Tuesday, 31 January 2012

Header untuk Apeach


Assalamualaikan dan hi! :)

Semalam ada lagi seorang blogger minta aku buatkan header. Nama dia Apeach. Dia IM aku, dia tanya "slm.nak header ble?hehe.sure ka free?xD". Hihi! Dah tentu la bole dan ianya memang free. Aku buat benda ni semuanya ikhlas. Kasi free je la sebab aku buat tak hebat mana. Lepas dia inbox semua details, baru tadi aku buatkan header untuk dia. Dalam pukul 4 petang tadi header dia siap. Nak tengok?

First
Third choice


Taraaa! Ni la header yang aku dah cuba buat untuk Apeach. Korang klik kat header tu, terus ke blog dia. Mula2 tu aku macam tak confident nak buat sebab aku tak tau taste kaum Adam ni. So aku buatkan tiga header dan suruh dia pilih. Aku tak letak gambar header ke dua sebab lebih kurang macam yang ke tiga. Dia pilih header yang ke tiga. Alhamdulillah Apeach puas hati dengan hasil aku.

Aku buat promosi HEADER FREE ni untuk seminggu je tau. Minggu ni sahaja k. Kalau aku nak buat bisnes header pung maybe RM3 je. Aku tak layak nak jual sampai RM5. Tu pun aku rasa mahal kot. Tu je nak update.


Adios!

Monday, 30 January 2012

Header untuk Pastel Diary



Petang tadi aku ada offer sesiapa yang nak header sebab tadi memang aku bosan gila. Then Belon Pink request satu header. Hihi! Tak sangka ada juga yang nak. Yela, aku buat pun simple je. Dari pukul 5 lebih tadi aku cari gambar untuk header dia. Kemain pening kepala lagi. Hihi! Akhirnya jumpa juga gambar yang omey :3 Bagi aku gambar tu omey, tak tau la bagi Belon Pink macam mana pula. Pukul 7 lebih baru header siap. Haa! Lama gila, kan? Padahal headernya simple je. Nak tengok? JOM! :D



Haa, tu la header untuk Belon Pink. Tuan punya blog My Pastel Diary. Jangan terfikir nak curi header kat atas tu ea #perasan gila! haha. Kalau korang klik header tu, ianya akan terus ke blog My Pastel Diary. File gambar header tu aku dah send kat tuan punya blog tadi :)

Kepada owner blog My Pastel Diary;
Sorry kalau header ni tak lawa. Diana dah cuba buat setakat yang Diana mampu. Kalau tak minat, bagitau ea. InsyaAllah Diana cuba buat yang lain ;) yang penting header tu warna pink, kan kan? :D

Okay la, tu je yang nak update. Takde idea sebenarnya.
Kalau ada yang nak minta header free, bagitau la ea. Aku hari2 free cuma Jumaat, Sabtu and Ahad minggu ni aku takde sebab ada reunion PLKN. Kalau time tu aku free, insyaAllah aku buatkan. Korang cari je aku kat FB kalau nak minta header free :) bagi width, height, warna and font apa. FREE je. Sebab aku edit bukannya hebat mana ;)


Adios!

Sunday, 29 January 2012

Kena tag!


311282_247816201922413_160525917318109_616621_629593510_n_large
Aku kena tag dengan Sii Eve.
Permainan tag ni ada syarat2 dia. Jom tengok apa syarat2nya.

  • You must post this rules in your entry
  • Each person must post about themselves in their entry
  • Answer the question than tagger set for you in their post.And create eleven new question for new people you tagged to answer.
  • You have to choose 11 people to tag link them on the post
  • Go to their page and tell them you have tag them HIM/HER
  • NO TAG BACK!
  • No staff in tagging section "YOU ARE TAGGED IF YOU READING THIS"
  • "YOU ARE LEGITIMATELY" a.k.a REALY, TRUST, WITH ALL HONEST : have tag 11 PEOPLE
8 je syarat dia. Tak banyak pung and aku boleh follow syarat ni ;)


Ini pula soalan dari Sii Eve yang aku kena jawab;
  1. watcha d0in ?
  2. say s0mething b0ut my bl0g . be h0nest !
  3. wh0 ur idol ?
  4. Vanilla / Choc ?
  5. What ur dream ?
  6. pa k0rang akn wt , bla d ftnah ?
  7. What the m0st stupid things that eu did?
  8. Iphone/ Blackberry /
  9. Do eu lyke my bl0g ?
  10. KFC / MCD
  11. Are eu lying me ?

Jawapan dari aku;
  1. Sekarang tengah delete message yang tak penting kat phone sebab bila nak buka inbox, kemain lama lagi load! and tengah dengar lagu favourite.
  2. Blog Sii Eve lawa la. Semua purple! Suka background tu, stars!★
  3. Idol? Err nta la. Hahaa! Serious tak fikir.
  4. Semestinya choco!♥
  5. Dream? Hm Impian aku nak berjaya dalam hidup ni ;)
  6. Bila aku kena fitnah, watlek je. Dah kalau benda memang kita tak buat, biarkan saje. Kalau kita bagi respond, orang tu lagi bersemangat nak fitnah kita lagi. So buat tak tau sudah.
  7. Benda bodoh? Nta la. Tak ingat la benda apa but rasanya pernah buat benda bodoh. Tapi tak ingat, sorry.
  8. Err dua2 tak minat. I dont know why.
  9. Suka! Sebab omey :3
  10. Both but more to KFC sebab saya ni suka ayam :'D
  11. Ehh, tak pernah tipu Sii Eve tau! Hihi :D

Yeayy! Aku dah berjaya jawab 11 soalan dari Sii Eve. Congrate for me, weee~! Hahaa.
Okay. Sekarang aku nak bagi soalan kat mangsa yang aku nak tag nanti. Muehehe :>

  1. You're full name? Macam dalam IC :3
  2. Dah berapa lama dalam dunia blog ni?
  3. Setiap kali blogwalking, blog siapa yang korang tak pernah miss walaupun sekali dan kenapa?
  4. Novel or movie?
  5. Takbole hidup tanpa phone atau laptop?
  6. Lelaki yang merokok ni nampak macho ke?
  7. Selalunya rujuk blog mana untuk tengok tutor?
  8. Romantik, seram, aksi or kelakar? Kenapa?
  9. Sekarang ni fashion vintage makin ramai yang ikut. Kenapa eh?
  10. Korang akan buat apa bila bosan?
  11. Korang jujur ke tak jawab soalan yang aku bagi ni?

Apak ahh! Pening kepala aku nak fikir soalan yang nak bagi kat mangsa nanti. Phewww! :O
Ni mangsa yang aku nak tag;
Nadira | SM | Ezad | Budak Kachak | Liyana | Aimi | Diyan | Diyana | Ieka | Aida | Kina

Phew phew! Penat weh nak cari 11 orang. Hihi! Okay, good luck guys! ;)


Adios!

Tadi tangan gatal cari ftndiana kat google,


Kemain panjang lagi tajuk entry ni. Hahaa! Yeah. Tadi aku bosan, terus aku buka google and search ftndiana. Yang first kelua blog aku. Tak sangka weh keluar yang first, haha #poyo kejap.
Then terjumpa banyak link yang agak pelik bagi aku. Antaranya INI dan INI. Paling takbole bla yang second link tu la.


Domarate


ftndiana.blogspot.com has been rewarded with 5 stars! You're getting there.



Haaaa! Dapat 5 stars makk! Hahaa! Nta betul ke tidak nta natang ni. Apa pun bangga kejap #poyo lagi, harhar. Okay. Tengah malam macam ni memang aku masuk air. Entry pun merepek2.

#aku tak puas hati lagi dengan mamat yang langgar aku semalam -,-


Adios!

Saturday, 28 January 2012

Accident kat uptown Danau semalam,


*gambar sekadar hiasan*

Semalam aku accident kena langgar dengan motor kat uptown Danau Kota. Hm macam mana boleh accident?

Mula2 dah sampai kat uptown, dah melintas nak ke tempat yang orang berniaga. Then aku tanya mak "tak call adik ke tanya dia ada kat mana?". Mak cakap mak terlupa nak ambil phone kat dalam kereta and mak minta tolong aku ambilkan kat kereta.
Masa aku nak melintas, memang aku tengok kereta tu bawa slow je, motor pun  berhenti sekejap. Then aku pun jalan la. Dah nak sampai kat kereta, tiba2 aku rasa macam kena langgar, aku terjatuh tersungkur ke depan dan tergolek ke depan. Bukan guling kiri kanan macam hindustan tu tau. Tapi guling macam tenggiling, tau tak? Susah la nak explain. Memang sakit weh!
Then aku bangun, aku tengok lelaki yang langgar aku tu. Dia tanya okay ke tak and dia minta maaf. Aku terus toleh tempat lain, meluat tengok muka dia. Tangan dengan kaki aku dah menggigil, sakit. Aku terus buka pintu kereta sebab nak ambil phone. Then mak sampai. Abah pula marah lelaki tu. Abah tanya kenapa? Lelaki tu cakap dia kejar kawan dia. Abah cakap 'kepala otak kejar kawan, bawa laju2 sampai langgar orang'. Lelaki tu minta maaf lagi sekali. Aku terus bla. Ikutkan hati, nak je aku hempuk kepala lelaki tu. Muka dia memang cuak habis. Lepas aku bla, dia pun terus bla. Laju je pecut motor. Goyang lettew.
Memang ramai time tu, aku tak hiraukan semua tu. Satu je dalam kepala otak aku time tu, sakit. Sakit hati sebab menyesal. Menyesal sebab tak hempuk dia. Menyesal tak minta duit sebab lepas dia bla, baru aku perasan yang bahu sebelah kanan aku luka. Besar weh! Memang rugi tak minta duit kat lelaki tu. Bukan apa, sepatutnya dia bertanggungjawab. Tapi aku time tu memang blank, kosong. Tak tau nak buat apa kat lelaki tu time dia minta maaf. Lagi satu terlupa nak tengok number plat motor dia. Dia pakai motor apa pun aku tak tengok.
Setiap kali ada lelaki berkumpulan lalu kat depan mata aku, aku mesti tengok muka sorang2. Kalau aku dapat la lelaki tu, memang malang a nasib dia. Aku ingat lagi rupa dia walaupun cuma sekali imbas. Kau tunggu je nasib kau tu nanti.

Bahagian yang sakit;
Ibu jari tangan sebelah kiri lebam
Bahu sebelah kanan luka
Peha sebelah kanan bengkak

1 je pelik. Aku langsung tak menangis! Macam tak percaya. Maybe sebab terlampau terkejut kot.

Adios!

Thursday, 26 January 2012

Kena tindih dengan hantu masa tidur


401693_336048983074886_100000093608466_1387560_1534067159_n_large

24 Jan 2012, malam tu time aku tidur aku rasa macam kena tindih. Time tu aku baru balik dari kampung. Memang tidur lena habis. Then tiba2 aku macam terjaga. Bila aku buka mata, aku nampak lembaga kat kaki aku, depan katil. Lembaga tu macam nak tarik kaki aku. Aku nak jerit, tapi suara macam tersekat, tak terkeluar. Memang aku takut gila time tu. Aku pandang adik aku kat sebelah, dia tidur relax je. Langsung tak perasan aku. Aku cuba nak sentuh adik aku, tapi tangan aku takbole nak gerak. Sekali tu aku gerakkan leher aku kuat2, aku terus tersedar kat alam realiti. Aku bangun, tengok takde apa pun. Sebelum nak tidur balik, aku baca bismillah banyak kali.

Aku tak cerita kat family lagi. Takut diorang tak percaya.
Tadi search kat google, ni hasilnya :D


Antara sebab atau benda2 yang boleh 'trigger' sleep paralysis:
1. tidur dalam posisi terlentang terlalu lama.(so jangan tido terlentang lagi, ikutlah sunnah RASULULLAH SAW)
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tido )
4. stress yang byk kat otak... masalah keluarga, kewangan, lain-lain
5. pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba(selalu dok lepak rumah jer tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal.aktiviti extreme)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy



Sumber dari SINI.
Rasanya yang number satu tu yang betul. Memang kita takbole tidur terlentang lama2. Seeloknya tidur mengiring. Kan kan? :D
Malam aku kena tu aku tidur terlentang. Maybe sebab letih sangat kot. Sampai tak sedar apa. Then tiba2 kena macam tu. Seram woiii!



424256_3200414136279_1443815979_3188328_389287057_n_large

Kalau hantu tu comel macam casper, takde la aku takut sangat. Kot2 siap berborak lagi. Hihi!


Adios!

Tuesday, 24 January 2012

Day Five - Five things you would like to do before you die


Tumblr_li41sog7qo1qgm2ino1_500_large

5 perkara yang aku nak buat sebelum aku takde kat dunia ni.

  1. Hantar mak and abah pegi Mekah, menunaikan Haji
  2. Nak mak dengan abah bangga dengan anak sulung diorang ni
  3. Belajar masak
  4. Kahwin dengan lelaki pilihan hati
  5. Nak jadi bussineswomen yg berjaya, hihi :D


Haa, tu je la yang aku nak buat kot. Benda yang aku taip kat atas tu random tau. Takbole bla yang nak kahwin tu, hahaa xD yela, aku je yang gatal. Korang tu tak gatal, haha.
Yesss! Cabaran dah habis. YEAY!


Adios!

Monday, 23 January 2012

Day Four - Four of your favorite memories


Memori kesukaan aku;


4 March 2011
Memori yang tak kan dapat aku lupakan. Hihi! First time main kat Cosmo World. Rasa macam nak main lagi kat sana. Sape nak temankan aku naik roller coster? Hihi :3



1 May 2011
Jumpa balik kawan masa sekola menengah yang terpisah sejak form3, lepas PMR. Memang riuh time tu bila dapat jumpa balik. Weee~! :D tak sangka pula boleh jumpa lagi.



30 July 2011
First time celebrate birthday dengan kawan. Sebelum ni aku tak pernah celebrate dengan kawan. Celebrate dengan family masa kecik je. Kadang2 tak pernah celebrate. Time tu jalan sampai kaki aku sakit, sampai tak larat nak berjalan dah. Hihi :D


Haaa, tu je la memori kesukaan aku. Hihi! Pening kepala tau tak nak fikir. Mencabar betul cabaran kali ni. Lepas ni day 5 and tamat! Tak sabar nak habiskan :D


Adios!

"akak, ni hospital la. jom bla"



Bila teringat balik, lawak pun ada. Hahaa xD
Meh nak cerita meh :D

Hari tu masa on the way pergi Harvey Norman nak pergi beli notebook, kitorang lalu kat Ikea. Then tiba² adik aku cakap "akak, ni hospital la. jom bla". Aku bantai gelakkan dia. Mana tidaknya, boleh dia kata Ikea tu hospital. Aku cuma cakap "pale otak hang" and sambung gelak lagi. Hahaha xD Then aku cakap kat mak and abah "mak, abah. tengok anak mak abah ni. dia kata ni hospital", then aku gelak lagi. Darlina cakap "yela, macam bau ubat". Abah pula sengih² and cakap "bau kayu la. bukannya bau ubat". Mak pula cakap "tu la, macam hospital siap ada kaunter, patu ada nombor giliran lagi". Hahaa! Lawak ah, nta pape je.
Kat situ memang ada kaunter, maybe untuk servis penghantaran barang. Aku agak je, hihi! Yela, family aku mana pernah shopping beli barang perabot kat Ikea. Tak mampuuuu :D hihi! Tu je la nak cerita.

Adios! ;)

Sunday, 22 January 2012

Day Three - Three of your favorite songs ever


I_love_music__by_smilingideea1_large

3 lagu kegemaran aku;

Hangat Cintamu, lagu kat blog aku ni la :3

Lagu Hangat Cintamu ni bukan artis tau yang nyanyi. Dia ni salah sorang kawan kepada budak yang satu kem dengan aku kat PLKN dulu. Kawan dia la yang famouskan lagu ni kat kem dulu. Sampai sekarang aku dengar lagu ni.

Second lagu Ombak Rindu

Suka gila lagu ni. Mula2 aku dengar adik aku asyik pasang dalam bilik dia. Memang menyampah habis la bila dengar lagu ni. Then masa dengar betul2 lirik lagu ni, terus jatuh hati. Hihi! Lirik lagu ni best!

Third song, Takku Sangka Takku Duga

Lagu ni pun aku dengar kat kem. Biasa la budak laki kat kem tu, semuanya jenis suka menyanyi. Nasib baik la suara pun okay. Takde la teruk mana. Btw aku suka lirik ni juga. But lagu ni sesuai untuk orang yang putus cinta. Jiwang sangat kot. Hihi.

Tu je la 3 lagu yang aku suka buat masa ni. Sebenarnya banyak lagi lagu yang aku suka, but aku tunjuk yang ni je la ea. Jangan tamak sangat, hahaa.


Adios!

Saturday, 21 January 2012

New shoes! :D



Akhirnya dapat juga kasut yang aku nak, hihi. Kat SINI kan aku ada bagitau yang aku nak beli kasut. Tapi tak tau nak pattern macam mana. Last2 yang kat atas tu jadi pilihan aku. Brand apa pun aku tak pernah tengok / dengar. MOSSONO? Korang pernah dengar? Mahal kot kasut ni. Kawan aku beli kasut Body Glove pun murah je, RM30. Aku punya ni sampai RM40. Apak ahhh! Tapi takpe, dah berkenan punya pasal en. Beli saje la.

Masa kat kedai, aku cari la pekerja tu sebab dah suruh dia simpankan kalau ada size 37. Sebab mula2 pegi kedai tu, size 37 takde. Yang ada 36 and 38. Size 37 yang ada pun warna oren je. Aku tak berkenan langsung dengan warna oren -,- Datang hari lain, nasib baik ada restock size 37 :D bila pekerja tu dah bagi, aku tengok je mak. Mak tanya "apa? bayar la. bawa duit en?". Ciss! Kena pakai duit sendiri juga rupanya. Hahahaa xD Lepas dah try pakai and selesa, terus pegi kat kaunter and bayar.

Aku suka gila dengan kasut ni! :D

Day Two - Two people you want to be with right now


Two people you want to be with right now. Err, kenapa cuma dua? Tak cukup la. K, aku memang tamak. Hahaa xD who's care? Watlek sudah. Okay, meh nak bagitau aku nak brsama dengan siapa sekarang ni.


Mesti la buah hati saya, hihi. Rindu dia tau tak? Sebulan tak jumpa. Seminggu pun dah rasa macam sebulan. Sebulan rasa macam lama gila woo! Hm takpe. Kita tetap boleh sabar, kan bie kan? Hihi.

Second person,

Err bukan one person, tapi diorang semua. Yes, aku rindukan diorang. Walaupun dah nak dekat dua bulan tinggalkan kem, tapi aku rasa macam baru semalam lepak dengan diorang. Lepak makan sebelum tidur pukul 12 ke atas. Weh, aku rindu korang semua tau tak? Nta bila la dapat jumpa lagi. Ada reunion, tapi korang tak pergi. Sedih gila bila dapat tau yang korang tak pergi. Aku rindu nak gelak,makan, nangis, tidur dengan korang. Rindu nak kutuk budak2 dengan korang. Ergh! Rindu gila weh! :'(

K, aku tak sanggup nak luahkan lagi. Sedih sangat sebab terlalu rindukan diorang semua.


Kbye!

Yeay! Dapat notebook Vaio! :3





Yes! Yes! Yes! Akhirnya dapat juga laptop sendiri but ni cuma notebook. Kecil je, tak besar pun. Lagi satu warna silver. Aku nak merah, tapi takde :'( silver pun silver la, janji ada. Boleh blogging and main game kat FB, tu yang penting. Hikhok! :3
Notebook ni beli kat Harvey Norman je, kat area Mutiara Damansara. Hm thanks mak and abah sebab belikan notebook ni :* insyaAllah akak rajin lepas ni. Hahahaa! :D


Bye! :)

Friday, 20 January 2012

Day One - One thing you want right now


Jom kita mulakan cabaran ni sekarang! Hihi!
Hm, one thing you want right now. Nak tau apa dia? Jeng jeng jeng!

Vaio_cr_2_large

Tu diaa! Aku nak laptop Vaio! Vaio warna merah Aku nak dapatkan hari ni juga! Tunggu je la. Hihi! :D
Mula² aku fikir nak laptop Apple. Tapi kesian pula nak minta kat abah nanti sebab mahal sangat. Vaio pun dalam 1k en? #main teka je, hihi. Haa, tu je la yang aku nak sekarang. Actually bukan sekarang je, tapi sejak form5 lagi. Lama en aku tunggu T___T harap² dapat la hari ni.


Bye! :)

Thursday, 19 January 2012

5 Day Challenge


Tumblr_lwadi9alq51qgqwjxo1_500_large

30 Day Challenge #versi 2


Tumblr_lxtww9gsyx1qbgvh9o1_400_large

Day 1 — Your favorite song
Day 2 — Your favorite movie
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – What makes you different from everyone else?
Day 6 – A song to match your mood.
Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 8 – Your dream wedding.
Day 9 – A photo of the item you last purchased.
Day 10 – A photo of your favorite place to eat.
Day 11 – A picture of your favorite memory
Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is.
Day 13 – A picture of your favorite band or artist
Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 15 – Something you don’t leave the house without.
Day 16 – Short term goals for this month and why
Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 – A picture of something you want to do before you die
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of something that makes you happy.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – 15 facts about you.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – Who are you?
Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
Day 27 – What kind of person attracts you?
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days

Challenge kali ni aku copy dari SINI.
Kalau aku takde idea nak update blog, aku akan buat cabaran ni :D

Wednesday, 18 January 2012

Keyword #5 : Dosa tak kalau lelaki bertindik?


*klik untuk lebih jelas

Ada keyword dosa tak kalau lelaki bertindik? Aku cuba cari jawapan kat encik Google tadi. Ni yang aku jumpa.

Tumblr_lxv6rnp56s1qh18zoo1_500_large
*muka handsome. bila bertindik, terus tak handsome

S: Apakah hukum lelaki menindik telinga atau anggota badannya?

J: Adalah haram bagi lelaki menindik telinganya kerana ia menyerupai kaum wanita. Perbuatan ini dilaknat oleh Allah s.w.t.

Begitu juga adalah haram bagi lelaki atau wanita menindik sebarang anggota badannya dengan tujuan perhiasan kerana ia menyerupai kaum yang tidak percaya pada agama Islam.
Lelaki yang menindik telinganya atau anggota badannya, perlu bertaubat dan menanggalkan segala perhiasan tersebut. Jika tidak, dia belum lagi betul-betul taubat dan tidak layak dia menjadi wali nikah.

Aku dapat info ni kat SINI. Lagi satu korang tengok info kat SINI.

Haa, kepada lelaki Islam yang bertindik kat luar sana. Fikir² kan la ea. HARAM tau bertindik ni! Nanti kesian anak perempuan korang, sebab ayah dia takbole jadi wali nikah. Jangan fikir bertindik nak ikut trend je. Fikir masa depan dulu ;)

Sunday, 15 January 2012

Kasut oh kasut!


Tumblr_lvigk1i72a1qcsjiso1_500_large
Tumblr_lvfyweaach1r331teo1_500_large

Yeah, aku nak beli kasut macam kat atas tu. Lawa tak? Merah menyala tu, hihi. Actually aku dari hujung bulan lepas lagi aku cari, tapi susah sangat la. Then semalam tengok kat internet.


Warna ni pun menarik, kan? :3


Ni first pilihan aku. Sebab nak sama dengan Myra #kawan dari kem PLKN. Myra ada beli kasut macam yang kat atas, tapi brand Body Glove. Dia beli warna biru. So aku plan nak cari warna merah :3

Next week aku nak cari sampai dapat. Biar la letih berjalan pun, tak kisah. Hihi! Tapi kesian pula kat orang yang temankan aku nanti. Hm takpe la, aku tetap nak kasut tu.


Haaa! Kat online shop CheromForinlo ada jual kasut warna merah. Comel gila k. Ni ha!
v
v
Comel kan? Tapi agak mahal la. RM70 ohh T___T aku tak mampu beli kasut yang harganya lebih dari RM50 sebab tak pernah k. Paling koman pun beli yang murah. Bawah RM50. Tak pernah beli barang mahal² ni .


Comel tak kalau aku pakai cenggini? Hahahaa! Confirm orang pandang pelik je.

#pssstt! aku rasa segmen aku tu macam takde sape join. dua hari sebelum due date kalau still 3 orang je, aku terus batalkan segmen tu T_T


Kbye! :)

Friday, 13 January 2012

1000th follower! :)



Tengok tu! Dah 1000 follower blog Diana's ni. Hihi! Follower ke 1000 ni nama dia Siti Syakirah, just call her Yaya :)

purple yaya dot block sport dot comp
#klik header ni untuk ke blog beliau :)
Thanks ea sebab follow blog Diana.


Bye! :)

Monday, 9 January 2012

Keyword #4

Keyword last week

Err agak pelik. Kat entry mana yang aku cerita pasal Mirul (adik aku) accident? Hm aku tak ingat la. Serious tak ingat kat entry mana, haihh. Kalau nak tengok? Ni ha aku tunjuk.

Yang first tu sebelum accident. Gambar masa dia form bape nta. Tak ingat. Then sehari sebelum raya masa tahun 2010 kalau tak silap aku la, time tu la dia accident. Bukan accident motor langgar kete or langgar motor lain tapi dia sendiri yang cuai. Serious time tu aku tak rasa kesian atau apa, cuma rasa "lantak hang la". Memang takde rasa apa². Seorang kakak yang kejam, kan? Peduli pula?


Keyword this week

Paan Juvana? Hahaa! Famous en budak ni? Aku rasa ada mention nama dia kat entry yang INI. Nak tengok muka dia yang handsome tu?


Budak ni selalu lepak Pavi. Untung le famous, ramai kenal :p

#pelik betul aku sape yang buat keyword macam tu.


Bye! :)

Sunday, 8 January 2012

Thank You



#aku memang suka sangat tengok cerita Hindustan :3

Cuba korang layan cerita Thank You. Serious best k. Yes, tajuk cerita tu Thank you. Tapi cerita ni keluar kat Astro je. Sebelum ni kat channel ABO. Sekarang dah keluar kat channel fiesta. Try la tengok.
Btw aku suka gila lagu dia, lagi² time dia main flute tu :D


Bye! :)

Saturday, 7 January 2012

Ada reunion kem! :D




4 Feb nanti ada reunion untuk bekas pelatih kem Asahan. Hihi! Tapi cuma 40 orang je, tempat terhad :'(
Then aku terus text semua kawan² aku, tanya diorang nak pergi ke tak. Ada yang takbole pegi sebab keje and tengah belajar :( hm. Then aku tanya abah. Mula² dia tak bagi. Then aku asyik tanya je, dia pun terus bagi. Weee~! Dapat tidur kat kem lagi. Suka suka! :D rindu nak lepak kat padang kawad :p tak sabar nak tunggu 4 Feb nanti.


Bye! :)

Sunday, 1 January 2012

Happy New Year! ;)



Malam tadi sambut new year kat Curve. Aku gerak dengan family. Nasib baik la diorang nak pegi. Tapi yang gerak pegi Curve cuma aku dengan adik perempuan aku je. Yang lain pegi Tesco, hihi. Mula2 tu aku macam blank, tak tau nak pegi mana. Ingat nak lepak dengan Zhariff, tapi dia tak sampai lagi. So aku dengan adik aku tu merayau je la mana yang ada. Then ada show yang tengah kat Curve. Tengok je la. Lelaki pakai skirt, how sweet. Hahahaa! Then nampak Gadafi, kawan masa sekolah dulu. Dia je yang tegur aku. Budak2 sekola aku yang lain pun ada, tapi nauzubillah, sombong -,-

Lepas dah jumpa macam2 orang, aku dengan adik aku pegi jalan2 kat jalan raya kat tengah antara Curve dengan Ikea. Kat situ baru la function. Ada konsert. Time tu Jaclyn yang nyanyi. Kemain lagi orang kat sana enjoy. Siap menari bagai. Tiba2 aku dengan adik aku kena spray. Dalam hati aku dah panas sikit dah. Aku pun beli spray banyak2, sembur je kat sape2 yang serang aku. Hahaa! Memang syok! :D sampai ada pakcik mat saleh ni pun serang aku dengan adik aku, haha. Kemain suka lagi pakcik tu dapat spray aku dengan adik aku tu. Tersengih-sengih orang tua tu, haha.

Time bunga api dah keluar, memang meriah! Tiba-tiba je aku jumpa kawan aku! Hihi! Kawan yang dah lama tak jumpa. Siapa? Jegades! Masa aku tengah jalan2 time orang tengah sesak, tiba2 ada orang tarik tangan aku. Aku dah terkejut gila. Tengok sape yang tarik, aku jerit gila2! Dia datang dengan family and bf dia. Jealous aku tengok yang dapat dating dengan bf diorang tu :'(


Bf dia yang tolong captured :)
aku ni pemalu sebenarnya

Dah puas main spray2, terus gerak nak ke Tesco. Lalu kat Curve. Masa lalu tu, ada lelaki ni usha je. Dia dah standby dengan spray dia. Aku pun tunjuk la spray aku. Last2 kitorang main serang je, hahahaa! Tak pasal2 spray aku dah habis. Aku terus lari kat tempat yang takbole main spray. Laki tu tak dapat kejar, haha. Padan muka dia xD



Tengok shawl aku, kotor dah kena spray tu -,- malam tu je aku dah habis RM25 sebab beli spray tu. Takpe la. Malam tadi memang best la. Yela, aku tak pernah sambut new year sampai macam tu sekali. Last year tak sambut sebab balik kampung. Memang tak function ah. Tahun yang sebelum ni pula duduk rumah. Kalau keluar pun, duduk dalam kereta je. Takbole nak kelua sebab traffic jam. Bosan en?

Harap2 tahun 2012 ni lebih banyak kenangan yang best. Taknak la asyik bosan je hidup macam tahun lepas. Bosan sebab takbole nak keje, nak belaja pun tak bape minat. Haihh.

Tahun 2012 ni aku nak;
  •  rajin solat - insyaAllah :')
  • ada laptop sendiri
  • lesen motor dengan kereta
  • kereta / motor skuter
  • bebas, taknak kena control macam budak kecik
  • CUBA jadi lebih rajin
  • kurangkan mencarut - tak elok anak dara asyik mencarut je, hihi
  • CUBA kekalkan pakai tudung

Hey blogger! Tak terlambat lagi nak wish, kan? Hihi. Happy New Year! ;) semoga azam korang tercapai :)
#tak sangka tahun ni umur aku 19, tua nyeee! :'(


Bye! :)