Drama adaptasi novel

Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia! FULL EPISOD

April 30, 2013


Assalamualaikum,


Sinopsis SSiD:
Kisah percintaan selepas perkahwinan antara Syafa Aqira dan Firash Arshad. Selepas menghadiri jamuan harijadi di rumah Raimy, Syafa dipaksa bernikah dengan Firash Arshad tanpa persetujuannya. Firash Arshad yang muda 4 tahun darinya pasrah. Raimy cuba memerangkap Syafa Aqira dengan meletakkan serbuk dadah kedalam minuman Syafa, sementara itu Raina (adik Raimy) berbuat yang sama pada Firash Arshad.
Syafa lena di bilik tamu, dan tiba-tiba Firash pula masuk dan khayal disitu. Firash tanpa pertimbangan telah menodai Syafa tanpa pengetahuannya. Semasa berlaku kejadian di rumah Raimy, teman lelaki Syafa datang lewat ke majlis (Farish). Farish terjumpa mereka berdua dalam keadaan mengaibkan di bilik tamu sewaktu rakan-rakan lain sibuk menyanyikan lagu selamat harijadi Raimy. Farish terkejut dan memaksa mereka berdua bernikah. Setelah peristiwa tersebut diceritakan dengan panjang lebar kepada Datin Farizah (Ibu Farish dan Firash), Datin bersetuju menikahkan terus Firash dan Syafa. Syafa pula memang kebetulan anak angkat Datin Farizah, pasrah.
Farish pula meninggal dunia saat hari pernikahan Firash dan Syafa. Datin Farizah pula ditinggalkan suaminya, Datuk Fakhrul setelah Datuk mengahwini Puan Aida (isteri kedua, dan merangkap ibu kepada Raimy dan Raina). Masing-masing tidak mengetahui yang Firash adalah anak Datuk Fakhrul.
Perkahwinan Firash dan Syafa sengaja dirahsiakan Firash dan Syafa dari pengetahuan rakan-rakan kolej dan pejabat. Tetapi takdir menemukan mereka berdua bekerjasama dalam satu pejabat di Kerteh. Di situ bermulalah episod saling jatuh cinta, emosi dan cemburu antara Firash dan Syafa. Sampai ke kemuncaknya, Raina cuba mendapatkan Firash dengan cara yang kotor, dengan mengupah PI untuk melakukan tugas memerangkap Firash dan mengambil gambar yang mengaibkan antara Firash dan Raina.
Gambar yang di'super imposed' kan tersebut dihantar ke meja Syafa, menyebabkan cinta yang baru berputik antara Syafa- Firash, terus terpadam. Pada malam annual dinner, Firash yang tertekan dengan gambar2 tersebut telah memaksa Syafa menunaikan hak seorang suami. Setelah itu, Syafa melarikan diri ke Shah Alam, dan Firash terkapai-kapai merindui isterinya.

Barisan pelakon drama SSID:
Tiz Zaqyah - Syafa Aqila
Izzue Islam - Firash Arshad
Fezrul Khan - Farish
Uqasha Senrose - Rania
Qi Razali - Hakimy

Drama yang diadaptasi dari novel Sebenarnya, Saya Isteri Dia ditayangkn di TV3 pada setiap hari Jumaat pada pukul 9 malam.


Sebenarnya Saya Isteri Dia! Full Episode
Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6    Episod 7
Episod 8    Episod 9     Episod 10  Episod 11  Episod 12  Episod 13


Pengumuman!
FD nak jual novel secondhand.
Boleh refer entri :
http://www.fatindiana.com/2013/01/novel-secondhand-untuk-dijual.html

Kalau berminat, boleh contact di
Facebook / Fanpage
WhatsApp: 0142771924

You Might Also Like

29 comments

  1. nggak sabar mau nengok :3 hihi agak2 setanding setia hujung nyawa tak? muehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn banding...sbb semua pelakon ada standard tersendiri.

      Delete
  2. Ooo.....pernah tgk novel nie...dan jln citer dia pown mcm pernah baca....

    ReplyDelete
  3. sememang-memangnya sedang menantikan drama adaptasi ni ! SSID memang best :D

    ReplyDelete
  4. harapnya bestlah dramanya sebab novelnya pun best !

    ReplyDelete
  5. @Nurin Aqilah; yeke? hehe tak sabar pula nak tengok :D

    ReplyDelete
  6. waahhh!! mesti tgk ni...novelnya best...

    ReplyDelete
  7. @need; hehe tengok jangan tak tengok :D

    ReplyDelete
  8. salam fatin :)

    cantik laa poster dia..:)

    ReplyDelete
  9. Harus tengok setiap episod ;D hee

    ReplyDelete
  10. yeayyy ! ade episod 1 :) ninaa terlepas episod 1 pulak tu , huhu thanks fd :)

    ReplyDelete
  11. @Mazelina Zaini; hehe FD pun terlepas haritu. you're welcome :)

    ReplyDelete
  12. fd , karlos punya ade tak ? hehe

    ReplyDelete
  13. suka sgt drama nih! tpi malangnya, setiap hri jumaat..bru dpt tgok...huumm

    ReplyDelete
  14. @Cik JariManis; tu lah pasal. lama nak tunggu Jumaat tu. hee

    ReplyDelete
  15. hi Diana....episode 3 lum ade ekh...tk sbr sis nk tgok..;)

    ReplyDelete
  16. @ruli ruliah; belum lagi sis. sorry. dah keluar nanti FD update

    ReplyDelete
  17. tak tengok2 lagi SSID ni.. mood tak datang lagi.. :)

    ReplyDelete
  18. dia sampai episode 13 je? wah lepas ni boleh tgk dulu la kat sini. hehe
    btw, tahniah :)
    http://fiqansz.blogspot.com/2013/06/pengomen-tegar-mei-2013.html

    ReplyDelete
  19. ramai betol ye peminat cerita ni :)

    ReplyDelete
  20. Hot giler citer ni masa tayang kat tv dulu :D

    ReplyDelete