Mandi hujan demi rezeki!

December 09, 2012


Assalamualaikum,

Pagi tadi FD pergi pejabat pos, nak pos barang-barang customer and again, swap baju kat FF ^^v
Dah siap packing, dengan cuaca panasnya. Motor pula buat hal takbole nak start. Panas gila dah time tu. Abah kata sebab dah lama tak guna motor, pasal tu susah nak start. Grrr! Nak meragam pula motor tu tau! So tunggu je lah abah buat. Lepas kasi panas enjin dulu. Lambat juga gerak sebab benda dah siap pukul 10 pagi.

Dah pergi pejabat pos, tulis-tulis apa yang perlu, siap. Time kat kaunter tu yang lama sebab 3 barang nak pos and nak tukarkan wang pos dari customer. Terlupa pula nak bawa IC. Satu satu hal harini.


Dah settle semua, hujan lebat. HAMBEK KAU! Memang lebat gila ah hujan tadi. FD redah je lah dengan tak pakai helmetnya. Adoii! Susah oi. Nyesal tak bawa helmet tadi. 

Tengok lah sampai slip pos laju pun lencun. FD sayang customer FD tau, hehe :D

Sampai rumah, call adik FD ajak mandi hujan sama dah alang-alang FD dah basah lencun kan. Abah pula dan dan je suruh pergi rumah jiran sebelah, tolong angkatkan ampai baju yang dah jatuh ke tepi tu. Mentang-mentang lah FD dah basah, suruh buat itu ini pula.


Seronok juga mandi hujan tadi sebab dah lama gila tak mandi hujan. Hehe :3

You Might Also Like

12 comments

  1. hihi.. skrg kn musem ujan..
    ujan xkire mase..

    ReplyDelete
  2. @Ezy Chiaki; hehe tu lah pasal. kadang2 tak tentu hujan ni

    ReplyDelete
  3. sanggup redah apa saja demicari rezeki halal kan FD? :)

    ReplyDelete
  4. wahh demi customer tu, kikiki

    ReplyDelete
  5. Hahah.. Best la main hujan. Lama dah tak redah hujannn. Rindu!

    ReplyDelete
  6. @Vanessa Leah; haha, FD pun dah lama tak mandi hujan. dah besar kan, baru td dpt merasa mandi hujan

    ReplyDelete
  7. Jangan main ujan, nanti demam... :)

    ReplyDelete