Jelajah Janji Ditepati KT

February 23, 2013


Assalamualaikum,

Petang tadi FD pergi event Jelajah Janji Ditepati kat Dataran Shahbandar, KT. Boleh tahan ramai juga tadi sampai takde tempat nak parking kereta.
First sampai sana, nampak booth Bananana. Ada Munir dengan siapa ntah. Tengah main game buat aksi kartun macam Batman, Spiderman, Cicakman, macam-macam lagi. Part nak jadi Powerpuff Girls tu comel, haha :D mana taknya, lelaki buat aksi PPG tu macam lawak je.

Lepas tu pergi booth Tonton. Tak ingat lah ada artis mana ==' then pergi booth Kedai Buku 1Malaysia pula. Dah lama tak baca novel, so tengok lah mana yang berkenan. Jumpa pula novel karya Ramlee Awang Murshid. Tak fikir panjang, terus beli!

Novel Aku Bercerita karya Ramlee Awang Murshid.
Harga asal: RM25
Harga Kedai Buku 1Malaysia: RM22.50
Kira okay lah tu, kan? Kalau beli secara online, harga RM21.25. Tu tak termasuk kos Pos Laju lagi. RM21.25 + RM6 = RM27.25
FD pergi event tu bukan FD yang tanggung duit minyak kereta abah, so dah kira jimat disitu. Hehe :D kita kena lah bijak berbelanja, ye tak?

Lepas beli novel, hujan pula. Tak tahu nak kemana, so FD dengan Darlina je lah jalan takde hala tuju. Biar mak, abah dengan Sarah jalan diorang-diorang je. Boleh tahan ramai juga artis yang ada kat event tu. 

Pergi booth Tonton balik, ada kumpulan VIP. Alah, yang Adam AF punya budak-budak tu. Boleh tahan juga, ada rupa ala-ala KPOP gitu. Ah sudah! Ni semua penangan Running Man lah ni. Pi tengok Korea lagi, kan dah parah. Habis semua nak ala-ala KPOP.

Tengok kat booth Bananana, ada Almy Nadia! Nak ambik gambar, tapi tak bawa camera pun. ERGHH! Benci ahh. Mirul ah pi ambik camera untuk belajar. Ntah dia guna ke tidak kat kolej tu.

Dah bosan tak tahu nak pergi mana, FD call mak and join dengan mak pi tengok orang buat kuiz kat atas pentas. Ada yang menang topi, baju dan sejadah. First time FD tengok orang bagi sejadah sebagai hadiah tau :)

Sebelum balik, jumpa maskot Boboboi. Cuma ada Boboboi dengan Yaya je. Yaya comel gila! Ambik gambar mak dengan Yaya guna phone mak. Sarah segan nak ambik gambar dengan Yaya. Ntah pape lah adik FD yang sorang tu.

Okay lah, FD nak rest. Kaki lenguh ni penat berjalan tadi. Mengalahkan jalan-jalan kat KL punya lenguhnya. Phew!

You Might Also Like

19 comments

  1. akk tahu tak ramlee awang mursyid tuh kwn saye punye ayh :)

    ReplyDelete
  2. alamak syg ler x bawak kamera ..kalau x sure entry nih penuh gmbr..hehe

    ReplyDelete
  3. wahh jalan sakan ye FD. :) mcm best je event tu...nk pegi tapi jauh plak..huhu

    ReplyDelete
  4. @Nur Syazana zanaSya; yeke?! wah! best lah kan. mesti pernah jumpa :D

    ReplyDelete
  5. waaa, aina teringin nak jumpa almy nadia >. comel je kan dia tuh !

    ReplyDelete
  6. wau...FD da sampai Terengganu.best...

    ReplyDelete
  7. nini pun p, tapi p jobfair je lah...malas dah nak jenjalan kat booth lelain..hehe

    ReplyDelete
  8. husna suka jugak baca karya RAM..cerita best..=D

    ReplyDelete
  9. @siti fatima Arifin; hehe dah duduk Terengganu dah pun, bukan sampai je :D

    ReplyDelete
  10. @nini; lah yeke? awat tak nampak? hehe

    ReplyDelete
  11. Tak pernah lagi baca buku karya RAM :) Mesti best novel ni..

    ReplyDelete
  12. @Sally Yatiey; hehe FD belum baca lagi, so tak tahu kisah novel tu macam mana :D

    ReplyDelete
  13. Kakak saya peminat novel R.A.M :)

    ReplyDelete