Family

Burung pucung

March 07, 2013


Assalamualaikum,

Kredit: http://pdfcast.net/burung-pucung.html

Semalam masa nak balik rumah lepas ambik Sarah balik dari tadika, FD tengok tepi tingkap. Nampak macam burung, tapi pelik pula rupa dia. FD terus tanya abah

FD: abah, tu burung apa tu?
Abah: *tengok luar tingkap, tercari-cari* mana?
FD: tu haa *sambil tunjuk kat abah*
Abah: *abah masih tak nampak*
FD: *tunjuk lagi* tu, dekat dengan semak tu
Abah: ohhh, burung pucung
FD: haa? pocong?
Abah: pu-cung
FD: macam nama hantu je
Abah: tengok rupa dia, ada macam bangau kan?
FD: tu lah, tengkuk dia panjang. boleh terbang ke tak burung ni?
Abah: boleh lah

Haha. Bengong soalan FD tu, kan? Dah tentu lah burung boleh terbang. Mula-mula dengar nama burung tu macam pelik. Lebih kurang dengan nama hantu pocong je. Abah macam nak ambik burung tu sebab tengok burung tu macam tengah sakit. Duduk setempat je. Abah kalau dengan haiwan, prihatin betul. Ingat lagi masa FD kecik-kecik, abah bawa balik seekor burung yang tengah sakit. Masa tu bulan puasa kalau tak silap FD. Lepas burung tu okay, abah lepaskan. Yela, tak elok kurung haiwan. Haiwan pun nak bebas juga.

Abah tu, tanya lah soalan apa je. Semua abah boleh jawab. Tu pasal FD tanya abah tu burung apa. Ngehehe xD

You Might Also Like

9 comments

  1. hehehe..comel je. baru tau nama burung tu :)

    ReplyDelete
  2. pernah nampak burung niijugak., tp x tau nama., hehe nii baru tauuu., hehehe

    ReplyDelete
  3. aah , cam nama hantu pocong ajee :p pucung oh pucungg

    ReplyDelete
  4. 1st time dengar nama burung pucung..

    ReplyDelete
  5. Baru tau nama burung tu. prnh tgk tp x tau nm.

    ReplyDelete
  6. HAHA burung tu pelik dan... Comel :D
    Aah lah macam nama hantu pulak eihh seram haha xD

    ReplyDelete