Terjumpa kawan lama,

December 28, 2012 Fatin Diana 1 Comments


Assalamualaikum,

6060701691_156b84021d_b_large

FD baru je balik dari uptown Danau Kota. Jalan-jalan cuci mata je lah sebab poket tak kembung, hahaa :D

Masa jalan-jalan tu, time dah nak balik, dengar sorang mamat ni dok panggil-panggil, "awak! awak!". FD buat tak tahu je lah sebab malas nak layan. Bila FD dah jauh sikit dari mamat tu, tiba-tiba dia panggil "mat top! mat top!". Dalam hati FD time tu, "ahhh sudahhh! mamat ni kenal bf aku ke? tiba-tiba panggil nama mat top. budak kem je yang tahu aku dengan mat top". FD fikir banyak kali sebelum nak toleh ke belakang. Tercari-cari juga siapa yang dok panggil. Sekali nampak mamat ni macam kenal je. Cuba ingat, terus tersengih! Siot punya budak. Haha :D
FD jumpa siapa?!


FD jumpa Yin! 
*baru ingat nama dia lepas tengok entri PLKN yang FD pernah publish kat blog ni*


Lepas tu Yin datang kat FD. Dia dok panggil "awak" sebab dia tak ingat nama FD. Bedebah punya kawan! Hahaha xD lepas tu FD cakap kat dia yang sebenarnya FD pun tak ingat nama dia. Sudahnya dua-dua tergelak. FD tanya balik nama dia, tak bape ingat lah.

FD: tak, bukan nama tu! kat kem dulu orang panggil kau nama lain lah
Yin: Skin Head?
FD: haa! yelah tu!

Kat kem dulu diorang panggil dia Skin Head sebab botak. Padahal budak-budak lain pun botak juga. FD baru teringat yang Yin tu memang ada niaga kat uptown Danau Kota. Bahagian dia tu FD jarang lalu. Tadi tiba-tiba rasa macam nak lalu sebab nak tengok-tengok barang. Tak sangka pula boleh jumpa dia kat situ.
**logik ah kan boleh lupa sebab jarang contact, setahun dah kot.

Sebelum FD bla ikut family pi tempat lain, kitorang tukar nombor telefon sebab FD dah tukar nombor, and phone lama tu ntah kemana sekarang ni.


Budak-budak kem yang lain ntah bila lah kita nak terserempak kan? Rindu diorang :'(

You Might Also Like

1 comments:

tenku butang said...

alalalala.. cumeynye FD ni.. mata tu cantikk