Melatah


Assalamualaikum,


Pakar percaya latah adalah satu kebiasaan yang kaitan rapat dengan fungsi sistem saraf pusat dan psikologi.
MASYARAKAT kita terutama kaum Melayu sememangnya cukup sinonim dengan melatah terutama golongan berumur. Menghibur dan mencuit hati. Mungkin itulah gambaran paling tepat bagi menggambarkan gelagat mereka yang melatah ini. Jika diperhatikan, apabila seseorang melatah, dia seolah-olah hilang pertimbangan dan lupa seketika perbuatan yang dilakukan. Anehnya, tiada siapa yang akan menjauhkan diri daripada mereka yang melatah malah latah mereka berpanjangan jika terus diusik.

Selain yang sudah berusia dan dianggap nyanyuk, latah juga sering dikaitkan dengan wanita berusia. Hinggakan, sesuatu majlis keraian bagaikan kurang seri tanpa mereka yang melatah ini
Pakar Psikologi, Dr William S Buroughs, menjelaskan latah adalah situasi terkejut melampau (hyperstartling) yang ditemui di Asia Tenggara pada sesetengah bangsa saja dan amnya pada wanita.
Bagaimanapun, bukan wanita saja yang dikaitkan dengan melatah, lelaki juga apa kurangnya. Ada juga lelaki yang melatah dan kadang kala latah mereka lebih teruk daripada wanita.



Orang Indonesia pun ada yang melatah tau :p


Melatah ni memang seronok, seronok pada orang yang mengusik tu. Tapi jangan sampai orang yang melatah tu angkat tangan atau kaki kat korang lah. Nahas korang nanti. Nak mengusik pun, berpada-pada lah. Kesian kat diorang sebab letih. Boleh nampak letih diorang tu. Kita yang ngusik pun boleh letih gelak tau tak.

Pernah sekali adik FD ngusik pak cik saudara kitorang. Masa tu pak ndak baru lepas cuci kereta. Tengah jalan nak naik (masa tu duduk apartment), adik kejar pak ndak dan cucuk pinggang dia. Habis pak ndak simbah air ke belakang. Memang nak tergelak ah! Nasib baik FD dengan adik FD tu tak basah.

Orang kata, jangan nak mengusik sangat orang melatah ni takut "berjangkit". 

You Might Also Like

14 comments