Tuesday, 29 May 2012

I'm back!


Assalamualaikum reader,
Ehem-ehem! Ada yang rindu itew tak? Hikhik! #gelak gedik, hahaa :D okay, buang sifat gedik tu. Kang ada yang menyampah nak baca. Serious,

 
Phew! Pecah rekod doe, lama gila aku tak update blog. Dekat 10 hari tak update, tapi alhamdulillah. Ada tambah BE tapi BE tu dah habis la. Hihi :D haa, rasanya ada yang tau dan ada yang tak tau kenapa aku dah lama tak update blog. Bukan aku sengaja taknak update, sebenarnya busy sangat sebab nak pindah rumah ni. Alhamdulillah, kitorang selamat sampai kat Kuala Terengganu dan sekarang dah masuk hari kedua kat rumah baru.
Banyak benda nak update sebenarnya, tapi tu la. Line internet macam haram J sikit. Ni pun pakai YES, bukan Unifi. Kat sini takde line Unifi lagi T__T susah nak update blog lepas ni.


Okay la, tak banyak pun nak update kat entry ni. Bye!

Saturday, 19 May 2012

Hadiah dari First GA by Nurul's Blogshop dah sampai :D


Assalamualaikum reader,

Sebenarnya dapat hadiah ni petang semalam, tapi malas nak update. Harini baru ada mood rajin kot, even tak bape nak sihat sangat. Huhu T__T
Hadiah ni simple, but mesti la hargai sebab orang bagi benda free. Kaaaaan? Gelang ni hadiah menang First Giveaway by Nurul's Blogshop :)



Dan lagi satu, malam semalam dapat topup sebab menang contest Apeach :D aku menang topup RM50 tauu. Jangan jelly. Hahahaa xD memandangkan aku pakai dua sim, so hadiah pun aku minta dibahagikan kepada dua. Sorry ea Apeach sebab banyak songeh pula. Hihi :D and thanks sebab topupkan :D


Friday, 18 May 2012

P2


Assalamualaikum reader,
tengah malam tadi aku tengok cerita P2 sambil makan nasi goreng #perlu ke bagitau? haha! Okay, serious cerita ni seram gila k? Cerita ni kat Astro, channel 131.

Sinopsis: It's Christmas Eve, Angela Bridges, an ambitious young executive, works late before she leaves for her family's holiday party. When she gets down to the parking garage, she discovers that her car won't start. Her garage is deserted and her cell phone doesn't get a signal underground. When Thomas, a friendly security guard, comes along and offers to help, Angela nervously accepts his gesture of good will. Soon after a failed attempt to start her car, he invites her to stay and share a small Christmas dinner he's preparing in the parking office, but she laughs it off. Angela doesn't realize this is no laughing matter. Thomas has been watching her closely--for months. His dinner invitation is not optional. If Angela wants to live to see Christmas morning, she must find a way to escape from level P2 of the parking garage.
Seriously, cerita ni ngeri gila k. Thomas tu security guard yang psiko gilaaaa! Kesian kat Angela. Angela ni macam terperangkap kat bangunan tu, lepas tu dia cuma kat tempat parking kereta. Thomas yang buat dia terperangkap sampai Angela tak sempat nak balik rumah nak celebrate Christmas dengan family. Rasanya Thomas ni psiko nak berkawan dengan Angela sebab Thomas selalu tengok Angela senyap-senyap. Paling ngeri part Thomas bunuh lelaki yang menggatal dengan Angela. Thomas langgar lelaki tu banyak kali sampai mati, nampak tulang belakang segala. Eeeeee! Seram gila ah! Sampai adik aku si Sarah pun takut nak tengok.

Korang yang ada Astro tu, try la tengok nanti kalau ada siaran ulangan. Astro kan banyak kali buat ulangan, hihi :p tengok ending cerita tu puas hati la juga. Tak rugi tengok dari mula sampai habis. Cuma korang kena jenis yang berani la. Aku tengok pun kejap-kejap tutup mata. Takut sangat :'D

Tuesday, 15 May 2012

Hadiah untuk Giveaway! :D


Assalamualaikum reader,
haa, esok 16 Mei. Means giveaway aku esok. Err, excited pula aku nak start esok. Hihi. Sebab ni first time aku buat GA k. And alhamdulillah, ramai juga sponsor. Really thank you for those yang sudi sponsor hadiah untuk giveaway esok. Haa, meh nak share dengan korang hadiah yang ada untuk giveaway.



1 x Meme Tote Bag by Faten Osman




30 x RM20 SHOPPING VOUCHER with minimum spending RM100 per transaction, not included Clearance stock. T&C applied by ChachiMeWe


1 x set Chiffon rose, 1 x Bawal 3 tone, 1 x Bawal printed by D Golden Apple


My Life Me
1 x topup RM5 by Cik Yatt



3 x topup RM5 by Shag Comot



1 x pair of THE PRODIGURLS lens by Queen Attack


3 x accessories by Dee Closet Shop



1 x accessories by N.N.R Online Shop


10 x header transparent by Dayah


Amacam? Banyak gila, kan? Jangan risau. Hadiah banyak, mesti la giveaway pun lama. Aku buat giveaway ni lebih dari sebulan. Kalau giveaway ni takde sambutan, sape2 yang join tu still dapat hadiah. Jangan risau k? ;) haa, pemenang akan dipilih melalu random.org :)
Untuk yang paling awal join pun akan dapat hadiah ;)

Monday, 14 May 2012

Review Novel: Ngeri


Assalamualaikum reader,
Kali ni aku nak share dengan korang cerita novel NGERI ni.
Sinopsis: Joanne, Samuel dan Rehan tiga sekawan mahasiswa filem yang bercita-cita besar untuk maju sehingga ke Hollywood. Kegilaan mereka: menghasilkan skrip-skrip yang menampilkan pembunuhan sadis.
Skrip-skrip mereka selalunya ditolak oleh profesor, yang merasakan ceritanya tak berasaskan logik. Namun, segalanya berubah menjadi menggerunkan apabila berlaku siri pembunuhan sebenar yang mirip skrip-skrip mereka.
Trio itu saling mencurigai. Apabila pembunuhan semakin mendekati persekitaran universiti, keadaan bertukar cemas. Adakah pembunuh NGERI itu sememangnya salah seorang daripada mereka?
Bila aku baca je sinopsis novel ni, aku terus minat nak beli. Maklum la, aku tak pernah beli novel seram. Asyik novel cinta je. Nak juga baca novel seram-seram ni. Bila baca novel, kita mesti berimaginasi, kan? Haa, bila part bunuh-bunuh tu, memang NGERI habis la wa cakap lu. Aku sendiri rasa geli + mual part pembunuhan yang kedua. "Kes Bunuh Ala Pinocchio", tu la tajuk kedua dalam skrip yang Samuel buat. Eeee! Ngeri gila weh, tak tipu. Dah kata pun macam Pinocchio, mayat tu tergantung macam boneka. Total semua skrip yang ada, dalam 4 skrip. Macam mana cerita dalam skrip tu jadi betul? Korang pi la beli novel NGERI ni. Hihi :D cuma ending dia kureng sikit la bagi aku sebab orang yang bersubahat dengan pembunuh tu tak kena tangkap.

Lepas ni nak baca novel lain pula, tapi tak tau bila. Dengan busy packing barang nak pindah lagi, haihhh. Letih letihhhh.

Saturday, 12 May 2012

Keyword #15


Assalamualaikum reader,
Cuba tengok dekat anak panah tu. Tak habis-habis dengan keyword "main", kan? Haihh, apa ni weh? Pesal boleh ada kat blog aku ni? GRR! Aku buat entry lucah betul-betul kang, kata aku gatal pula. Hahaaa! Gurau je k. Tak terfikir pun nak buat entry lucah ni. Bukan gaya aku la. Phuii!

Pindah #1


Assalamualaikum reader,
ergh, akhir-akhir ni letih gila sebab asyik kemas barang nak pindah hujung bulan ni. Haihh, ada adik lelaki pun tak guna. Aku dengan mak je yang banyak buat. Letih woi. Perempuan bukannya kuat mana nak angkat barang berat macam perabot ni.
268490_1995621967785_1160535426_31885626_1316863_n_large
Rabu malam tu dah kemas-kemas kat bilik. Siap keluarkan tilam aku kat ruang tamu. So aku dengan adik aku tidur kat ruang tamu la. Lepas keluarkan tilam, tolong mak keluarkan barang-barang kat dalam katil. Banyak gila barang yang tak pakai. Rasa nak buang, macam rugi. Nak bagi orang, tak tau nak bagi siapa. Haihhh,
Khamis malam pula kawan mak datang sebab nak ambil barang. Kawan mak beli meja makan, meja komputer, meja kopi and sofa. Kelam kabut aku tolong mak clear-kan meja komputer. Mak pula clear-kan meja makan. Letih weh angkat komputer dengan printer, phewww! :O
Malam semalam pula keluarkan semua baju kat almari, lepas tu clear-kan meja solek. Kawan mak yang lagi sorang beli katil, meja solek dan almari aku. Satu set tu weh. Aku juga yang tolong mak angkat kayu katil tu keluar. Lepas tu keluarkan meja solek. Bila nak keluarkan almari je, aku terus minta tolong abah. Gila kau nak angkat almari dua orang je? Perempuan pula tu. Mahu patah almari tu kang.
Tumblr_lwzse5yqxq1qafc06o1_500_large
Memandangkan baju aku belambak kat atas tilam, aku plan nak tidur kat ruang tamu lagi. Lepas tu abah membebel suruh masukkan baju dalam kotak. Aku dah panas dah, aku cakap la "orang letih ah. tunggu la, kang orang buat la. bukannya orang tak buat apa tadi. haihh!". Bunyi macam kurang ajar, kan? Tu la aku. Bila aku penat, lepas tu suruh buat ni, buat tu, memang aku akan jadi macam tu. Sorry abah. Lepas tu aku packing juga baju-baju aku dalam kotak. Sarah pun tolong sama :D thank you Sarah :*

Tumblr_l31n7suulh1qblufho1_500_large
#kalau aku ada bilik sendiri, aku nak bilik macam ni. baru la remaja (Y) hahahaa! xD


Bye!

Friday, 11 May 2012

Menang contest dari Apeach! :D


Assalamualaikum reader,
Eheeee :D best gila la menang contest Apeach ni. Dapat topup tau :3
Tu laaa, aku dah pernah ajak korang join sekali tapi takde pun yang nak join. And guess what? Aku dapat tempat pertama tau. Kekekee :3 dapat topup lima puluh hengget tu. Senang-senang je dapat topup. Thank you so much Apeach!
Dengar cerita, Apeach akan buat lagi satu contest. InsyaAllah la kalau ada rezeki, kan?
Aku pun akan buat juga, tapi bukan contest. Korang tunggu je la ea? ;) tanda kat kalendar korang tu tarikh 16 Mei 2012, pukul 12 tengah hari akan ada giveaway dari D ;)

Thursday, 10 May 2012

Keyword #14


Assalamualaikum reader,
Hari tu keyword main dengan mak ngah. Harini keyword main dengan mak angkat pulak. Apa kau merepek ni weh? Blog aku bukan blog lucah le~ 

BE ke 10 dari Nuffnang | DiGi Jay Park Showcase


Assalamualaikum reader,
Alhamdulillah, rezeki bulan Mei. Aku rasa bulan ni macam murah rezeki bagi aku. Dah la dapat dua BE dalam minggu ni dari Trudy & Teddy 2012 / DiGi Jay Park Showcase. Lepas tu dalam minggu ni juga dapat tiga customer kat blogshop aku. Alhamdulillah, rezeki minggu ni :')

Wednesday, 9 May 2012

Wordless Wednesday #6


Assalamualaikum reader,
There's something unusual in this picture,

Monday, 7 May 2012

BE ke 9 dari Nuffnang | Trudy & Teddy 2012


Assalamualaikum reader,

Alhamdulillah, rezeki bulan ni. Kiranya BE ni hadiah dari Nuffnang la sebab bulan Mei ni birthday blog aku yang serba merah ni. Hihi :D thank you Nuffnang, thank you Trudy & Teddy 2012 :)

Memandangkan umur blog aku ni dah nak masuk setahun, insyaAllah aku akan buat satu giveaway :) giveaway akan start masa blog ni dah setahun. Tunggu je k? ;)


Bye!

Sunday, 6 May 2012

Jumpa kawan blogger


Assalamualaikum reader,
Ehem! Sebenarnya bukannya plan nak jumpa pun dengan blogger ni. Tapi aku ternampak dia. Hihi. Siapa blogger tu? Blogger tu kawan aku, kenal masa join segmen abang Ben Ashaari tahun lepas. Teheee :D

#sorry Ieka sebab curi gambar ni. muehehee :3

Ni la blogger yang aku jumpa tu. Masa tu aku tengah temankan mak tengok tudung kat kedai kawan dia. Tengah tunggu tu, mata aku melilau la tengok tempat lain #cuci mata tengok gelagat orang kat KL. Tiba-tiba aku ternampak sorang perempuan ni. Aku rasa macam pernah tengok. Aku cuba ingat balik. Haaa! Salah sorang kumpulan The Great Footprints #group ni wujud lepas join segmen abang Ben Ashaari.
Mak perasan yang aku macam tengah perhatikan seseorang, lepas tu mak tanya "hang tengok sape?". Aku jawab la "akak rasa macam kenal pompuan tu". Mak tanya lagi, "sape?". Aku jawab lagi, "kawan blogger rasanya". Mak suruh pi tegur, tapi aku segan kalau silap orang. Mak dah membebel, dia kata ni la peluang nak jumpa orang yang kita tak pernah jumpa, lagi-lagi kenal kat blog.
Aku pun terus pergi kat Ieka, lepas tu tanya "ni Ieka, kan?", mula-mula tu Ieka pun macam cuba nak ingat aku. Bila dia macam dah ingat sikit, muka dia terkejut gila. Hahaa xD lepas tu borak-borak kejap dengan dia. Lepas tu boleh pula dia tanya pasal bf aku. Huwaa! Bf itew dah jauh la :'( rindu dia #tiba2, haha xD

Btw, Ieka putih, cun, tinggi. Jelly gila k? Hihi :D #tak sempat nak ambil gambar buat kenangan, kan? :'( sobsob. harap-harap lepas ni boleh la jumpa lagi ek :D

Ieka ni first blogger yang aku jumpa. Lepas ni nta siapa la pula kan? Excited la pula, muehehehe :3 #pernah plan nak jumpa dengan Apeach, nta bila la kan :p


Bye! :)

Friday, 4 May 2012

Doktor gigi yang psiko


Assalamualaikum reader,
Haritu ada terbaca berita kat Yahoo!, tengok tajuk pun aku dah berminat. Hihi! Tajuk berita tu;
"Dentist pulls out all of her ex-boyfriend’s teeth after split"
Haaa, menarik tajuk ni, kan? :D

Dentist_needed_by_jchardtied_large
#gambar hiasan

Meh nak share sikit apa yang tertulis kat berita tu. Aku malas nak translate tau. Korang faham-faham je la ea, mueheheee :3

If you're planning a trip to the dentist, it might not be the wisest decision to make your appointment with the person with whom you just broke up.
A Polish woman is facing three years in prison after she removed all of her ex-boyfriend's teeth during dental surgery just days after their breakup.
"I tried to be professional and detach myself from my emotions," Anna Mackowiak, 34, told the Austrian Times. "But when I saw him lying there I just thought, 'What a bastard' and decided to take all his teeth out."
Marek Olszewski, 45, reportedly showed up at Mackowiak's dental office complaining of toothache just days after he broke up with her. She then allegedly gave him a "heavy dose" of anesthetic, locked the door and began removing all of his teeth one at a time.
"I knew something was wrong because when I woke up I couldn't feel any teeth and my jaw was strapped up with bandages," Olszewski said.
"She told me my mouth was numb and I wouldn't be able to feel anything for a while and that the bandage was there to protect the gums, but that I would need to see a specialist," he said.
"I didn't have any reason to doubt her, I mean I thought she was a professional."
Adding to his trauma, Olszewski said his new girlfriend has already left him over his now toothless appearance.
"And I'm going to have to pay a fortune on getting indents or something," he said.
Mackowiak is currently being investigated for medical malpractice.

Hohohoo! Seram wehhhh! Cuma disebabkan diorang pernah putus cinta, perempuan tu balas kat lelaki tu dengan cabut semua gigi lelaki tu. Lepas tu, lelaki tu kena tinggal dengan awek baru dia sebab lelaki tu dah takde gigi. Bapak ahhh! Kesian gila kot. Yang ex girlfriend #doktorgigi lelaki tu pula kena masuk penjara sampai 3 tahun, atas kesalahan cabut semua gigi lelaki tu. Tak pasal-pasal masuk jail, kan? Tapi aku rasa, perempuan tu mesti puas hati sebab dapat seksa lelaki tu.


320185_277071532326500_275285939171726_957641_449686870_n_large
Cuba kalau doktor gigi pakai mask macam ni, apa reaksi korang ek? Muehehee :3

Bahaya juga ek kalau dah putus cinta, lepas tu terjumpa balik. Ni baru doktor gigi. Cuba kalau bekas awek/pakwe korang tu kerja lain. Macam mekanik, buatnya kereta atau motor rosak, nta-nta dia lagi rosakkan kenderaan korang tu. Kasi break tak makan ke, apa-apa je la. Tak pun kalau kerja kedai makan. Bila korang order and si dia yang ambil makanan/minuman, dibuatnya dia letak apa-apa dalam tu, kasi korang sakit perut sampai cirit-birit 3 hari 3 malam. Haaa, acano tu? Bahaya bahaya!
#hati-hati la ea kalau korang fikir nak putuskan hubungan tu nanti ;)


Bye!

Thursday, 3 May 2012

Pesta Buku Antarabangsa, PWTC


Assalamualaikum reader,
Semalam, aku dengan Naza pergi Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC. Aku plan nak pergi dengan Nina, tapi dia dah keluar hari tu dengan buah hati dia. Mesti letih dia tak hilang lagi, so aku pergi dengan Naza je. Berdua k? Kitorang dating la, apa lagi. Muahahaa! xD

Kitorang gerak pukul 11 lebih macam tu. Nasib baik mak Naza hantarkan pergi Kepong Sentral. Nak tunggu bas, memang sampai ke petang la jawabnya. Sampai je Kepong Sentral, nasib baik la tunggu train tak sampai sejam. Turun kat Putra, ramai juga orang kat sana. Maybe diorang pun pergi PWTC :)

#masing-masing busy dengan phone :3

Sampai Putra tu dekat pukul 12 tengah hari. Plan nak lunch kat McD, tapi orang ramai gila. Tempat duduk pun full agakya. Aku dengan Naza memang jenis malas nak tunggu lama-lama ni. Masing-masing kepala angin, muahahaa xD kitorang decide lunch kat Pizza Hut je ;)

#banyak gambar kitorang yang sama :3

Lepas lunch, kitorang jenjalan kejap dekat mall. Cuci mata, hihi :D bila tengok cuaca macam nak hujan, terus gerak pi PWTC. Memang ramai gila ah kat sana. Pening juga sebab tak tau nak start jalan dari mana, banyak sangat booth yang ada. Hee :D 

#novel cinta

First, aku beli kat booth Kaki Novel. Ada diskaun RM4 untuk setiap novel. Dah kalau ada diskaun, mesti beli punya la. Sampai pening nak pilih novel mana satu yang best. Aku beli novel "Akulah Cinderella" bukan sebab tajuk "Cinderella" tu. Tapi sebab aku baca sinopsis novel ni. Agak menarik k. Btw harga novel ni RM18 RM14 je tau! Bukan novel secondhand k :p
Second, novel kat booth Karya Seni. Ada diskaun RM5 untuk setiap novel. Aku beli novel "Usai.. Aku Terima Nikahnya", harga asal novel ni RM19. Tolak diskaun, jadi RM14. Aku beli novel ni bukan sebab gatal tengok tajuk "NIKAH" tu k? Hahaa, kang korang fikir lain pula.
#dua novel je dah RM28 melayang

#novel mistik / seram

Lastly, beli novel kat booth apa nta namanya. Yang aku ingat ada buku terbitan Fixi and Lejen. But yang aku beli ni buku terbitan Fixi. Memang menarik gila sinopsis novel ni. Naza pun ada beli juga novel kat tempat tu. Aku beli dua novel ni je dah cecah RM30 weh. Malam tadi dah baca novel "NGERI" tu. Best gila ah jalan cerita novel ni. Nanti aku share dengan korang k? :D

Lepas dah beli novel yang Naza nak, kitorang jalan-jalan lagi. Tak pasal-pasal kena tahan dengan akak ni. Borak-borak pasal belajar English. Erk, tak minat pun tapi layankan je la. Kang kecil hati pula diorang, muahaha xD dah habis dengar diorang membebel, terus keluar and pergi mall. Cuci mata lagi, tengok-tengok barang. Lepas tu balik.

Macam tak percaya je yang kitorang balik awal semalam, hihi :D sampai rumah dekat pukul 6 petang.

Nak pi baca novel lagi. Bye! 

Patung Talking Tom


Assalamualaikum reader,
Ingat lagi tak dengan entry Talking Tom ni? Haa, ni nak bagitau ni yang aku dah jumpa tempat yang jual patung tu. Teheeee :D


Murah la tu RM24.90 je, kan? Rasa macam nak beli la. Mueheheee :3

Wednesday, 2 May 2012

Tutor : Letak iklan Churp2 / Says.my guna gambar


Assalamualaikum reader,
Eheee :3 ada blogger request macam mana nak letak iklan macam yang aku buat la. Kak Hanna, meh sini nak  share :)

Bukti yang Hanna minta buat tutor :3

Ini la yang kak Hanna maksudkan tu. Haa, senang je la nak letak iklan macam ni ;) meh sini nak ajar :D

Pergi kat Dashboard > Design > Add a Gadget > HTML / JavaScript
Kat kotak tu nanti, isi macam ni;
<center><a href="LINK IKLAN" target="_blank"><img src="URL GAMBAR" width="85px;" height="85px;"></a>
Untuk yang tanda MERAH tu, terpulang la nak letak berapa pun, ikut kesesusaian blog korang k? Dalam blog aku ni memang pakai width and height yang macam tu, cuma 85 je ;)
Okay, tu je la kot nak share. Hihi :D


Bye!

Tuesday, 1 May 2012

Keyword #13 : main dengan mak ngah


Assalamualaikum reader,
Hari ni tiba-tiba tergerak hati nak tengok keyword kat Nuffnang. Nak tengok apa yang ada? Meh sini meh :D
Nampak tu? Agak kuang hajar keyword kat atas tu. Entah siapa la yang search keyword gitu. Ada ke dalam blog aku ni? Pelik betul la. Blog aku ni bukan blog lucah tau, haihhh -__-
Btw untuk keyword "as beauty produk tu, korang boleh tengok kat >SINI< kalau ada yang nak, boleh je PM aku atau email kat aku je. Aku boleh pi order awal-awal :)
Haa, tu je la kot yang aku nak update. Bye! ;)