Family

Handsome tak?

February 28, 2013 Fatin Diana 18 Comments


Assalamualaikum,


Eh cakap pasal handsome je tiba-tiba muka Aaron Aziz. Apehal pulak ni? Okay, ini entri mengarut. Terpulang pada korang nak baca atau pun tak.

Macam ni, semalam masa dalam kereta FD dengan adik-adik tiba-tiba cakap pasal handsome. Lepas tu mak tanya Sarah, "Sarah, Am ensem tak?". Sarah dengan yakinnya jawab "ensem!". Am mana? Dah tentu lah Am dalam drama Adam & Hawa tu. Haa, terkejut tak sebab Sarah boleh tahu sape Am. Adik FD si Sarah tu layan drama Adam & Hawa tau. Budak 5 tahun layan drama Melayu tu wehh. Hahahaa xD

Lepas tu tanya Sarah lagi, "abah ensem tak?". Sarah jawab, "tak, abah tak ensem" sambil geleng kepala. Tergelak kitorang dalam kereta tu. Hahaa! Abah pula pandai nak merajuk. Abah ugut Sarah, "tak ensem?! Abah taknak ambik Sarah balik sekolah". Ciss! Pandai juga abah FD nak merajuk ek. Lawak betul!

Harini tiba-tiba je abah dapat call suruh pergi Kemaman. Pergh! Terkena betul-betul pula. Terkena lah sebab semalam abah kata taknak ambik. So FD ambik Sarah sorang-sorang. FD cakap kat Sarah, "tengok, abah taknak ambik Sarah. tu lah, sape suruh Sarah cakap abah tak ensem". Sarah senyap je, macam tak puas hati. Balik tu FD cakap kat mak apa yang FD cakap kat Sarah tadi. Mak pun cakap "kena pula tu betul-betul. kesian Sarah".

Sementara tunggu abah balik, kitorang kat rumah dok cakap dengan Sarah, suruh Sarah puji abah handsome. Dalam pukul 8 lebih tadi abah sampai rumah. Abah masuk je, Sarah terus bersuara "abah ensem!". Habis satu rumah ni bising dengan ketawa kitorang. HAHAHAA! Memang best lah! Yang abah pula seronok Sarah puji abah handsome. Bila FD saje nak bisik suruh cakap abah tak handsome, abah jegil biji mata nak bagi Sarah takut. Sarah terus cakap abah handsome lagi.

Eh korang nak tengok rupa abah FD?
Tu dia! Mak dengan abah FD ^^

Aaron Aziz memang handsome pun, kan? :p

You Might Also Like

18 comments:

Nurul Aini said...

Tak,,,tak handsome pun..hehe. Opss..jangan marah ye kepada peminat Aaron. Saya tak minat dia. Yes..abah FD handsome. Mak FD cantik. ^_____^..so sweet mak dan abah FD. Semoga bahagia sehingga ke jannah.

amy fendi said...

Eh, samalh muka FD dengan mak FD. haha. #nama lagi anak

Dianaa said...

@Nurul Aini; hehe tak minat? jarang tengok takde orang minat Aaron ni :p thank you. isnyaAllah, amin :)

Dianaa said...

@amy fendi; hehe tapi selalunya orang kata muka FD ikut muka abah :D

Sally Yatiey said...

So sweet Mak dengan Abah FD ^_^ handsome2 :D hehe

Dianaa said...

@Sally Yatiey; hehe thank you :D

Aiman Aziz said...

Sejibik muka mak FD ngan Sis FD (Y)

Dianaa said...

@Aiman Aziz; yeke? hehe thanks :D

keluarga yg bahagia :'> heheh handsome handsome

Dianaa said...

@Princess Syazliyana; hehe thanks :D

Ratu Hatiku said...

Hensem......minat gler ngan Aaron... :P
Pasangan yang secocok, merpati dua sejoli...moga kekal bahagia selamanya.. Amin.... :)

Dianaa said...

@Ratu Hatiku; thanks. insyaAllah, amin :)

Remy hazza said...

encem encik abah!!!!

Dianaa said...

@Remy hazza; hehe terima kasih

Aina Sofea said...

Haha .. Aaron memang ar ensem .. tp , bkn dia sorang je ensem , cik adik Sarah oii :p

Dianaa said...

@Aina Sofea; haha dah Sarah kenal Aaron tu je dik :p

hehe pandai mengusik adik akak kan ? hehe

Dianaa said...

@rodiyatul akmar; haha Sarah memang