Friday, 31 August 2012

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55!


Assalamualaikum,

Hm update lambat sebab saje. Haha :D
Okay, mesti ramai yang tengah sambut kat Dataran Merdeka, KL. Sangat jealous tahu? Tahun lepas pun aku tak sambut merdeka kat sana. Tahun ni? Memang harapan lah sebab aku dah pindah. Kat sini tak tahu la kat mana tempat yang function. So duduk rumah je la. Sambut kat rumah sambil mengadap TV, tunggu count down. Hihi :D


Nota FD: mesti jalan sesak oh. orang yang pi sambut kat KL tu, confirm ada macam-macam hal nanti. yang budak-budak keluar dengan kawan tu, confirm susah nak cari transport nak balik rumah. padan muka korang! hahaha xD
##agaknya tahun ni ada ke baby merdeka? :3 maksud aku yang lahir malam ni k. bukan yang negetif tu k? not good, not good!

Saturday, 25 August 2012

Nur Feetri a.k.a. DuckFace


Assalamualaikum,


Terkejut tak? Aku sendiri pun terkejut gila tau tak?! Seriously macam tak percaya je budak DuckFace ni masuk paper. Cuma buat video bodoh-bodoh macam tu je dah boleh famous satu Malaysia. Eh silap! Bukan satu Malaysia. It's worldwide! Tak percaya? Meh tengok gambar kat bawah ni.



Haa, nampak tak? Percaya tak? So unbelievable!

Semalam aku baru je tengok video budak ni kat Youtube, video yang baru kot. Ntah lah. Tapi dalam video tu still sama. Mengadu pasal mata dia dan lepas tu macam biasa buat duck face. Sangat annoying k! Dan sekarang? Budak tu masuk paper! Aku tak percaya! Aku tak percaya! Hahaha xD


Nota FD : memang tak dapat dinafikan yang setengah kaum Hawa suka ambil gambar dengan gaya duck face. Fikir macam dah cukup comel tapi hakikat yang sebenarnya sangat buruk okay? Nasib baik aku takde gambar yang posing duckface. Bila tengok balik, memang meluat! So girls, please. Jangan ambil gambar pose duck face. Muka yang cantik boleh berubah jadi hodoh. Tak tipu k.

Friday, 24 August 2012

Lens murah merosakkan mata


Assalamualaikum,

Tak berbaloi nak cantik

Nak bergaya masa hari Raya musnah bila mata bengkak dan penglihatan jadi kabur lepas pakai contact lens tu. Kesian Nabila tu. Tapi tu la, salah dia sendiri juga. Nak bergaya pun tak payah la nak jimat sangat. Tak semestinya barang murah tu elok. Aku rasa lens paling mahal pun RM30 ke atas kot. Lepas ni tak payah nak bangga sangat la kalau pakai lens. Konon mata tu cantik sangat. Tak pakai lens lagi cantik kot ;)


Nota FD : aku dari dulu teringin sangat nak pakai lens, tapi tak berani sebab takut sakit mata. lepas keluar je berita ni, memang aku tak kan berangan la nak pakai lens. tapi bila fikir balik, berdosa la pakai lens ni. aku ada baca kat satu artikel ni, hukum-hukum memakai lens kalau tak silap aku. kalau aku jumpa, aku share dengan korang k? ;)



Thursday, 23 August 2012

3 dalam 1 *Raya


Assalamualaikum,
Apa yang 3 dalam 1 tu? Hee :D 3 dalam 1 tu maksudnya Raya, BBQ dan birthday dalam Hari Raya Aidilfitri. Malas nak cerita panjang. Aku share gambar sikit k? :)



Mak dan abah :)


Family maksu Noni dengan opah dan tokwan :)


Darlina (adik perempuan aku), Along dan Betty


Keluarga pakcik Cici :)


Darlina, kak ngah(tak ingat nama budak kecik ni) dan Eira


Orang lain pakai baju kurung masa Raya, adik aku si Sarah ni pakai gaun je. Hihi :D semuanya pink!


Baby maksu cik :) omey gila k! Baru beberapa hari je umur dia :)

-------------------------------------------------------------------------

BARBEQUE
*entah betul entah tidak aku eja ni. haha :D






Sementara tunggu BBQ siap, main bunga api dulu :D


Bunga api dengan mercun sponsor dari paksu Aki :D


First try


Entah kali ke berapa cuba buat, haha. Still belajar :)

---------------------------------------------------------------------------------

BIRTHDAY PARTY


Adil *birthday boy :)


Budak-budak tak sabar nak makan kek.

Seriously kek coklat tu sedap k. Meriah gila dua hari raya kat kampung haritu. Tahun lepas pun buat macam ni juga. Ada birthday party dan bbq. Memang best! Tahun depan ntah siapa punya birthday pula masa raya nanti. Hihi :D


Nota FD: Perasan tak takde muka aku dalam mana-mana gambar? Hihi :D saje je, malas nak tepek kat sini. Bukan cantik mana pun. Dan kali ni malas nak letak watermark. Harini memang malas habis!



Wednesday, 22 August 2012

Atlet Wanita yang pertama berjaya dalam Sukan Olimpik


Kepulangan srikandi

KUCHING: Penerjun negara, Pandelela Rinong Phamg, 19, yang memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik 2012 disambut lebih 1,000 peminatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, di sini, semalam.
Pandelela yang menaiki pesawat Malaysian Airline System (Mas) dari Kuala Lumpur, tiba pada tengah hari dengan ditemani bapanya, Phamg Joheng dan ibunya, Hartini Lamin.
Sambutan hebat itu sebagai tanda menghargai kejayaan yang diraih Pandelela dalam sukan berprestij itu. Meskipun gagal membawa pulang pingat emas pertama negara, Pandelela dijulang sebagai anak pertama Sarawak serta atlet wanita pertama negara yang berjaya memperoleh kejayaan di Sukan Olimpik.
Pandelela kemudian diarak sejauh 20 kilometer menggunakan kenderaan jenis coupe dan diiringi motosikal berkuasa tinggi dari KIA hingga ke Astana Negeri, Petra Jaya bagi menerima Pingat Johan Bintang Kenyalang dari Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.
Apabila ditemui wartawan, Pandelela berkata, selepas lebih setahun tidak pulang ke Kuching, dia gembira kerana kepulangannya kali ini membawa kejayaan dan disambut dengan meriah.
“Saya sangat gembira dan berharap dengan kemenangan yang diraih dalam temasya Sukan Olimpik itu, akan menjadi pencetus semangat untuk melahirkan lebih ramai atlet terjun negara pada masa akan datang,” katanya.
Mengenai pelbagai anugerah yang diterimanya, menurut Pandelela, dia belum merancang apa-apa pun setakat ini, namun akan cuba menguruskan semuanya bersama keluarga kelak.
“Saya juga akan menyimpan wang hadiah dan pada masa sama akan membelikan sesuatu yang istimewa buat keluarga dan rakan yang banyak menyokong kerjaya saya hingga mampu meraih pingat gangsa,” katanya ketika ditemui, semalam.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Sosial negeri, Tan Sri William Mawan Ikon berkata, kerajaan negeri akan mewujudkan muzium sukan bagi sumber inspirasi kepada penduduk negeri ini.
Menurut William, semua kejayaan atlet Sarawak akan ditempatkan di muzium itu sebagai pencetus semangat untuk menarik lebih ramai golongan muda terbabit aktif dalam bidang sukan, sekali gus melahirkan lebih ramai atlet berpotensi.


Nota FD : Wahh! Untung betul Pandalela ni kan? Murah rezeki dia. Mula-mula masuk iklan Dutch Lady. Lepas tu menang dalam Sukan Olimpik walaupun tak dapat pingat emas. Paling best dia atlet wanita pertama yang berjaya memperoleh kejayaan di Suka Olimpik. Hebat gila, kan? Dah la sebaya dengan aku pula tu. HEBAT HEBAT HEBAT! :D

Selamat Hari Raya Aidilfitri!


Assalamualaikum,

*gambar tahun lepas*

Sebelum aku tak sempat nak buat entry pasal Raya, pagi-pagi buta ni aku buat satu entry, okay? Teheee :D

Kepada silent reader dan follower blog FD :
Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua orang yang beragama Islam. Aku minta maaf kalau selama aku blogging ni, ada terkasar bahasa dengan tidak sengaja atau tanpa aku sendiri sedar yang aku ada buat korang terasa hati dengan mana-mana entri. Aku minta maaf sangat-sangat tau! Harap korang maafkan aku. Raya tahun ni tak tau la macam mana. Harap-harap meriah macam biasa dan takde apa-apa perkara yang tak diingini berlaku macam masa aku form 5 dulu. Kes apa? Korang cari la sendiri ek. Hihi :D ehem-ehem! Aku plan nak pakai baju kebaya merah untuk raya tahun ni, tapi tak kesampaian sebab kat KT ni susah nak cari kebaya. Sedih gila k! Sampai la semalam, baru beli baju kurung but still warna merah tau :p takpe la takde kebaya asalkan ada baju raya :D korang pula macam mana? Mesti banyak shopping kan? Jangan tak pakai pula pakaian yang korang beli tu. Tak pasal-pasal buat koleksi kat almari je, hihi. Untuk yang memandu balik kampung, pandu dengan berhati-hati okay? Jangan memandu laju-laju, kang tak pasal-pasal beraya kat hospital. No no no! Jangan macam tu okay?



  • Nak duit raya? Daftar je kat SINI. Dapat RM5 tauu! Maklum la, dah besar panjang ni susah nak dapat duit raya. Betul tak? Lagi-lagi yang menganggur macam aku ni. Hahahaa xD
  • Raya tahun ni aku nak cuba pakai hijab macam dalam video tutorial yang aku tengok. Seriously simple gila k? Nak tengok macam mana? Tengok video kat SINI k? Bila dah cuba tu, share la kat FB atau blog ni.
  • Bila dah musim raya ni, confirm la kena eratkan lagi silaturahim dengan semua family. Lagi-lagi family belah mak tu ramai. Eeeee! Tak sabarnya nak balik :D
  • Tapi kan, aku tak dapat banyak kad raya macam tahun lepas. Sedih sangat! ;( tapi takpe, kita boleh buat E-Kad Raya kita sendiri tau. Buat je kat SINI. OHSEM GILA TAU?! Hihi.
  • Masa ni la kita boleh buat amal. Dapat extra pahala tau. Jom kita buat amal kat SINI dan SINI. Tak salah kan kalau kita bantu diorang? ;)
  • Dah dapat duit raya nanti, siapa nak beli Blackberry Curve? Murah je tau, cuma RM300 lebih je. Nak tau kat mana? Klik je SINI :D #adik lelaki aku pakai Blackberry tau. Jealous aku tengok -____-


Nota FD : Entri ni aku buat sticky post sempena raya :) dan mungkin aku tak update blog selama aku kat kampung nanti sebabnya kat sana takde line internet.
Nanti jangan lupa share cerita hari raya dan gambar raya korang. Maybe aku akan buat satu contest / giveaway lepas raya ni :D


Thursday, 16 August 2012

Kes tipu di internet


Assalamualaikum,
Blog forumsemak.blogspot.com yang dibangunkan PPIM  untuk menyedarkan pengguna supaya berwaspada dengan kegiatan penipuan termasuk menerusi internet. - Foto Sairien Nafis
Blog forumsemak.blogspot.com yang dibangunkan PPIM untuk menyedarkan pengguna supaya berwaspada dengan kegiatan penipuan termasuk menerusi internet. - Foto Sairien Nafis

PPIM minta kerajaan rangka tindakan khusus

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta kerajaan merangka tindakan lebih khusus untuk membanteras kegiatan skim penipuan termasuk menerusi internet yang turut menyasarkan golongan elit dan berpendidikan tinggi.
Kegiatan penipuan antaranya gores dan menang, pelaburan emas, tambah nilai kad SIM, cabutan nombor kad SIM, pembelian rumah, loteri dan wasiat yang dikesan didalangi warga asing itu dipercayai membabitkan transaksi berbilion ringgit.

Kerugian besar

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata walaupun membabitkan kerugian yang besar kepada mangsa, tidak banyak laporan polis dibuat kerana mangsa malu dan masih berharap untuk mendapatkan wang seperti dijanjikan penganjur skim.
“Sampai bila kerajaan hendak menunggu untuk mewujudkan satu mekanisme secara menyeluruh kerana setiap hari pengguna terdedah kepada skim penipuan yang menggunakan pelbagai modus operandi.
“Selain itu, masyarakat juga perlu berhati-hati, tidak mudah terpedaya dan membuang sikap tamak, sebaliknya mewujudkan zon penampan dalam diri masing-masing dan sentiasa berkata `tidak’ dengan sebarang tawaran yang memberikan habuan secara mudah,” katanya kepada BH, semalam.
Berikutan peningkatan kes penipuan yang diterima PPIM, sejak setahun lalu, persatuan itu membangunkan laman forumsemak.blogspot.com untuk berkongsi maklumat berkaitan kegiatan penipuan bagi mengelak lebih ramai pengguna terus tertipu.Nota

Kumpul aduan

Blog itu juga mengumpul aduan pengguna mengenai segala penipuan termasuk membabitkan pelaburan, syarikat jualan langsung dan perniagaan atas talian.
Terbaru blog itu memaparkan penipuan satu sindiket yang mengguna nama yayasan diraja negara jiran.

-Petikan dari Berita Harian-


Nota FD : dari dulu aku memang tak percaya dengan benda karut macam skim macam yang kat atas tu. Yang aku tolak tepi macam tambah nilai kad SIM. Itu memang selalu dapat la dari Maxis and Maxis tak tipu. Hihi :D tapi bab gores dan menang tu memang tipu. Diorang menang sebab dapat tipu kita, and dapat duit kita, tu je. So lepas ni jangan percaya sangat la dengan benda merepek macam tu. Nanti diri sendiri yang rugi. Percaya la ;)



Tuesday, 14 August 2012

Lelaki pakai make-up?


Assalamualaikum,
Cuba baca komik kat atas ni.


Erk, lelaki pakai make up? Memang macam Korea.
SOOOOOOOOOOOOOOO TRUE!

Pemenang giveaway "Saya Nak Duit Raya dari Fatin Diana"


Assalamualaikum,

Ehem, mesti korang tertunggu-tunggu siapa yang bertuah menang duit raya / topup, kan? Hihi! Aku sendiri tak sabar sebenarnya tauuu! Nak tau siapa yang menang? Jom scroll ke bawah...


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

PEMENANG TOP REFERRAL:
RM10

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Untuk 3 blogger bertuah pula, JENG JENG JENG!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

3 BLOGGER BERTUAH:
RM5 X 3 PEMENANG






Tahniah buat yang menang! ;)
Untuk yang bertuah tu,
sila PM number account Maybank (kalau ada) atau number phone korang kat FANPAGE aku.
Untuk yang tak menang, 
jangan sedih-sedih ea. InsyaAllah ada rezeki lebih, aku buat giveaway lagi ataupun contest.

Monday, 13 August 2012

Giveaway "Saya Nak Duit Raya"


*TUTUP!*

Tepat pukul 8 malam, bermula la giveaway yang kedua ni. Hihi :D


Giveaway ni takde apa-apa syarat pun. Memang senang untuk korang join giveaway ni. Giveaway ni takde syarat sebab D terfikir dan terus nak buat. Nak join? Jom ikut step kat bawah ni ;)


Cara-cara penyertaan:
  1. Follow blog Diana's ♥ dan like page Fatin Diana*WAJIB!*
  2. Buat satu entry tentang giveaway ni yang berajuk "Saya Nak Duit Raya dari Fatin Diana" dan tepek banner kat atas dalam entry tu.
  3. Hantarkan link entry tersebut kat ruangan komen dalam post ni.

Hadiah-hadiah:
  • Duit raya / topup RM5 x 3 blogger yang bertuah
  • Duit raya / topup RM10 x 1 blogger - untuk top referral

Senang je, kan? Tunggu apa lagi? Jom join cepat!
*NOTE: Kalau korang dapat duit raya, tapi tak ikut step dengan betul. Memang sayang la sebab korang tak kan dapat duit raya tu. :/


Senarai Peserta
  1. http://lolitaberry.blogspot.com/2012/08/giveaway-saya-nak-duit-raya.html
  2. http://www.syuhadasalleh.my/2012/08/giveaway-saya-nak-duit-raya.html
  3. http://haifanadia.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  4. http://kisahamrara.blogspot.com/2012/08/giveaway-saya-nak-duit-raya.html
  5. http://asmabluppy.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  6. http://kisahsinenot22.blogspot.com/2012/08/giveaway-saya-nak-duit-raya.html
  7. http://faralalalala.blogspot.com/2012/08/giveaway-saya-nak-duit-raya-dari-fatin.html
  8. http://belogfiqahcheeky.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  9. http://myzamichiko.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  10. http://faratasyadiary.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  11. http://mohdnoorshawal.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  12. http://girlz-story.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diyana.html
  13. http://cekeletduaposenseketul.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  14. http://eimah2328.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  15. http://alhafiez.com/giveaway-saya-nak-duit-raya/
  16. http://haryatifaizal.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  17. http://wanieysqaliefsuka-ga-contest.blogspot.com/2012/08/giveaway-saya-nak-duit-raya.html
  18. http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  19. http://liyaabloggies.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  20. http://mia-udax.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  21. http://queenroszaliza.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  22. http://diarionlinenurul.blogspot.com/2012/08/giveaway-saya-nak-duit-raya-dari-fatin.html
  23. http://pinkitusweet.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  24. http://st0ryab0utprincess.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  25. http://lurun-niaraf.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  26. http://rara-zura.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  27. http://eyqaloving.blogspot.com/2012/08/giveaway-saya-nak-duit-raya.html
  28. http://leyacasandra.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  29. http://citerwana.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  30. http://chocofluxuryga.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  31. http://cherieteralala.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  32. http://meheartyouuuuu.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  33. http://eika-junho.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  34. http://vanilacoklatpeace.blogspot.com/2012/08/giveaway-saya-nak-duit-raya.html
  35. http://doodlemerah92.blogspot.com/2012/08/giveaway-saya-nak-duit-raya-dari-fatin.html
  36. http://nickanieys.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  37. http://chocolatelove196.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  38. http://akudanhatidia.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  39. http://mujadafewa.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  40. http://joelwithcontestsandgiveaways.blogspot.com/2012/08/giveaway-saya-nak-duit-raya.html
  41. http://iddreams-reams.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  42. http://theqas.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  43. http://lelakiini89.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  44. http://akmanakmenang.blogspot.com/2012/08/giveaway-saya-nak-duit-raya.html
  45. http://ceritaladiespurplegc.blogspot.com/2012/08/giveaway-saya-nak-duit-raya-1382012.html
  46. http://sayangsyeeda.blogspot.com/2012/08/giveaway-saya-nak-duit-raya.html
  47. http://mrsbullat.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  48. http://cahayacintasejatii.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana_8.html
  49. http://tempedansambalkicap.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  50. http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2012/08/giveaway-saya-nak-duit-raya-dari-fatin.html
  51. http://nanamrul-contest.blogspot.com/2012/08/giveaway-saya-nak-duit-raya.html
  52. http://tudungdotnet.blogspot.com/2012/08/giveaway-saya-nak-duit-raya.html
  53. http://mamiuyuncontest.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  54. http://sukemainmain.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  55. http://mcdonalducks.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  56. http://loveprettydinda.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  57. http://anakdenesor.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  58. http://uaredifferent.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  59. http://dairisally.blogspot.com/2012/08/giveaway-saya-nak-duit-raya-by-fatin.html
  60. http://izzahismailsukamenanghadiah.blogspot.com/2012/08/giveaway-saya-nak-duit-raya.html
  61. http://babythatsmine.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  62. http://havealolipop.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana
  63. http://foolishlovevictim.blogspot.com/2012/08/giveaway-saya-nak-duit-raya.html
  64. http://nono-hakuren.blogspot.com/2012/08/saya-nak-duit-raya-dari-fatin-diana.html
  65. http://supernaddyss.blogspot.com/2012/08/giveaway-saya-nak-duit-raya.html
  66. http://contestdanganellythestrange1993.blogspot.com/2012/08/giveaway-saya-nak-duit-raya.html
  67. http://nurfarahfadzil.blogspot.com/2012/08/giveaway-saya-nak-duit-raya.html
  68. http://coretangirlblog.blogspot.com/2012/08/giveaway-saya-nak-duit-raya.html

DUE DATE: 13 August 2012 / TIME : 10.00 p.m.
*kalau penyertaan kurang dari 20 orang, GA akan dibatalkan*

Canon DSLR USB


Assalamualaikum,
Ni cerita kelmarin, tapi baru harini nak update. Aku memang suka update lambat-lambat. Hahaa xD takde la. Gurau je. Aku ni jenis busy walaupun tak kerja atau tak sambung belajar. Busy apa? Tak payah tau laa :p


#saje nak tayang harga sekali, hahahaa!


Nampak tak? Nampak tak? Comel, kan? Jealous la tu :p

Macam ni ceritanya;
Hari tu masa survey kasut kat Vincci, pergi kedai barang elektrik. Masa mak tengah cari alat rebonding rambut, aku nampak USB bentuk DSLR Canon ni. Lepas tu aku tunjuk kat abah, aku cakap yang aku nak. Abah pun suruh la akak yang kerja situ ambil USB tu. Aku pun belek-belek la tengok benda tu sebab nampak comel. Hihi :D tanya harga, dia kata RM59. Akak tu kata cuma ada 2GB. Abah kata sikit, tapi mahal. Akak tu cakap mahal sebab design dia.
Aku cakap kat abah dengan mak yang aku nak USB tu. Diorang tanya nak buat apa? Aku cakap la nak buat koleksi. Hahaa xD sebabnya sekarang kitorang ada DSLR Nikon D3100. Nak beli DSLR Canon takbole, ada USB pun jadi la. Abah dengan mak cakap lain kali je la beli. Sekarang kita cuma survey barang je. So aku pun okay la.

Kelmarin mak dengan abah keluar pergi bandar, beli makanan kat bazaar. Bila mak dengan abah balik, aku tengok abah keluarkan 'something' dari beg seluar Levi's. Aku tengok betul-betul benda tu, rupa-rupanya abah beli USB tu! Aku terus ambil USB tu dari tangan abah, abah dah terkejut sebab aku main rembat je. Hahaa! Abah tanya "eh, pesal?". Aku dengan slumber jawab "alaa, akak tau ni untuk akak. beli untuk akak en?". Mak dengan abah sengih-sengih je tengok anak dara dia excited dapat USB ni. Tehee :D
Thanks mak and abah :3


Haritu pernah join giveaway DSLR dari Blog Gajah. Tapi tak menang. Lepas tu nampak pula USB macam tu kat kedai. Alhamdulillah, jadi milik aku sekarang. Hihi :D

Sunday, 12 August 2012

Kad raya pertama dari blogger


Assalamualaikum,
Petang tadi mak tanya "pasal beli tudung tu, dah buat urusan ke?". Aku jawab la dah. Lepas tu mak tanya "abis tu, kat depan tu surat apa?". Aku pergi tengok dan buka sampul tu. YES! Dapat kad raya dari blogger. Hihi :D


Thank you Cik Kiwi sebab bagi kad raya kat D. Selamat hari raya :D
#nak bagi kad raya juga, tapi tak jumpa kedai yang jual kad raya T__T so sorry.

Amigurumi (knit doll)


Assalamualaikum,
Saje nak tolong promote kat korang knit doll ni. Aku ada order dua knit doll kat Mira. Seriously aku tengok hasil tangan dia memang lawa. Macam dalam gambar kat atas ni. Semua ni hasil dari tangan dia tau. Comel dan kawai, kan?

Aku order satu untuk Sarah dan satu untuk aku :D Sarah siap pilih nak bear dalam costume rabbit tu, yang warna pink. Comel k. Aku pula beli bear biasa, tu pun comel. Each doll besar lebih kurang macam tapak tangan dan harga sangat murah!  Cuma RM5 each doll. Kalau size besar sikit, cuma RM8.
Aku order semalam, dan Mira kata dia akan pos lepas Raya sebab dia tengah busy uruskan pemenang dalam giveaway dia *yang aku dah terlepas. sob sob T___T sedih tauu. Kalau aku join, ada rezeki menang, dapat la knit doll free. Hahaa xD


Mira buat promosi sempena Raya yang nak dekat ni. FREE POSTAGE until 20th of  August 2012. Bape hari je lagi. Place your order now!
FAN PAGE IZUMI SHOP
*It's still free postage if you make your order before 20th of August even Mira akan post barang tu lepas Raya. Hurry up before too late! :D

Saturday, 11 August 2012

Gee versi lelaki


Assalamualaikum,

Cuma untuk hiburan, hihi :D


Siapa sangka yang video untuk lagu ni ada dalam versi lelaki, kan? Geli ada, lawak pun ada. Geli sebab tengok lelaki dalam ni semuanya jenis pak cik - pak cik. Hahaa xD apa kata korang layan juga video ni :p

Shopping RAYA!


Assalamualaikum,
Semalam dan kelmarin, aku dengan family pergi shopping untuk Raya nanti.

Haritu ada survey kasut kat Vincci, memang cantik dan simple! Warna hitam, boleh matching dengan mana-mana warna baju. Kaaaan? :D kelmarin pergi Vincci lagi sebab nak beli. Tapi sayang, kasut tu dah takde! ;( sedih, frust! Sekejap je dah takde. Kelmarin pun memang ramai gila yang pergi kat kedai kasut Vincci tu. Sesak habis la! Lepas tu ambil keputusan untuk bla je dari situ.

Lepas pergi Vincci, kitorang survey kat apa ntah nama tempat tu. Aku tak bape ingat sangat. Dekat area Giant tu. Yang macam tempat expo tu. Kat situ ada nampak kasut, design lebih kurang macam yang aku nak beli kat Vincci tapi dah takde tu. Mak pun cakap okay. Aku cari je size kaki aku, mak dengan adik perempuan aku pun beli situ juga. Murah pun murah. Hihi :D beli pun sebab takut nanti takde kasut Raya pula :3 settle beli kasut, adik aku yang Sarah nampak purse Barbie. Dia tanya aku, nak beli purse tu. Aku suruh dia tanya mak, mak cakap takbole. Sarah pandang aku, buat muka kesian. Aku cakap kat mak, kesian Sarah sebab tak dapat purse je dah buat muka sedih. Mak tanya orang yang jual tu, bagi free je la sebab purse tu RM5. Nasib baik perempuan tu kata okay. Haha xD beli 3 kasut, free 1 purse budak-budak.
Cari baju Raya pula, tapi takde size aku. Ada pun size besar. Memang tak la kalau nak beli. Hahaa! Disebabkan aku memilih sangat, aku tak dapat la baju Raya kelmarin. Tapi aku dapat 1 blouse and sepasang pin tudung yang comel. Teheee :D

------------------------------------------------------------------------------

Semalam shopping kat area Pasar Payang. Pergi malam-malam la. Kat sana memang sesak! Banyak selekoh sampai tak tau nak pergi kat mana dulu. Hahahaa. Cari baju kebaya, size takde juga. Yang ada pun size XL. Kalau aku pakai, sah menggelebeh. Tak suka pakai longgar-longgar ni. Aku suka yang fit ikut bentuk badan. Baru cantik :D jalan-jalan, cari tudung. Adik aku dapat tudung je, terus ajak balik. Memang aku nak mencarut la masa tu. Fikir shopping untuk dia je ke? Lahaiii! Macam hape je! Masa otw nak pergi kat kereta, aku cakap kat mak yang aku ada berkenan kat satu maxi dress ni. Nasib baik mak bagi pergi cari balik tempat tu. Dapat juga sehelai baju. Ngehehee :D warna merah, cantik! Selalu aku tengok orang jual maxi dress yang macam ni;
Aku tak suka yang macam ni sebab takde lengan. Leceh la kalau nak pakai cardigan sebab nak cover lengan tu. Panas pun panas tau bila pakai dua helai ni.

So semalam aku jumpa maxi dress yang macam ni;
Lengan 3/4. Simple je kan. Tapi aku punya ada corak. Lawaa! Raya nanti bila aku pakai, aku ambil gambar and tepek kat blog ni. Hihi :D mula-mula tengok maxi dress ni macam panjang sangat. Confirm labuh bila aku pakai. Tapi rupa-rupanya tak. Memang muat-muat dengan ke"tinggi"an aku. Hahaha xD harga maxi dress ni RM49 dan cuba teka! Mak aku gunakan kuasa tawar menawar dia yang sememangnya tak pernah gagal! Asyik tawar menawar, akhirnya kitorang dapat beli dress ni dengan harga RM38. Hebat kan mak aku? Hihi :D settle beli dress, mak beli baju untuk Sarah pula. Then balik! :D


Sarah tak habis-habis dengan Mickey Mouse sekarang ni sampaikan nak ada reben besar macam Minnie Mouse. Nanti aku tunjuk kat next entry ;)

Wednesday, 8 August 2012

Wajah baru Nuffnang


Assalamualaikum,
Perasan tak yang Nuffnang dah berwajah baru. Mula-mula tengok, dah pening. Haha, sebab tak biasa kot. Lama-lama nanti biasa la. Btw muka depan Nuffnang dah macam surat khabar. Cuba korang tengok betul-betul. Hihi :D

Sekarang tengah belajar nak biasakan dengan Nuffnang yang baru ni. Nak tau kat mana blogger bio, nak hantar tiket. Kena aktif, baru dapat BE :3

Menang giveaway dalam group FB! :)


Assalamualaikum,
Ni cerita bulan lepas, tapi baru sekarang nak publish. Heee :D

ary nie shafri nak buat 1 segemn fb
hadiah menarik menanti andacuma
anda perlu menjawab 3 soalan mudah

soalan nya
1.apakah nama blog sya?
2.berapakah umur sya?
3.berapakah follower blog sya?

syrat2 penyertaan ;
like page ni
FashionBurnout?ref=ts


Hotz-Mumma-My-Blog-mY-STORY-My-

Life/308528355833921
follow blog ni


www.azrulin.blogspot.com/
letakakn jawapan anda di bwh ni
 ·  ·  · 29 July at 14:43




Nampak tak? Nampak tak? Hihi! Dapat mustache necklace tauu. Comel je necklace ni sebab kecik. Kecik sangat-sangat! :3

Masa bangun pagi tadi, tiba-tiba mak dengan abah cakap "Tin, ada barang ang sampai. Ang beli barang online lagi ke?". Aku dah buat muka pelik sebab tengok sampul kecik je. Aku tak tunggu sampul kecik ni. Aku tunggu bungkusan je. Buka je sampul, ada necklace ni. Lepas tu baru teringat yang aku ada join segmen dalam group facebook. Mak dengan abah tanya lagi, "beli ke?". Aku kata la tak. Mak dengan abah pelik, dah tu tak kan dapat? Aku cakap "dapat", lepas tu sengih-sengih. Hahaa.

Masa PM Shafri, dia kata aku menang mustache necklace. Lepas tu tiba-tiba aku menang brooch pula, dua pula tu. Means ada 3 barang la, kan? Heee :D sekarang baru dapat necklace. Brooch ntah bila pula. Tak sabar k. Hihi :D


Thanks Shafri sebab anjur segmen tu ;)