Monday, 30 July 2012

8 JAM


Assalamualaikum,

Hm mesti ramai dah tengok cerita 8 Jam ni, kan? Rasanya macam aku ni ketinggalan jauh sangat. Yela, movie ni keluar kat panggung 5 July yang lepas. Tapi aku baru je tengok malam semalam. Maklum la, kat sini takde panggung wayang. Kalau nak tengok movie pun, kena tunggu keluar kat internet. Nasib baik dapat tengok free :D



SINOPIS FILEM 8 JAM
ALANG, membesar di sebuah lorong yang penuh dengan keganasan dan jenayah. Zaman kanak-kanak Alang dirampas daripadanya apabila ibunya mati dibunuh seorang Ah Long semasa mereka cuba melarikan diri daripada kawasan jahanam tersebut.
Alang yang tidak mempunyai sedara mara yang lain telah dihantar ke rumah anak-anak yatim. Alang menghadapai kesukaran untuk bergaul dengan rakan — rakan sebayanya yang lain dek kerana cara kehidupannya yang dulu namun muncul JULIA, yang tidak putus-putus cuba untuk berkawan dengannya.
Keikhlasan Julia menyebabkan mereka menjadi kawan baik sehinggalah mereka meningkat umur belasan tahun. Hubungan persahabatan mereka lama kelamaan bercambah menjadi cinta. Namun, hubungan mereka terputus ditengah jalan kerana Julia telah dituntut oleh mak ciknya.
Atas desakan mak cik Julia, pihak sekolah telah merahsiakan alamat dan no telefon Julia sehingga Alang dan Julia tidak lagi berjumpa. Alang akhirnya kembali ke kehidupannya semasa kecil. Alang cuba untuk hidup dengan aman namun munculnya beberapa konco daripada satu geng meminta wang perlindungan. Alang yang bengang telah bergaduh dan menyebabkan dia menjadi sasaran geng tersebut.
Ditakdirkan Alang bertemu semula dengan Julia yang sedang dalam keadaan kesusahan. Alang yang terlalu cintakan Julia menerima Julia dengan gembiranya dan mengharapkan Julia akan sentiasa bersamanya. Namun, kebahagiaan mereka hanya sementara apabila muncul mak cik Julia menuntut Julia kembali dan konco-konco geng tersebut sering menghantui Alang.
Kini, Alang berada di dalam penjara kerana dia telah membunuh seseorang. Siapakah yang telah menjadi mangsa Alang? Mengapakah Alang bertindak sedemikian? Dapatkah Alang dan Julia hidup bersama semula? Semuanya akan terjawab dalam filem ’8 JAM’.



Password : pukul8


Pada pandangan aku, cerita ni memang best. Seriously, tak tipu k. Cerita ni gabungan genre aksi + cinta. Selalunya kalau cerita cinta, mesti tamat dengan happy ending, betul tak? Tapi dalam cerita ni, tak. Takde happy ending. Cerita ni masa scene gaduh bertumbuk bagai, nampak real. Best ohhh! :D part Alang mesra dengan Julia pun best, romantik je. Suka suka! ^^v
Cerita ni kalau tengok kat panggung, mesti feeling oh. Ni tidak, tengok sorang-sorang. Feeling tak sampai la, hee. Tapi takpe la, saving sikit. Kalau tengok wayang, tengok sekali tu je. Nak tengok banyak kali, beli DVD. Tak pun tengok kat internet je. Jimat kos :D


Okay la, nak layan movie lain pula. Banyak movie yang aku terlepas bulan ni.
Bye!

Sunday, 29 July 2012

Tempahan kuih raya


Assalamualaikum,
Baru puasa seminggu lebih, mak dah dapat tempahan kuih raya. Biasa la, adik-beradik mak je yang tempah. Tu pun dah banyak tau. Nak tau kuih apa yang mak selalu buat? Klik SINI ;)


Mak aku buat kuih sedap sedap tauuu! Rugi siapa yang tak pernah rasa. Memang lain daripada beli kat kedai. Yang kedai punya tak sedap, ada setengah tu biskut dia macam masuk angin, lemau je rasanya. Mak selalu buat kuih semperit dan almond london. Kalau mak rajin, mak buat kuih dam. Mak kata kuih dam tu susah nak buat, hoho! Tapi paling letih bila nak buat kuih semperit. Kena banyak tenaga ohh. Aku cuma tolong potong buah ceri je untuk topping kuih tu, hihi :D


Bila buat kuih almond london, paling best bila part nak letak chocolate tu. Hohoo! Sape tak suka chocolate kan? Kalau macam terkena kat jari, apa lagi. Mesti la jilat en? Hahaa :D kalau buat time siang, kena tahan sikit nafsu makan. Hihi :3


Chocolate marble ni salah satu fav aku. Kalau pegi beraya kat rumah sesiapa masa kecik2 dulu, bila nampak kuih ni je mesti laju nak makan. Nak buat kuih macam ni, tak reti + tak tau resipi. InsyaAllah kalau aku rajin, aku cari resipi kuih chocolate marble ni and ajak mak buat sama-sama :D


Tumblr_m2prsfrhc91qlwwwjo1_500_large
Dari tahun lepas lagi aku plan nak buat macarons untuk raya, tapi plan tu musnah sebab busy prepare untuk PLKN. Tahun ni aku tak kira! Aku tetap nak buat macarons untuk raya tahun ni! Tapi tu la, tak reti nak buat inti macarons. Paling senang pun pakai chocolate Nutella la. Pergh! Sedap tu.

Minggu depan start beli barang untuk buat kuih dan macarons. YEAYY! Tak sabar nak buat kuih raya tahun ni. Ehem2! Kalau korang nak tempah juga, bagitau je. Memang tak menyesal tau. Kalau rasa sekali, confirm nak lagi :D


Bye!

Saturday, 28 July 2012

Birthday surprise!


Assalamualaikum,
Ni cerita semalam, tapi baru harini update sebab semalam memang busy sikit. Hihi :D

Tumblr_l9sajp8jsm1qzkfbpo1_500_large
*gambar hiasan*
Semalam lepak kat depan rumah, bergayut dengan kawan kem dulu. Sambil-sambil tu online and blogwalking kejap. Masa tengah borak-borak, tiba-tiba abah minta lighter. Aku bagi la lighter tu, lepas tu abah tutup lampu kat luar. Ah sudah, pesal pula ni? Aku suruh abah buka lampu balik.
Tiba-tiba adik perempuan aku yang Darlina tu keluar bawa kek. Aaahhhhhhh! Apa ni? Apa ni?! Hahaa! Sumpah tak sangka aku dapat surprise macam tu. Hihi! Aku pun apa lagi, menangis la! Lepas tu mak keluar, mak cakap mak takde apa nak bagi, cuma kek je. Tehee :D tu pun dah buat aku terharu k. Terima kasih mak :-* even kek tu kecik, tu pun dah cukup tau. Hihi, memang happy gila la.

Thanks mak untuk kek tu :') love you :-*

Friday, 27 July 2012

It's my birthday!


Asslamualaikum,

76-happy-birthday-01_large
Today is my birthday! YEAY! :D

Sesetengah kawan FB / Twitter yang wish harini;







Ramai lagi yg wish sebenarnya. Kat phone cuma ada 3 orang je yg wish. Hadiah takde :( tapi Maxis baik hati, dia bagi free call harini. YEAYY! Korang taknak bagi hadiah ke? Bagi 40 sen pun boleh la. Macam mana? Haa, biasa la. Klik SINI dan SINI. Hihi :3
#kalau nak aku klik korang punya balik, tinggalkan link kat komen k? Teheee :D

Thank you so much untuk yang wish birthday aku harini. Aku hargai sangat-sangat. Tak tipu k.
Birthday masa bulan Ramadhan. Takbole nak celebrate :'( celebrate masa berbuka je la :)

Okay la, tak banyak nak update pun sebenarnya. Hihi.
Bye!

Wednesday, 25 July 2012

P1 AGAIN!


Assalamualaikum reader,

Harini baru settle bab internet. Sebenarnya dah lama nak pasang internet kat rumah ni. Tapi tu la, macam-macam masalah la yang ada. Haihh. Sebelum ni family guna Unifi. Kat Kuala Terengganu ni takde line untuk Unifi lagi. So kitorang pun kena cari internet lain. Agak sedih la juga sebab tak dapat nak blogging. Ambil masa juga nak settle bab internet ni.

Dekat 2 bulan kat Kuala Terengganu ni, baru sekarang dapat pakai internet dengan senang. Gila kau tak blogging dalam 2 bulan? Nuffnang pun macam merajuk je sampai tak bagi BE kat aku bulan ni. Bulan lepas dapat ciput je. Maybe sebab aku tak aktif agaknya.
Sebelum ni abah dah beli P1, tapi kemain lama lagi nak tunggu aktif. Dekat seminggu juga la tunggu. Last-last nak cancel yang tu and beli lain. Still P1. Tapi pakai Biz punya. Senang, unlimited kuata! Mengadap la laptop sampai lebam, haha!

Nak tunggu Unifi, alahai! Kat sini tahun depan baru ada line Unifi. Apahal la LAME sangat ek? Slow la, tak suka! #sorry orang Terengganu. But seriously, aku masih takbole nak rasa selesa kat sini. Tak tau kenapa. Berbeza gila dengan KL! Takpe, lama-lama nanti insyaAllah aku biasa. Doakan la ek.

Ehem! Maybe aku buat Giveaway lagi, tapi sebelum raya. InsyaAllah ada rezeki, aku buat la ea :)


Bye!

Tuesday, 24 July 2012

Menu sahur dan berbuka #1

Assalamualaikum reader,
Macam mana hari korang? Puasa penuh tak buat masa ni? Hihi :D aku pula alhamdulillah, untuk masa ni tak tinggal lagi walaupun aku tak bape sihat. Still puasa tauuu :p

Meh nak share sikit apa yang aku makan masa sahur dan berbuka selama beberapa hari ni :)

1 Ramadhan,
Sahur pagi tu makan ayam masak merah. Fav aku. Teheee :D ayam masak merah ni Along yang masak. Kitorang sahur kat rumah mak long kat KL. Ehem2, sedap tau Along masak ayam masak merah ni. Hee :D

Berbuka pula makan kari ayam. Berbuka kat kampung, ramai2 tau. Meriah gila. Best sangat2 bila dapat berbuka dengan family. Lagi2 big family :D

2 Ramadhan,
Sahur makan kari lagi. Tapi kali ni telur masak kari. Salah satu fav aku juga :D

Berbuka makan keropok Cheezels je. Sedih betul T__T sebabnya masa tu dalam kereta. Susah nak cari kedai makan yang terdekat. Tu pun dah kenyang tau.

3 Ramadhan
Sahur - Ayam goreng Ayamas. YUMMY! c(:

Berbuka - kari ayam, LAGI!

4 Ramadhan
Simple je sahur tadi. Cuma makan telur dadar dengan nasi taruk kicap. Tu pun dah cukup :)

Kali ni berbuka makan sedap. Nasi minyak dengan ayam berempah. Tu pun beli kat bazaar.
#kat sini susah nak cari bazaar yang terdekat ._.

Korang korang yang sihat walafiat tu jangan la mengada nak tinggal/ponteng puasa ea. Lagi lagi yang dah besar panjang. Malu la sikit wehh. Yang perempuan special sikit, tak puasa bersebab. Ngehehee :D


Bye!

Friday, 20 July 2012

Tuesday, 17 July 2012

Pemenang first anniversary giveaway!


Assalamualaikum reader,

Tumblr_m7iys8wjrg1ryr8fvo1_500_large
Ada yang tak sabar ke nak tau pemenang giveaway pertama aku ni? Hihi. Sorry sangat2 sebab buat korang tertunggu. So harini, kita tengok siapa yang bertuah tu :D


Meme tote bag - 16. http://belogfiqahcheeky.blogspot.com/2012/05/first-anniversary-blog-birthday.html #DONE

Top/blouse - 39. http://kakciknazar.blogspot.com/2012/06/first-anniversary-blog-birthday.html #DONE

Set chiffon rose - 31. http://thisforjoin.blogspot.com/2012/05/first-anniversary-blog-birthday.html *tukar hadiah - bawal rose dark blue

Bawal 3 tone - 46. http://umikasum.blogspot.com/2012/06/first-anniversary-blog-birthday.html *tukar hadiah - shawl pink #DONE

Bawal printed - 17. http://faratasyadiary.blogspot.com/2012/05/first-anniversary-blog-birthday.html *tukar hadiah - bawal 3 tone #DONE

Topup rm5 - 42.http://weirdwish.blogspot.com/2012/06/first-anniversary-blog-birthday.html #DONE
                    44. http://nnaaqua91.blogspot.com/2012/06/first-anniversary-blog-birthday.html #DONE
                    30. http://nono-hakuren.blogspot.com/2012/05/first-anniversary-blog-birthday.html #DONE
                    28. http://duanmizastory.blogspot.com/2012/05/first-anniversary-blog-birthday.html #DONE

Contact lens - 32. http://theaimiathirah.blogspot.com/2012/05/first-anniversary-blog-birthday.html #DONE

Vintage necklace - 11. http://cottoncandies-me.blogspot.com/2012/05/first-anniversary-blog-birthday.html #DONE
                             13. http://cheeky-cheekyinthehouse.blogspot.com/2012/05/first-anniversary-blog-birthday.html #DONE

Ring - 27. http://sayasyiera.blogspot.com/2012/05/first-anniversary-blog-birthday.html #DONE

Keychain - 29. http://farra-izzaty.blogspot.com/2012/05/first-anniversary-blog-birthday.html #DONE
                   7. http://mcdonalducks.blogspot.com/2012/05/first-anniversary-blog-birthday.html #DONE
               43. http://candysweetmemory.blogspot.com/2012/06/first-anniversary-blog-birthday.html #DONE

Mug - 12. http://azieyan89.blogspot.com/2012/05/first-anniversary-blog-birthday.html #DONE

Mustache necklace - 8. http://eira-shamiera.blogspot.com/2012/05/first-anniversary-blog-birthday.html #DONE

Header - 20. http://missmyra0810.blogspot.com/2012/05/first-anniversary-blog-birthday.html
               21. http://iloveularhh.blogspot.com/2012/05/first-anniversary-blog-birthday.html

Doodle - 15. http://bertuahx.blogspot.com/2012/05/first-anniversary-blog-birthday.html #DONE
               18. http://bebbymilo.blogspot.com/2012/05/first-anniversary-blog-birthday.html #DONE

Full edit blog - 23. http://rightnot.blogspot.com/2012/05/first-anniversary-blog-birthday.html #DONE

Doodle - 25. http://eydawoit.blogspot.com/2012/05/first-anniversary-blog-birthday.html #DONE
               37. http://nurfarahfadzil.blogspot.com/2012/06/first-anniversary-blog-birthday.html

Felt keychain - 36. http://bintangsantex.blogspot.com/2012/05/first-anniversary-blog-birthday.html #DONE
                       48. http://cokeandsundae-sg.blogspot.com/2012/06/first-anniversary-blog-birthday.html

Simple header - 2. http://kawaienana.blogspot.com/2012/05/first-anniversary-blog-birthday.html
                       10. http://terbangtinggikeawan.blogspot.com/2012/05/first-anniversary-blog-birthday.html
                       35. http://sheismyra.blogspot.com/2012/05/first-anniversary-blog-birthday.html


Kepada yang menang barang tu, sila email nama, alamat dan number telefon dengan lengkap. Yang menang topup, sila emailkan number telefon. Yang menang doodle, edit blog, header, email je link blog korang. Nanti D inform sponsor. Emailkan ke ftndiana@ymail.com
D bagi tempoh selama seminggu sahaja. Kalau takde feedback, hadiah ni D bagi kat orang lain. Jangan lupa bagi url entry tu sekali.

Untuk yang tak menang tu, jangan sedih. Peserta yang 30 dan seterusnya yang tak menang, email cepat2 kalau nak dapat voucher rm20.

Thanks sebab join giveaway yang pertama ni.

Monday, 2 July 2012

First Anniversary Blog & Birthday GIVEAWAY!


*STICKY POST UNTIL 2 JULY 2012*

Assalamualaikum reader,
Ehem, mesti ramai yang tunggu GA yang D nak buat ni kan? *wink2! ;) Hihi! #bajet ramai tunggu GA, padahal blog tak fame pun, muahahaa! xD


Bismillahirahmanirahim,
Secara rasminya, giveaway sempena first anniversary blog dan birthday owner blog #nak juga selit birthday, tehee :3 bermula pada hari ini! ;)

Syarat-syarat untuk join FABBG:
  1. Mesti ada BLOG dan FACEBOOK. Kalau ada salah satu pun boleh :)
  2. Mempunyai alamat Malaysia.
  3. Terbuka kepada semua jantina, bangsa dan agama #1 Malaysia meh, hihi :D
  4. Takbole guna blog yang khas untuk "segmen", "giveaway" dan "contest". contoh; http://dianacontest.blogspot.com #SYARAT NOMBOR EMPAT DIBATALKAN.


Cara-cara penyertaan:
  1. Buat satu entry tentang giveaway ni dan bertajuk "First Anniversary Blog & Birthday GIVEAWAY".
  2. Copy paste banner kat atas dan linkkan ke entry ni.
  3. Follow dan like page owner untuk tahu perkembangan tentang giveaway #tak wajib.
  4. WAJIB follow dan like page sponsor #siapa yang tak ikut step ni, automatik disingkirkan. SERIOUS!
  5. Letak semua list sponsor dan jangan lupa sertakan link sekali #tak kisah letak atau tak, yang penting korang kena like page and follow blog diorang.
  6. Lastly, letakkan url entry korang kat ruang komen #sesiapa yg bagi link kat cbox, tak dikira.

Hadiah-hadiah & Sponsor:
1 x Meme Tote Bag by Faten Osman - BLOG | PAGE | BLOG
1 x Top / Blouse by Senorita Sista Closet - BLOGPAGE
1 x set Chiffon Rose, 1 x Bawal 3 Tone, 1 x Bawal Printed by D' Golden Apple - BLOG | PAGE
1 x Topup RM5 by Cik Yatt - BLOG | PAGE
3 x Topup RM5 by Shag Comot - BLOGPAGE | PAGE
1 x Pair of The Prodigurl Lens by Quen Attack - BLOG | PAGE
2 x Vintage Accessories by Dee's Closet Shop - BLOGPAGE
1 x ring by N.N.R Online Shop - PAGE
10 x header(transparent) by Dayah - BLOG | PAGE
5 x keychain Bubu by BubuCraftie - BLOGPAGE
1 x mug by Cik Misi Nadia - BLOG
1 x mustache necklace by Izzah Liyana - BLOG | PAGE | TWITTER
2 x header by Perisple - BLOGTWITTER
2 x doodle by Budak Epal Merah - BLOG
1 x full edit blog (blogskin/denim template) by Farha - BLOG | PAGE
2 x doodle by Dysha - BLOG | PAGE
2 x felt keychain / hp strap by The Mustache Craft - BLOG
3 x cute simple header by Cimot - BLOG | PAGE

Note:
30 x RM20 SHOPPING VOUCHER with minimum spending RM100 per transaction, not included Clearance stock. T&C applied by ChachiMeWe - BLOG | FB PAGE
#20 peserta terawal yang join, automatik dapat voucher ni kalau ikut semua syarat kat atas ;)

Nak sponsor hadiah? Email kat: ftndiana@ymail.com dengan subject "sponsor GA" ;)
#untuk sponsor hadiah, ditutup sebab sponsor melebihi 15 orang. thank you

Jika penyertaan KURANG dari 30 orang peserta dalam masa sebulan, secara automatik giveaway akan terBATAL. Tapi jangan risau, yang join tu tetap dapat hadiah ;)
Ingatttt! Jangan main tipu tauu. D akan check setiap peserta tu like / follow sponsor ke tak :D
#sorry kalau syarat2 terlalu ketat :)
Thank you :)

UPDATE!!
Tarikh tutup giveaway tukar pada 2 July 2012, pukul 10 malam  :)

SENARAI PESERTA