kot. Mahal tak mahal? 

Gula-gula dulu pula 2 3 sen je kalau tak silap haritu mak FD bagitau. Pergh pergh! Murah gilaa!

Tapi sekarang? Gula-gula dah ada macam-macam jenis dan harga. Coklat cadbury yang kecik dulu 1 seposen, sekarang dah dua kupang 1. Seposen naik pun duit juga tu wehh.

Budak-budak sekolah seronok lah dapat duit belanja sekolah, beli macam-macam. Tunggu korang habis sekolah nanti, tau susah senang nak cari duit. Time tu baru fikir nak berjimat. Time tu juga baru korang fikir mak bapak korang penat cari duit untuk sesuap nasi untuk korang. 
EH? Tiba-tiba cakap pasal susah cari duit pulak xD

You Might Also Like

14 comments:

maria firdz said...

Betul3.. Mmg dh jauh beza.. Tu zmn kita.. Pe plak zmn ank cucu kita nnt...

Nurul Aini said...

Betul2..zaman sekarang dah lain. Semua mahal2. Betul, kertas minyak je dah mahal. Suka gula2 tu. Plastik dalam dia boleh makan kan..hehe.

Eiyka Rieyxa said...

Hee.. Betul tu. Ibu saya dulu, sehari duit belanja 10sen je dah cukup. :O

eh2 . gula2 yang kat ats tu adda pernah mkn . klau tak slap plastik yang kat dalam tuu pon boleh dimakan sekali . :)

Cik Ezy said...

makin ari hrga brng makin naek..
huhu..

Nana Liena said...

makin bertambah tahun semua harga dah naik dah.. kalau rm1 buat duit belanja sekolah..mana cukup..kan? hehe

Sally Yatiey said...

Memang banyak beze dulu dan sekarang.. :D

hahah.. lawak la abah kak fd nihh..

a i m z said...

masih dalam ingatan..
kat skolah rendah dulu air secawan sekupang ja..gulp3

Ezad Skytech said...

tu la pasal kan...makin lama makin naik harga barang...kalau la harga barang murah2 mcm dulu...mesti best...hee~

deno said...

ha'ah kan.. dulu skrg berbeza... semua sumber brg2 mahal...

Anis Athia said...

betul2, sekarang barang mahal..nak makn pun mahal... huu :(

mmg pun. skang ni rm50 dpt barang ape la sgt kan klau bershopping. anak sulung akak tu, akak bagi rm1 duit belanja, dia just beli aiskrim 30 sen je. selebihnya tu, dia masuk tabung. kena ajar dari kecik :)

Aisha Fauzi said...

Dulu mak pon pernah citer pergi sekolah duit belanja 5 posen je 2 posen beli air 3 posen beli nasi lemak dah kenyang haha :D Zaman sekarang duit belaja 5 hengget 10 hengget maklumlah harga barang pon dah naik xD Perbezaan zaman dulu dan sekarang :3