Info

Tanda-tanda kiamat

January 30, 2013 Fatin Diana 7 Comments


Assalamualaikum,


Tanda-tanda besar:-
  • Hijaunya bumi Arafah.
  • Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni dari perkahwinan tidak sah atau perceraian yang tidak diluluskan oleh mahkamah.
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  • Keluar asap tebal dibumi Hijaz.
  • Munculnya nabi-nabi palsu, semuanya berjumlah 30 orang.
  • Berlaku perang besar di kawasan Kaukasus.
  • Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang Habsyah.
  • 3 kali gempa bumi. -Timur, Barat, dan Semenanjung Arab
  • Bermulalah kekuasaan Dajjal.
  • Munculnya Imam Mahdi.
  • Turunnya Nabi Isa a.s.dan membunuh Dajjal.
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
  • Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama (Addin) dari manusia.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama, kedua



Tanda-tanda kecil
  • Penaklukan Baitulmuqaddis
  • Zina bermaharajalela
  • Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
  • Bermaharajalela alat muzik
  • Menghias masjid dan membanggakannya
  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
  • Ramai orang soleh meninggal dunia
  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat
  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
  • Bulan sabit kelihatan besar
  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
  • Binatang buas berbicara dengan manusia
  • Bulan terbelah dua
  • Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
  • Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
  • Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
  • Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
  • Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
  • Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
  • Orang akan melakukan homoseksual.
  • Akan terdapat ramai anak luar nikah.
  • Berkurangnya sifat amanah
  • Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
  • Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
  • Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
  • Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
  • Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
  • Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
  • Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
  • Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
  • Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
  • Memandang rendah kepada darah
  • Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
  • Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
  • Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
  • Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
  • Banyaknya berlaku gempa bumi
  • Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
  • Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
  • Banyak berlaku peperangan demi peperangan
  • Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
  • Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat


Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan ‘Ini adalah orang kafir’.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.




Rasanya tanda-tanda kecil tu 97% dah terjadi kat muka bumi ni. Kan? :/
Lagi-lagi part homoseksual dan anak luar nikah tu. Dah kenapa lah manusia zaman sekarang ni. Queen control dan anak yang kurang ajar pun dah ramai rasanya. Perang kat dunia ni pun dah banyak jadi.

You Might Also Like

7 comments:

amer akat said...

Hi.. aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
http://slapmestore.blogspot.com/

deno said...

kita sebagai manusia perlu sntiasa bersedia dan beringat... kehidupan ini hanya sementara

hazwan hairy said...

nice sharing FD sma2 kita beringat..takut bca..hehe

fifie said...

Dah banyakkkan tanda tanda awal kiamat sekarang. Takut sangat

zul fahmi said...

Thanks 4 info.. Almost forget it..

syuk meow said...

Astagrhfirullahalazim T_T Sekarang ni tanda-2 kecil pon dah ada dah.

Aisha Fauzi said...

Astagrhfirullahalazim T_T Sekarang ni tanda-2 kecil pon dah ada.