Movie

Review movie: Wawa Semput

January 17, 2013


Assalamualaikum,




Sinopsis Wawa Semput Full Movie
Konflik cinta BOBBY dan WAWA daripada filem Adnan Sempit tidak berakhir begitu sahaja. Kini, ianya disambung kembali dalam filem penuh komedi dan aksi memaparkan Bobby dan Wawa yang terpaksa menghadapi ujian terbesar dalam hubungan mereka apabila Bobby menuduh Wawa tidak setia. Nama Ismat menjadi penyebab segalanya. Wawa sudah naik muak dengan sikap Bobby yang suka merempit mengambil keputusan untuk berpisah dan pulang ke kampungnya. Bobby merayu berkali – kali dan meminta maaf namun tidak dilayan langsung oleh Wawa. ISMAT muncul dengan penuh bergaya dan menumpangkan Wawa pulang ke kampungnya. Bobby yang memang sudah tangkap cintan guling – guling dengan Wawa tekad untuk mendapatkan Wawa kembali. Ismat dan Wawa pulang ke kampung dan terkejut apabila melihat Bobby terlebih dahulu sudah sampai. Lama kelamaan, Wawa mulai naik semput dengan sikap Bobby dan Ismat yang tidak sudah bersaing untuk memikatnya. PAK KUDIN, ayah kepada Wawa lebih menyukai Ismat yang dirasakan mempunyai masa depan yang lebih cerah berbanding Bobby yang kaki rempit. Namun, Pak Kudin juga sedar yang Wawa masih sayangkan Bobby dan mengharapkan dia akan berubah. Kawan baik kepada Wawa, AYUNI jatuh cinta pandang pertama pada Ismat kerana wajah Ismat yang mirip dengan bekas kekasihnya cuba untuk merampas Ismat daripada Wawa namun Ismat tetap setia pada cintanya. Sesuatu harus dilakukan demi memisahkan Ismat dan Wawa. Ayuni dan Bobby berpakat! Apakah yang akan dilakukan oleh Ayuni dan Bobby? Masih adakah ruang untuk Bobby di hati Wawa?




Wawa Semput, sebuah filem kesinambungan dari filem blockbuster Adnan Sempit menampilkan para pelakon kesayangan korang iaitu Yana Samsudin, Along Cham, Angah Raja Lawak dan Adiba Yunus di samping Kaza dan Mie Raja Lawak. Nantikan filem WAWA SEMPUT di pawagam 31 Januari 2013. Pandai-pandailah Lu Hidup Sendiri!!

Dalam trailer ni yang FD suka part minit ke 1:27 tu

Angah: Abang....
Along: Kakak...
Angah: Nak ke mane?
Along: Nak tumpang lalu...
Angah: Nak lalu, lalu lah...


Nak tengok wayang, memang tak lah kot. Melainkan kalau FD ada turun KL kot family ada apa-apa urusan kat KL ke. Kalau tak turun KL, tunggu cerita ni keluar kat internet je lah jawabnya. Tak sabar nak tengok! ^^

You Might Also Like

14 comments

  1. nk layan citer ni ker??
    layann lagu kat blog ni lagi best.

    ReplyDelete
  2. @Leeza dayasari [santai leeza]; a'ah, nak layan cerita tu. hehe terima kasih ^^

    ReplyDelete
  3. diorg bertiga ni serasi bila berlakon sama2 kan. hehe

    ReplyDelete
  4. klu berlakon cite lawak2 mcm ni msti diorg bertiga still ade..mcm best..nk tgk2...

    ReplyDelete
  5. klo gmbr mlyu tggu download ja..haha..kejam x?

    ReplyDelete
  6. @ina; memang best kalau diorang sama2 berlakon ^^

    ReplyDelete
  7. hana jarang tengok wayang.. tunggu youtube jelah

    ReplyDelete
  8. @hana hadi; sama2 la kita tunggu kat youtube. hehe

    ReplyDelete