Wednesday, 31 October 2012

SURPRISE GIVEAWAY by FD


TAMAT!

Mesti ada yang terkejut, kan? Yela, tiba-tiba je aku buat giveaway. Nama pun SURPRISE GIVEAWAY, tak gitu? Hihi. Okay, taknak membebel panjang. Kalau berminat nak join, korang kena follow semua syarat tu. WAJIB! Faham?


Syarat-syarat:
  1. Terbuka kepada semua warga Malaysia yang mempunyai Blogger dan Facebook.
  2. Follow blog ni dan like fan page penganjur - Fatin Diana
  3. Wajib LIKE semua sponsor.

Sponsor:


Cara-cara:
  1. Buat satu entri mengenai giveaway ini dengan tajuk "SURPRISE GIVEAWAY by FD".
  2. Letakkan banner di entri tersebut dan mestilah link kan ke entri ini. (top referral berpeluang untuk memilih hadiah yg disediakan)
  3. Terpulang nak tag atau tidak.
  4. Siap! Tinggalkan link entri tersebut di ruang komen.




Hadiah:

SURPRISE!

*Dah nama pun SURPRISE GIVEAWAY, hadiah pun kena lah SURPRISE! Hihi*




Target:

200 atau 150 peserta. (nota: kalau tak dapat capai target. hadiah akan berkurangan)





Due date: 27 Oktober 2012
31 Oktober 2012 - 10 malam

Tuesday, 30 October 2012

Agak-agak Ben Ashaari nak buat macam tu tak?


Assalamualaikum,

Firstly maaf sebab copy gambar header uncle Ben (macam tak kena pula kalau panggil abg Ben, hihi :D) tanpa minta izin.

BEN ASHAARI
Siapa tak kenal blogger famous "Ben Ashaari" ni kan? Heee :D


Sebenarnya, semalam aku dengar kat radio siaran Suria. Aku dengar DJ tu cakap ada sorang ayah ni yang sememangnya rapat dengan anaknya. Sebab si ayah ni selalu ambil gambar anak dia sejak lahir sampai lah anak dia dah berumur 21 tahun sekarang ni. Sampaikan masa anak dia tengah siap nak pergi sekolah pun ayah dia sempat lagi suruh tunggu kejap sebab nak ambil gambar. Padahal anak dah lambat pergi sekolah.
*diorang mesti akrab. bestnya! ^^

Aku terus teringat kat uncle Ben ni lepas dengar DJ Suria.fm cakap pasal si ayah tu. Sebabnya aku tengok uncle Ben selalu ambil gambar anak dia(Qhaliff) sampai sekarang. Betul, kan? Btw anak uncle Ben memang comel! :)


Agak-agak uncle Ben nak buat macam tu juga ke? Sebab macam seronok je kalau buat macam tu. Kira macam banyak memori lah. Eeeee, memang best lah ^^


Maaf ye sebab buat entri pasal uncle Ben :3

Monday, 29 October 2012

Buat IC baru


Assalamualaikum,


Aku baru je balik dari buat IC dengan adik perempuan aku.

Sebab buat IC baru:

  1. IC lama sejak darjah 6, muka budak kot. tak suka
  2. Cip rosak (takbole nak baca)
  3. Tukar alamat rumah


Tapi IC baru ni gambar sampai dua. Alahai, buat apa lah nak banyak-banyak gambar kat IC ni. Buat macam biasa sudah lah. Tapi biar je lah.

Masa nak buat IC tadi, sekejap gila! Tak sampai sejam kot rasanya. Orang memang ramai, tapi servis bagus! (Y) memang cepat! Lagi satu. Rasanya kalau buat IC, kena tunggu 3 bulan baru siap kan? Tapi orang tu kata esok dah boleh ambil. Dah maju dah sekarang ni rasanya. Bagus lah kan :D

Tadi Sarah sibuk nak buat IC juga. Dia kata sebab dia punya takde gambar. Lepas adik aku buat, aku saje acah Sarah, suruh dia duduk pula kat kerusi sebab nak ambil gambar. Dia malu-malu pula. Hahaa xD nasib baik dia taknak. Kalau dia beria nak? Ah sudahh! Memang tak tahu nak buat apa lah kan.


Ntah bila nak ambil IC pun tak tahu lah sebab abah busy kerja -______-

ANNIVERSARY GIVEAWAY BY ALYZAFISOL.COM


Assalamulaikum,

*klik banner untuk lebih info*

Sementara takde idea nak update blog, apa kata cuba nasib untuk join giveaway.
Hadiah pun menarik.


Tapi taknak lah voucher Starbuck sebab kat Terengganu ni tak pernah jumpa Starbuck lagi. Hihi :D boleh pula nak pilih-pilih ek. Teruk betul =='

Okay, nak tag semua untuk join.


Due date: 30 Oct 2012

Sunday, 28 October 2012

Pemenang top referral Surprise Giveaway by FD


Assalamualaikum,


gambar kat atas menunjukkan top referral untuk minggu ni(minggu ketiga).

Nampaknya kita dah tau siapa pemenang untuk top referral dalam SURPRISE GIVEAWAY.
#entri beliau juga menarik sebab ada pantun ^^
Sampai sini je untuk top referral.


Pemenang untuk top referral boleh bagi details harini (kalau nak dapat hadiah cepat)
Sila bagi details di page FATIN DIANA.


Nota: pemenang bertuah yang menggunakan khidmat random.org akan diumumkan tiga hari selepas tamat giveaway :)

Balik KL, yeayyy! :D


Assalamualaikum,

Tumblr_mckfu6zwwz1qad2wmo1_500_large

Dua minggu lagi nak balik KL. YEAYY! Bukan apa. Cuma balik KL nanti dapat jumpa kawan. Aku tak rindukan KL pun, tapi rindukan kawan-kawan kat sana. Nasib baik Nina dengan Naza cuti. Dapat lepak nanti :D

Balik KL pun sebab adik yang darjah 6 tu nak ambil result kat sekolah lama. Kesempatan ni takbole dibazirkan. Ye tak? Hahaa. Harap-harap boleh lah stay kat KL atleast seminggu :)


Tak sabar nak jumpa korang kat KL nanti! <3

Friday, 26 October 2012

Izinkan saya berzina ngan anak pakcik?


Assalamualaikum,

Jangan terkejut dengan tajuk entri ni. Baik korang baca dulu dialog kat bawah gambar ni terlebih dahulu :)
Masa mula-mula aku baca tajuk pun macam terkejut. Dah habis baca, baru faham cerita sebenar :')

292700_375901819155534_328153640_n_large


Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.
Bapa G : Waalaikumusalam.


Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : oh..
Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.
Teruna : segan cik. Hehe
Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti
Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa G : boleh takda masalah
Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa G : kalau boleh 20 ribu
Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu cik?
Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki
Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.
Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?
Bapa G : itu kenalah Tanya maknya
Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?
Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu G : abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu G : boleh sikit-sikit kot
Teruna : kali terakhir bila?
Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu G : kenapa?
Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa G : serius lah sikit.
Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”

“petang ni takde mood nak keluar, Sory.

Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.


Amacam? Best, kan? Hihi. Ni pun just copy dari FB. Ntah dari sape punya. But seriously best gila lah ayat lelaki tu bagi kat bapak perempuan tu.

Wednesday, 24 October 2012

Tukar baju di FF


Assalamualaikum,

Rasanya perempuan je yang suka kalau bab shopping online ni.
Siapa yang tau FF? Alaaa, Friendly Fashion.
Aku pun baru je lagi dalam FF ni.

Ni account aku kat FF :3

Minggu lepas, aku ada tukar baju dengan salah sorang kat FF ni. Kira aku bagi baju aku kat dia, dia bagi baju kat aku. Haa, macam tu lah. Best tau! :D


Ni baju yang aku dapat.
Serious aku suka dengan baju ni. Lembut, so comfy! ^^
Lagi pun aku memang suka baju Little Miss. Kalau korang tau online shop mana yang jual baju macam ni, inform kat aku tauuu! :D


Aku tukar dengan baju ni;


Btw, aku ada jual baju terpakai kat FF. Harga berpatutan sebab pakai sekali dua je.
If ada yang nak tengok, klik je link kat bawah ni;

Tuesday, 23 October 2012

Komisyen dari Tauke Kosmetik


Assalamualaikum,

Untuk pengetahuan korang, aku ada join affiliate. Itu pun atas bantuan seorang kawan alam maya. Hihi :D thank you so much Hanz! 

*klik gambar untuk lebih jelas*


Tadi tepat pukul 6.05 petang, aku buka email. Memang excited gila bila nampak email yang bertajuk "FATIN DIANA OTHMAN Tahniah! Komisyen Telah Dibayar!". WAAAHHHHHH! Suka gila k! Hihi. Susah juga tau nak kumpul walaupun cuma RM9. Asalkan duit, kan kan? :D


Selain aku cari income melalui SAYS, aku cari income melalui affiliate yang ada juga. Contoh macam yang ni, dari Tauke Kosmetik. Kalau nak tau lebih lanjut, PM je kat page aku di SINI ;)


Tak percaya? Meh nak tunjuk bukti yang diorang dah bayar komisyen tu
*klik untuk lebih jelas*

Biar sikit, asalkan duit. Ngehehee :3


Tapi aku kena tunggu dalam 2 atau 3 hari untuk duit tu masuk dalam account. Sebabnya dia transfer dari CIMB ke Maybank. So ambil masa sikit untuk transfer. Takpe, aku boleh tunggu. Hihi :D


Sekarang ni tengah tunggu email dari SAYS pula :)

Keyword #17 - budak pavi


Assalamualaikum,


Dah lama tak update entri pasal keyword, kan? Kali ni aku nak post sebab rasa macam nak tergelak pun ada. Sebabnya ada nama kawan aku dalam keyword ni. Cuba korang tengok kat bar warna kuning tu. Ada nama Izzy! Tak tau lah kalau ramai lagi ada nama Izzy en. Tapi dalam blog aku ni, sememangnya aku pernah cerita pasal kawan aku si Izzy tu.


*kawan sejak zaman sekolah sekolah*


Ni lah Izzy "budak Pavi" tu. Hahaaa! Izzy! Nampaknya kau dah jadi budak Pavi sekarang ni :p
Untung lah kan. Hahaa. Famous juga kau ek Ijji Farhan? Mueheheee

Monday, 22 October 2012

Novel Adam & Hawa


Assalamualaikum,


SINOPSIS: Ain Hawani, zaman singlenya terhenti pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak diperindahkan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-oleh membenarkan apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. 
 Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar dihatinya. Ah ... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. 
 Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menggangap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?
Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung.
Ain pasrah pada takdir dirinya. Buat apalah berdendam dan melukakan hati sendiri sedangkan jalan untuknya bahagia terbentang depan mata. Akhirnya, dia menerima Adam sebagai suami sepenuh hati. Dan di saat itu termaktub dalam hatinya bahawa tiada lelaki lain yang akan menemaninya selain Adam.


Minggu lepas, aku beli novel Adam & Hawa. Tapi yang terpakai punya. Harga asal novel ni dalam RM20. Sebab novel ni secondhand, owner tu jual RM16 termasuk pos daftar. Kira okay la tu, kan? Pos je dah RM5.
Aku beli novel ni pun sebab tak puas hati. Kat TV tu 30 minit je setiap episod. Tak puas nak tengok and tak sabar nak tau ending. So aku terus beli novel. Teheee :3


Novel ni sampai je, terus berebut dengan Sarah. Dia tengok buku je terus tau buku tu pasal apa sebab Sarah pun layan drama Adam & Hawa tu :D
Novel ni memang best! <3

Wednesday, 17 October 2012

BE ke 14 dari Nuffnang | This Is A Pair Of Levi's


Assalamualaikum,

Rasanya dah lama tak update pasal dapat BE. Last BE bulan Ogos kalau tak silap aku. Bulan lepas langsung takde BE. Maybe sebab aku terlupa nak update survey tu setiap minggu dan dah lama tak hantar tiket kat Nuffie.



*BE BULAN OCTOBER*

Alhamdulillah, ada rezeki untuk bulan ni. Thank you so much Nuffie and Levi's :3

Untuk Tiga Hari


Assalamualaikum,


Sinopsis: Zafrin (Rashidi Ishak) ialah seorang lelaki yang sentiasa mengikut telunjuk ibunya termasuk dalam perhubungan cinta. Namun, hubungan Zafrin dan Ujie (Vanidah Imran) berada dalam dilema apabila mereka terpaksa melupakan cinta mereka untuk berkahwin dengan calon pilihan keluarga. Zafrin mengahwini Juwita (Ayu Raudhah) dan Ujie ber kahwin dengan Armi (Afdlin Shauki) seorang lelaki kaya yang romantik. Untuk membuktikan cinta sejati mereka, Zafrin dan Ujie berjanji untuk meneruskan juga perkahwinan aturan keluarga itu, tetapi akan berusaha bercerai setelah tiga hari berkahwin.


Mula-mula baca sinopsis ni, macam gila lah sebab kahwin untuk tiga hari?! Memang gila! Sebab nak tahu jalan cerita diorang, aku tengok movie ni malam tadi, secara online. Bukan pegi tengok kat pawagam tauuuuu?
Aku fikir yang Zafrin dan Ujie tak kan bersama sebab gila ke hape nak kahwin untuk tiga hari je? Lastly, terjawab juga. Tapi betul juga apa yang Armi cakap kat Ujie. Kalau betul lah Zafrin sayangkan Ujie, dia akan pertahankan cinta diorang. Bukan dengan plan yang merepek tu. Walaupun macam ada rasa sedih sikit dalam cerita ni, ada part lawak sikit. Best juga lah cerita ni sebab ada pengajaran :)
*aku baru tau yang cerita ni pun adaptasi dari novel juga*

Sunday, 14 October 2012

Senarai Peserta SURPRISE GIVEAWAY


SENARAI PESERTA GIVEAWAY III

  1. http://angellovesoldier.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  2. http://leyacasandra.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  3. http://musyuxmusyux95.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  4. http://gadismoshie.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  5. http://dhiadirham.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  6. http://isz-in.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  7. http://www.mrpetak.com/2012/10/contest-surprise-giveaway-by-fd.html
  8. http://eimah2328.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  9. http://ezatichumel.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  10. http://loveyoucontest.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  11. http://coretan-atieynyunie.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  12. http://candysweetmemory.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaeaw-by-fd-assalamualaikum.html
  13. http://khairunnisa3020.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  14. http://rightnot.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  15. http://purplepanlate.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  16. http://itsmesyakieraa.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  17. http://bilasigadismengomel.blogspot.com/2012/10/suprise-giveaway-by-fd.html
  18. http://fiqizumisyunkawk.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  19. http://mizzs-a.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  20. http://teenagersareawesome.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  21. http://akiraryuhannastory.blogspot.com/2012/10/surprise-ga-by-fd.html
  22. http://bluepinkiey.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  23. http://silenceprovince.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  24. http://sukemainmain.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  25. http://cadburylovescontest.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway.html
  26. http://farahmajdiah.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  27. http://quraistory.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  28. http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  29. http://iloveularhh.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  30. http://eiraaikawa.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  31. http://aidalor.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  32. http://puterikhayalan9774.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  33. http://faralalalala.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  34. http://princessaliessa.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  35. http://sarabelog.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fb.html
  36. http://www.dear-lyana.co.cc/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  37. http://loveprettydinda.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  38. http://budakkecilbercakap.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  39. http://www.liam-s.co.cc/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  40. http://supermanpunya.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  41. http://nursyazana26.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  42. http://www.mizruha.com/2012/10/ga-surprise-giveaway-by-fd.html
  43. http://biecgl.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  44. http://nurfarahinyusof23.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  45. http://rasyaisrefania.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  46. http://arinalola.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  47. http://nurizzati0920.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  48. http://akuayut.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  49. http://cikzaniff.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  50. http://wanieseuk.blogspot.com/2012/10/suprise-giveaway.html
  51. http://greennyworldland.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  52. http://humairanabilah.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  53. http://justforcontest.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  54. http://ceritacikika.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  55. http://aswaleyla.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  56. http://jassnani.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  57. http://ibulala.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  58. http://cheerymessy.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  59. http://contestdanganellythestrange1993.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  60. http://speckygirlcikira.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  61. http://lenaliya.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  62. http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway.html
  63. http://www.miramashimaaru.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  64. http://lavenderozes.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  65. http://kiradownworld.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  66. http://dongeng-farzmil.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  67. http://myfakesmiling.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  68. http://www.mialiana.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  69. http://ziloveyous.blogspot.com/2012/10/suprise-giveaway-by-fd.html
  70. http://lembuituhandsome.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  71. http://tashameez.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd_22.html
  72. http://hidupkadangtakindah.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  73. http://farinafaizal.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  74. http://nurfatihahhijau.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  75. http://mrsladyfarisya.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  76. http://xiaoxandriabunk.blogspot.com/2012/10/suprise-giveaway-by-fb.html
  77. http://rarafreakk.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  78. http://arrienlove.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  79. http://mira-razak97.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  80. http://tentangaku-ayu.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  81. http://aboutsaba.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  82. http://anieyshstorrymorry.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  83. http://wourmen.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  84. http://strawberrychocolateofsyamie.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  85. http://sayangsyeeda.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  86. http://only-hana.blogspot.com/2012/10/suprise-giveaway-by-fd.html
  87. http://princessqila.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  88. http://budakshumort.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  89. http://nurulnamasaya.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  90. http://diarionlinenurul.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  91. http://yayacaramel.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  92. http://beadirectperson.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  93. http://rahsiasiputeripink.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  94. http://music-syasya95.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  95. http://secretgardenga.blogspot.com/2012/10/suprise-giveaway.html
  96. http://lurun-niaraf.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  97. http://budakmanja94.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html
  98. http://aimlesstalkt.blogspot.com/2012/10/suprise-giveaway-by-fd.html
  99. Next...

Kalau URL korang takde dalam senarai kat atas, sila inform ye ^^

Saturday, 13 October 2012

Cash out SAYS - kali ke 2


Assalamualaikum,

Mungkin ada rezeki untuk aku bulan ni. Baru 3 minggu dengan SAYS(buat account baru sebab account lama kena gantung. sampai sekarang takde apa-apa feedback dari SAYS), dah boleh cash out. Alhamdulillah.



Buka account SAYS tadi. Terkejut bila dah dapat RM51. Taknak tunggu lama, terus cash out. Bukan tamak, tapi takut benda lama jadi lagi.
Dulu account lama, dapat earning sampai RM150 lebih, tapi cash out RM10+ je. Lepas cash out dan dapat duit, tiba-tiba account kena gantung. Rasa nak menangis pun ada, tapi tahan. Mungkin takde rezeki. Harap-harap kali ni tak jadi benda yang sama lagi :')



Lepas klik cash out now! dan bagi details kat SAYS.



Dapat email dari SAYS. Pheww! Suka gila bila Aqila dari SAYS tu bagitahu mungkin boleh dapat dalam 7 hingga 15 hari. Siapa tak suka bila duit masuk, kan? Hihi :D
Takpe, sabar FD, SABAR! :3


Korang nak juga dapat earning sambil blogging / online? Daftar je kat sini
>Daftar 8Share<

Thursday, 11 October 2012

6 Maut Kemalangan Ngeri


Assalamualaikum,

KEBUMI...jenazah Noran dan tiga anaknya dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabor Kubur, semalam.
KEBUMI...jenazah Noran dan tiga anaknya dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabor Kubur, semalam.
CHUKAI: “Ibu memang tak pernah beritahu apabila nak datang rumah saya sebab dia suka buat kejutan. Sungguh saya tak sangka kejutannya kali ini berakhir tragedi.” Demikian kata Nursyamira Abdullah, 21, yang kehilangan ibu dan tiga adik tiri akibat kemalangan yang keseluruhannya meragut enam nyawa di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Meraga Beris, Kijal, dekat sini, awal pagi semalam.

Foto
REMUK...kereta mangsa yang terbabit kemalangan.
Foto
ROSAK...bas ekspres yang terbabit kemalangan, semalam.
Kemalangan jam 4.30 pagi itu berlaku ketika ibu Nursyamira bersama lima adik tirinya serta dua kenalan dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Gong Pauh, di sini, ke rumah Nursyamira di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Bagaimanapun, Perodua Viva yang dinaiki lapan penumpang itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah bas ekspres membawa 23 penumpang dari Kota Bharu dalam perjalanan ke Kuantan. Enam yang terbunuh ialah ibu Nursyamira, Noran Ali, 39, tiga adik tirinya, Nurkhairatul Najiha Narizan, 4, Nur Syardieena Afzan, 9, dan Nursyazleen, 12, rakan Noran, Wan Alpisar Wan Abd Kadir, 43, serta Khairudi Omar, 31, yang memandu kereta.





Nota FD: kesian family ni. baru nak pi jumpa anak, dah kemalangan dan kemudian meninggal dunia. teruk juga kereta tu lepas accident. moga roh mereka dicucuri rahmat. amin :)

Wednesday, 10 October 2012

Side income sambil online - SAYS / 8Share


Assalamualaikum,

Ramai sangat yang tanya, macam mana nak daftar 8Share ni. Harap sangat korang faham isi entri ni. Kalau rasa macam memang takbole masuk kepala otak sangat, baru tanya ye.

First, pergi ke sini ---> Daftar 8Share

Daftar PERCUMA dan dapat RM1.
Tak perlu keluar modal pun untuk daftar.

Klik sign up


Isi semua tempat kosong tu, lepas tu klik create my account.
Dah settle sign up, pergi cek email untuk confirm-kan email tu. Dalam email tu nanti diorang bagi link, korang just klik je kat link tu. Make sure masukkan email yang aktif. Kalau tak aktif, memang susah lah nak keep in touch dengan 8Share ni.


Dah boleh share iklan. Klik kat SPECIALS dan akan keluar macam dalam gambar tu.
Kemudian klik salah satu iklan yg korang nak share. Iklan yang ada simbol bulat hijau je yang tengah running.



Lepas tu klik broadcast


Copy link yang diorang bagi tu dan share ikut cara korang nak.
Kalau ada FB atau Twitter, share je kat sana.
Ayat kena gempak supaya ada yg klik iklan tu ;)

Ini theme 8Share yang lama, Says.
Sekarang ni dah lain sikit kat bahagian Specials.
Boleh usha dulu situ. Tak faham nanti baru tanya.

Saturday, 6 October 2012

Rahsia Buat Duit dengan Kosmetik!


Assalamualaikum,
**klik banner untuk lebih info**

Ada tak antara korang yang nak buat bisnes kosmetik atau perfume, tapi ada masalah macam takde modal, kekurangan modal, atau tak tau nak cari supplier kat mana? Ada tak? Ada tak? Haaa, meh sini FD nak share korang satu rahsia.
Kalau korang nak start tips atau cara nak start bisnes kosmetik atau perfume, klik kat SINI. Kat situ nanti, korang baca lah apa yang ada. Kalau korang betul-betul berminat, cuma isi nama dan email korang kat kotak kosong yang ada kat situ.
Modal untuk start bisnes pun sangat murah! Tak sampai RM250 pun nak start bisnes ni. Murah je, kan? Tunggu apa lagi? Jom daftar sekarang kat SINI! :D

Seriously, banyak untung tau kalau buat bisnes ni. Lagi-lagi untuk perempuan yang sememangnya sukakan kosmetik dan perfume ;)


Tengok sini kalau nak tau cara-cara untuk dapatkan rahsia dengan percuma!
http://ftndiana.blogspot.com/2012/09/rahsia-buat-duit-dengan-kosmetik-cara.html

Cepat sebelum terlepas!

Friday, 5 October 2012

Resident Evil: Retribution


Assalamualaikum,



Sinopsis Resident Evil 5:
The Umbrella Corporation’s deadly T-virus continues to ravage the Earth, transforming the global population into legions of the flesh eating Undead. The human race’s last and only hope, Alice (Milla Jovovich), awakens in the heart of Umbrella’s most clandestine operations facility and unveils more of her mysterious past as she delves further into the complex. Without a safe haven, Alice continues to hunt those responsible for the outbreak; a chase that takes her from Tokyo to New York, Washington, D.C. and Moscow, culminating in a mind-blowing revelation that will force her to rethink everything that she once thought to be true. Aided by newfound allies and familiar friends, Alice must fight to survive long enough to escape a hostile world on the brink of oblivion. The countdown has begun.


Movie RE 5 ni memang superb! Cuma starting dia 18sx sikit. SIKIT je la sebab si Alice tu tak berbaju. Tak suka betul. Hahaa xD tapi kali ni semua zombie tu hebat, dah pandai guna senjata. Kalau dulu kan zombie-zombie tu cuma kejar je kan. Kali ni siap ada senapang bagai, guna bom segala. Semua zombie dah di upgrade kot. Hahaa. Eh taknak cerita banyak, korang pi lah tengok sendiri. Memang best!

4.5 STAR! :D

Monday, 1 October 2012

S A M


Assalamualaikum

Jom tengok movie SAM kat Facebook --> http://sy.my/3up8
Movie keluar masa Hari Raya pertama, aku tengok masa last Hari Raya. Lambat gila, kan? Lepas tu baru sekarang terhegeh-hegeh nak update. Peduli apa? Hahahaa xD

Sinopsis filem SAM

Filem SAM merupakan filem psiko romantik yang mengisahkan tentang Sam (Shaheizy Sam), seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan normal dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa (Lisa Surihani). Sam dan Lisa bekerja di sebuah syarikat percetakan. Malangnya Lisa mempunyai ramai peminat termasuk seorang lelaki psiko bernama Haikal (Azad Jazmin). Pada masa yang sama juga Jefri turut menaruh harapan pada Lisa.
Lelaki psiko, Haikal amat mencintai Lisa dan sanggup berbuat apa saja untuk memiliki Lisa. Akibatnya, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal.
Apabila Lisa menolak cinta Haikal, bertambah psiko diri Haikal yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya tidak berbalas. kemuncaknya Haikal menculik Lisa dan Sam bagi membalas dendam.

Adakah Lisa dan Sam berjaya melepaskan diri dari cengkaman Haikal yang psiko gila tu?
Jawapannya akan terjawab bila korang tengok cerita ni.


Btw cerita ni memang best. Paling suka part Sam dengan Lisa mesra-mesra. SUMPAH comel gila k! Aku pula yang excited part tu. Hihi. Memang sweet habis la diorang masa part tu. Apa perasaan Yusry ntah tengok Lisa berlakon dengan Sam macam tu, kan? Masa tengok trailer, aku fikir si Haikal yang psiko sebab macam terdesak gila nak kan si Lisa. Last-last tengok, memang superb ah cerita ni. Sebab cerita ni lain daripada yang lain. First time k tengok cerita yang ending dia macam blur-blur sikit, hehe.