Ayah, bagilah balik tangan Ita - fakta atau auta?


Assalamualaikum,

FD tengok makin ramai yang percaya gambar kat atas ni ada kaitan dengan cerita kanak-kanak yang bernama Ita tu yang konon tangan dipotong sebab minat melukis. Tajuk cerita tu: "AYAH , BAGILAH BALIK TANGAN ITA !"

Kat sini FD share dengan korang cerita Ita tu. Tapi tolong jangan percaya yang gambar tu berkaitan dengan cerita ni:
Ita....nama panggilannya sejak dari kecil. Ita sangat minat melukis. Ibu dan ayahnya juga suka melihat lukisan Ita.
Suatu hari, Ita terjumpa sebatang paku karat ketika bermain buaian. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi tidak kelihatan kerana diperbuat daripada marmar. Ita tida puas hati. Dicubanya pula pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi, kanak-kanak ini pun melakarlah dengan gembira dan melahirkan kreativitinya. Hari itu, ibu dan ayahnya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tidak disedari pembantu rumahnya, Narti.
Petang itu, terkejut besar ibu dan ayah Ita melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis dibayar, berbatik-batik.
Si ayah yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "siapa punya kerja ni?"
Narti yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, Narti menjawab perlahan "tak tahu... !Saya tak tahu Tuan".
"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri pula.
Ita yang sedang tidur dibiliknya terjaga mendengar suara kuat ibu dan ayahnya. Ita begitu gembira dan tidak sabar menunjukkan lukisan terbaru kepada ibu dan ayahnya.
Dia berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan?". Ucapnya manja sambil terus menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa melaung kesakitan kesakitan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia juga sangat takut .
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Narti segera memeluk Ita dengan penuh kasih sayang, cepat-cepat menggendong anak kecil itu dan membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak kedua-duanya di dalam bilik. Narti memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik kesan sebatan terkena air.
Narti kemudiannya menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama Narti. Rasa marahnya masih belum hilang.
Keesokan harinya, kedua-dua belah tangan Ita bengkak. Narti berasa bimbang dan mengadu kepada ayah Ita.
"Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya . Ibu dan ayah Ita bergegas ke pejabat tanpa menjenguk Ita di kamar.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik Narti. Si ayah kononnya mahu mengajar Ita.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu. Tanpa pengetahuan Ita, setiap hari ibu dan ayahnya akan bertanya kepada pembantu rumah.
"Ita demam...". Jawab Narti ringkas.
"Bagi minum panadol dulu" balas si ibu.
Hati ibu Ita mula merindui gelak ketawa anaknya. Sebelum masuk bilik tidur pada malam itu, dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Dia menangis di luar bilik. Selalunya Ita akan mengadu dan tidur bersamanya apabila tidak sihat.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.
"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 kita pergi" kata majikannya itu.
Sampai waktunya, Ita sudah tidak bermaya. Ayahnya mulai risau dan terus membawa Ita ke klinik. Doktor mengarahkan supaya kes tersebut dirujuk ke hospital kerana keadaan Ita sudah serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
"Tiada pilihan.." kata doktor yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.
"Tangan anak tuan sudah bernanah teruk, demi keselamatan dan nyawa anak tuan, tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.
Ayah dan ibu Ita bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.
Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si ayah terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumahnya, Kak Narti. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...
"Ayah.. ibu... Ita tak buat lagi. Ita tak mahu ayah pukul. Ita tak mahu jahat lagi. Ita sayang ayah.. sayang ibu". Katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
"Ita juga sayang Kak Narti.." Katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... "Ayah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi!" Katanya sambil menangis tersedu-sedan.
"Ibu, Ita nak melukis macam mana buuu....?"
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..
SUMBER
------------------------------------------------------------

Ye, memang sedih bila baca cerita tu lagi-lagi bila tengok gambar budak perempuan kat atas tu. TAPI! JANGAN SESEKALI KORANG PERCAYA YANG BUDAK DALAM GAMBAR TU BERNAMA ITA. SEBAB NAMA BUDAK DALAM GAMBAR TU IALAH Ameera Danii YANG BERUSIA LAPAN TAHUN.

Ini kisah yang sebenar tentang gambar budak perempuan tu:
Foto
MOHAMAD Yazwin menunjukan gambar anaknya yang dimuat turun dalam Facebook.

Kuala Lumpur: “Saya minta pihak tidak bertanggungjawab menyiarkan gambar anak saya dalam laman sosial Facebook yang kini tersebar luas kononnya tangan kirinya dipotong kerana didera supaya menarik balik gambar terbabit kerana itu satu pembohongan dan kami tiada kaitan,” kata Mohamad Yazwin Mohamad Yasin, 37, yang menyedari gambar anaknya perempuannya, Ameera Danii berusia lapan tahun disalah gunakan sehingga mengaibkan keluarganya.
Dia yang menyedari penyebaran gambar anaknya itu selepas diberitahu adiknya semalam berkata, kisah yang dipaparkan dengan tajuk ‘Ayah bagilah tangan Ita balik’ dengan memuat naik gambar Ameera perbuatan melampau sedangkan anaknya itu tidak pernah mengalami nasib seperti tajuk dipaparkan.

“Dalam Facebook itu, digambarkan kononnya seorang kanak-kanak dikenali sebagai Ita dipotong tangan oleh bapanya kerana tidak minat melukis.
“Dalam kes anak saya ini, tangannya terluka ketika bergayut pada sinki rumah kami pada Ogos tahun lalu selepas sinki itu pecah menyebabkan urat tangan anak saya putus. Kami menghantarnya ke Hospital Ampang Putri untuk menerima rawatan dan Alhamdulillah anak saya terselamat, malah tangan kirinya juga tidak dipotong seperti didakwa dalam cerita yang tersebar itu,” katanya ketika hadir membuat aduan di pejabat Harian Metro, semalam.

Mohamad Yazwin berkata, kemungkinan gambar anaknya itu diambil tanpa kebenaran melalui blog milik isterinya yang memuat naik gambar anak mereka ketika menerima rawatan di hospital.

“Saya rasa mereka mengambil gambar itu dan membuat cerita seolah-olah kejadian menimpa kanak-kanak terbabit adalah anak saya sedangkan nama kanak-kanak itu Ita.

“Kemungkinan apa yang dipaparkan dalam laman sosial terbabit yang mendapat komen ratusan orang memang berlaku namun perbuatan menggunakan gambar anak saya adalah tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sehubungan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Untuk sesiapa yang masukkan gambar budak perempuan tu dalam FB dan cerita pasal Ita tu, tolong lah buang gambar tu dan guna lah gambar lain macam kartun atau sebagainya. Kesian kat family tu tak pasal-pasal timbul cerita fitnah pula. Dan korang yang turut sebarkan cerita karut tu, sila lah buang cepat. FD cuma share benda ni sebab taknak cerita ni tersebar lagi luas.

Comments

heirizalieyana said…
sedih jgk bila baca nieyh
Mula-mula ingatkan betul,ishhh. Kurang ajar betul sape sebarkan berita palsu.
Dianaa said…
@heirizalieyana; memang sedih, harap2 bukan kisah benar lah
Dianaa said…
@✸Maizatul Nurirwane Idr✸; haa, jangan percaya tau cerita Ita tu
NUR HAFIZAH said…
sedih betul ceritanya,msti ayah dia rsa bersalah
rodiyatul akmar said…
touching jugak mula2 baca hehe . ingatkan betul tadi kalau tak sia2 je nangeh :D haha
alamak... saya sudah terpedaya... tadi,, FD sudah bagi tahu saya yang gambar tu tidak benar... jadi,, saya pun cepat2 delete... akhirnya saya berjaya juga,, saya sudah delete..
minta maaf kalau ada pembaca yg terbaca entri tu... minta maaf byk2.. ^^
Dianaa said…
@rodiyatul akmar; hehe jangan nangis pula :p
Dianaa said…
@Sherlyanna angiela Martin; hehe sebelum share sesuatu benda, kena selidik dulu :)
Nana Liena said…
cerita ni mmg dah lama ada dlm mastika kot..lebih kurang ja jalan cerita..huhu.. tu yg bahayanya kalau letak gmbar2 kt blog/media social lain..huu..nnt disalahguna..
Aina Areen said…
ntah pape nak letak gambar tu dengan cerita ita tu sebab dalam cerita ita tu tangan ita tu kena potong tapi dalam gambar tu boleh nampak lagi tangan budak pompuan tuh. alahaiii, logik laa sikit :) haha
QasehnyaRania said…
pula.ingt betul la tadi..
sapa la yg buat tu kan.jm join segmen ni nak

http://lobaksusue.blogspot.com/2013/02/segmen-lagu-favourite-saya-by-leeyana.html
deno said…
ERK! inngat betul cerita tu... pernah bc kat fb.. tu la kan, nak sebar cerita pastikan betul...
aniez aziz said…
saya pernah baca tentang ita tu dalam mastika..lebih kurang 5-7 tahun dulu rasanya..memang sedih..semoga ita terus kekal tabah
hooo...... di mana kebenarannya...
wunny said…
ada baca jugak pasal ni. kesian ayah dia. tak pepasal je kena tuduh mcm tu..
Nabila Medan said…
ngeri ada.. rasa nak nangis pun ada. kesian nya
aishhh, sape la fitnah tu.. tak baik betul
^^eKaTiKaH^^ said…
owh, nie kisah sebenarnye. mesti ramai tak tahu nie.. kite pun mule2 terkejut, "biar betul mak bapak budak nie"
Aisha Fauzi said…
Dah pernah baca kisah ni dekat facebook. Kesiannya budak tu.

Popular posts from this blog

Review: PinkBoxCereal x Hermosa Collection

Giveaway by Fatin Diana

Safi Balqis OxyWhite