Dah dapat tiket Maharaja Lawak Mega!


Assalamualaikum,


Semalam plan nak pergi ambik tiket MLM pukul 8 pagi. Konon je lah! Sebabnya lena sangat tidur time sejuk-sejuk. Maklum lah, kat Terengganu ni selalu hujan. Harini tak hujan pulak. Panas ohh.

Pukul 10 pagi semua siap, terus gerak pergi Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Sampai-sampai je kat sana, PUNYA LAH RAMAI!! Fikir time tu macam tak harapan je nak dapatkan tiket. Demi Zizan, ku gagahkan jua. Pergh! Ayat takboleh bla en?

Masa nak beratur tu, ya Allah. FD memang takboleh sabar dah. FD terus jerit. Hilang keayuan sebagai seorang perempuan masa tu (ayu lah sangat). Bukan apa, semua okay je beratur, lepas tu tiba-tiba nak main tolak-tolak. Memang hangin lah en. Takpe, biar lagi. Lepas tu makin menjadi-jadi pulak mausia-manusia yang kurang ajar tu main tolak-tolak. Tolak sikit maybe takpe. Ini tolak sampai nak jatuh-jatuh. Eeeee! Tak guna ah diorang tu. Sakai habis ah.

Lepas sejam, krew yang jaga tempat tu baru bagi arahan untuk lepaskan perempuan dulu. FD fikir maybe dah boleh reda sikit. Rupa-rupanya sangkaan FD meleset. Perempuan pun lebih kurang macam lelaki yang suka main tolak-tolak. Langsung takde adab! Jangan nak sentap lah kalau FD marah-marah. Fikir sendiri lah perangai tu macam mana.

Alhamdulillah, kejap je boleh dapat tiket MLM. Tapi satu je :'( nasib baik adik dengan mak FD pun join ambik tiket. Mak FD buat macam muka kesian kot. Abang tu terus bagi 2 tiket kat mak. Baik hati juga abang tu :p so total kitorang dapat 4 tiket! ^^v

Psstt, ada yang sanggup nak beli tiket tu tau? Time nak balik kemain ramai lagi tanya "nak jual tak?" ,"nak tiket tu tak? kalau taknak, saya nak beli", macam-macam lagi lah. Dalam kepala otak FD dah fikir KA CHING! KA CHING! $$ hahahaa xD tapi bila fikir balik, malas lah nak jual. Nak guna lah :3


Tak sabar nak tengok MLM secara LIVE! ^^v

You Might Also Like

25 comments