Info

Punca dan cara merawat ulser

March 24, 2013


Sekarang ni FD kerap sangat kena ulser mulut. Seksa oi! Susah nak gosok gigi, makan, minum. Boleh dikatakan semua benda susah nak buat lah. Sampai nak cakap pun macam tak betul dah. Haihh.


Punca terjadinya ulser mulut:
  • kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
  • daya menahan sakit yang lemah.
  • kekurangan zat dalam makanan yang diambil.
  • tekanan perasaan (stress).
  • alahan kepada makanan seperti nanas dan sebagainya.
  • penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
  • pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).


Cara untuk merawat ulser mulut:
  • elakkan dari makan makanan yang terlalu banyak rempah.
  • kurangkan air berasid.
  • gunakan antiseptik untuk berkumur.
  • letak gel untuk ulser di tempat yang kena. Persediaan OTC seperti Bonjela boleh diletak. Untuk yang lebih berkesan anda boleh dapatkannya dari farmasi.
  • letak sedikit ais di tempat yang kena untuk melegakan sakit.
  • minum air masak dengan banyak.
  • elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks dan / atau Arcalion.
  • ambil mineral zink dan zat besi.
  • tambah pengambilan asid folik dan vitamin B 12.
  • vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
  • untuk meningkatkan sistem imune (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
  • pengambilan probiotik seprti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau ambil yougurt) mungkin boleh membantu.


Dulu masa kecik, mak FD pernah ajar suruh kumur mulut guna air campur garam. Masa kecik-kecik, biasa lah sampai nangis-nangis kena paksa. Tapi memang bagus pun kalau kumur dengan air garam. Spoil sebab takboleh tahan lah rasa dia. 
Harap-harap info ni membantu lah :)

Cuba ubat gigi dari TruCare. InsyaAllah boleh atasi masalah ulser, mulut berbau dan macam-macam lagi
KLIK SINI

Mohon bantuan anda untuk like gambar - WeChat

You Might Also Like

13 comments

  1. Pedih kumur dengan air garam, tapi menjadi :)

    ReplyDelete
  2. kalau ada ulser, kite letak colgate ^^ hehe

    ReplyDelete
  3. saya pun slalu kene ulser ni. huhu skang guna bonjela je. T.T kene minum air masak byk ni..

    ReplyDelete
  4. Saya paling suka makan benda yang masin tu. Garam kan masin. Hehe, dulu selalu jugak kumur air garam, sebab sakit gigi. Best best (Y)

    ReplyDelete
  5. info yang amat bermanfaat untuk saye yg selalu juga terkena ilser mulut nih :/

    ReplyDelete
  6. aliya pom selalu kena,,sakit sangat,,
    ade tue aliya just minum air je,takboleh mkn,,sakit sngt..

    ReplyDelete
  7. thanks for the info....cik siti da lama da tak kena ulcer ni...huhu

    ReplyDelete
  8. samelah kit FD. ibu kite pun suruh buat mcm tu. tpi kite kalau tak tahan sangat, letak terus garam kat tempat luke tu. pedih sehh... hahah xD

    ReplyDelete
  9. aha FD masa kecik pling takut kena.. smpai letak ubat gigi bagai..

    ReplyDelete
  10. panas dalam kut. bykkan minum air. sapu ubt bonjela atau yg sewaktu dgnnya.

    ReplyDelete
  11. skrg Hanis tengah ulser ni..hua..seksa. Sakit kot time gosok gigi dan makan,trus x de slera nak makn =(

    ReplyDelete
  12. Nice sharing kak FD :) Nanti boleh guna tips ni bila terkena ulser

    ReplyDelete