Novel

Review Novel: Mikhail karya RAM

March 30, 2013


Assalamualaikum,

RAM singkatan kepada Ramlee Awang Murshid :)
FD baru je habis baca novel Mikhail pagi tadi dalam pukul 5 pagi. Nampak tak semangat FD nak tau cerita karya RAM ni? Hehe :D dua lagi novel karya RAM FD belum baca. Bila nak baca pun tak tahu. Maybe lepas balik dari KL ni baru baca kot.

Sinopsis Mikhail:
MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.
Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!

FD ambik masa baca novel ni selama 2 hari. Kalau nak baca dalam sehari pun boleh sebenarnya, tapi nanti blog terabai lah kejap. Hehe. Mula-mula baca, FD rasa cerita ni macam complicated sangat. Terlalu banyak watak dan cerita pasal perniagaan. Saham tu, saham ni. Part tu je yang tak best. Part yang best masa banyak saspens. Kalau buat filem, confirm korang pun akan pening kejap. Cerita ni kita takboleh nak agak siapa yang jahat sebenarnya. Banyak kisah silam Mikhail yang Mikhail sendiri tak ingat. Sebab apa dia tak ingat? Kenapa dia ada penyakit paranormal? Korang nak tahu sebab apa? Korang kena baca novel Mikhail. Korang boleh beli secara online kat SINI.

And again, thanks to Sofia sebab hadiahkan FD novel ni. Novel ni memang tak mengecewakan langsung. Novel thriller terbaik yang FD pernah baca.

You Might Also Like

10 comments

  1. Macam best ja... Nak baca nanti..

    ReplyDelete
  2. sya pon ada satu novel karya R.A.M karya dia mmg terbaik lah.. :)

    ReplyDelete
  3. alaaa . tak cerita sampai abihh .. klau saya yg baca , kompem saya skip bahagian yang pening-2 tuh . haha

    ReplyDelete
  4. Hana suka sangat ngan novel Mikhail ni! memang tak puas baca.. ending dia pun Hana suka :D RAM memang terbaik! memang buat novel2 RAM jadi koleksi.. tambah2 abah pun suk novel2 RAM.. tapi tak sempat lagi baca Aku Bercerita, novel RAM yg latest tu..

    boleh setanding ngan thriller writer taraf international yg lain :)

    ReplyDelete
  5. @Aina Sofea; hehe mana boleh cite sampai habis. kena lah beli novel ni :p

    ReplyDelete
  6. @Haruno Hana 하나; wah! abah Hana pun suka baca novel ek, hehe :D yeah, karya RAM memang best

    ReplyDelete
  7. Tak silap, kakak saya ada novel ni :D

    ReplyDelete