Nak buat tu biar jujur :)


Assalamualaikum,


Tadi ada sorang blogger A ni IM FD kat Facebook. Macam ni perbualan FD dengan blogger A

Blogger A: Emm FD, ada satu GA kat blog ni, antara hadiahnya ialah Iphone4s n Galaxy Note.. Boleh percaya ke ni?
FD: kat blog? bg link
Blogger A: Sorry, tak ingat. Tengah guna fon. Cuba search dkt google 'Jom Pilih Hadiah' Tapi bukan GA yang Nabila Biela anjurkan tau.
FD: okay :) rasanya GA tu dari says lah. says memang buat hadiah gempak2 (masa ni FD fikir GA yg says anjurkan dalam bulan lepas kalau tak silap FD)
Blogger A: Ye ke? Ouh tak tau pulak. Lagipun orang yang buat GA tu form1. Sebaya Farah kot. Sponsor GA dia pulak rasanya takde. Eh, ataupun tak sampai 5 sponsor.
FD: eh form 1? biar betul? kaya sgt ke? (dah macam pelik. terus search kat google)
Blogger A: Yup. Nama dia Ayin kalau tak silap. Kaya? Eh eh, tak tau tak tau. Hehe
FD: okay, jumpa dah. budak penang. hadiah gempak2. biar betul
Blogger A: Haaa yang tulah. Yang ada hadiah mustache beg tu kan. Farah ada komen kat entry GA dia tu. Taktau lah dia dah publish ke belum komen tu.

Lepas FD dapat info ni, FD tengok-tengok entri blogger yang dimaksudkan oleh si blogger A ni. Hadiah memang gempak habis! Ini antara hadiah-hadiah yang ditawarkan:
Samsung Galaxy Note II
Baju peplum
Baju superman
Shawl
Iphone 4s
Keychain
Instax mini hello kitty
Beg moustache

Hebat tak hadiah-hadiah semua ni? Gila kentang!
Lepas tengok semua info pasal blog tu, FD post kat SINI. Banyak respond yang FD dapat dari blogger lain.

Ada blogger B pula IM FD kat Facebook lagi. Ini perbualan kitorang:
Blogger B: Salam kak FD . Saya just nk sahihkan betul ke tak yg kak FD maksudkan GA dapat hadiah smart phone tu GA ni ?
http://****-****-official.blogspot.com/2013/03/segmen-saya-nak-hadiah.html
Sebab ada org tag saya . So, tengok syarat banyak , rasa was2 jgk la nak join .Takut alih2 GA batal .
FD: w'salam. trpulang pd individu untuk prcaya atau tak. pada kak FD, macam tak logik lah. lain la kalau orang yg sponsor GA tu betul2 orang kedai gadget or something else. budak lagi kot. logik ke bagi hadiah macam tu? setengah blogger yg buat GA / segmen separuh jalan tu sebab diorang tak capai target, maybe diorang kecewa sebab tak ramai join.
Blogger B: Tapi better tak payah kot masuk sebab agaknya semua org tk tahu lagi yg budak tu pernah menipu org . Ramai bdk2 sebaya saya kena tpu dengan dia suatu masa dulu .
FD: so asma memang kenal la dengan blogger tu?
Blogger B: Yup . Terlampau kenal . Dia pernah masuk group khas untuk kanak2 .Dekat group tu banyak sangat berlaku penipuan ,pergaduhan dan mcm2 lagi . Sampai ramai dh tak tahan . Dia kata dia ada jual Hp case ke apa . Tapi benda tu bdx memang suka . So, ramai dah bank-in dekat dia . Alih2 1thn tak sampai lagi brg tu . Tulah yg rasa was2 skit.

FD buat entri ni bukan untuk aibkan mana-mana blogger. Kita buat segmen / contest / giveaway ni semua untuk suka-suka, dapat kenalan baru, ye tak? Kalau nak anjurkan giveaway tu, hadiah biarlah ikut kemampuan. Tak logik dek akal bila blogger yang berumur belasan tahun, nak bagi hadiah smart phone. Lain kata benda yang harga over RM500+. Tak ke gila tu? Bukan FD nak jatuhkan sesiapa tau. Cuma FD kesian kat awak dan awak yang join segmen tu dengan penuh harapan untuk menang segmen tu. Bila menang, penganjur senyap. Tak ke sakit hati + rasa tertipu? Macam FD kata, kita buat benda tu untuk suka-suka. Bukan nak marah-marah atau berdendam dengan orang lain. FD sendiri pernah tertipu bila menang giveaway, tapi hadiah tak dapat. Agak terkilan lah juga.
Untuk yang FD highlight warna merah tu, itu dah tunjukkan point yang si blogger tu memang kaki penipu, kaki kencing bak kata remaja sekarang.

Jangan bila orang tu tak kasi hadiah, jangan nak maki hamun lah ye :) nak join mana-mana segmen atau giveaway tu boleh, tapi selidik betul-betul. Mula-mula FD pun fikir nak join segmen tu. Tengok info kan komen tentang blogger tu, FD terus lupakan niat tu. Terpulang kepada korang lah ye :)

First time tengok ada blogger yang nak bagi hadiah berupa iPhone dan Galaxy Note. Budak pulak tu. Hidup kalau menipu ni tak berkat dik oi :)

You Might Also Like

60 comments