Bukan semua kaum Hawa lemah

December 05, 2012


Assalamualaikum,

Cucu berani mati

TELUK INTAN: Seorang gadis bagai dirasuk apabila naik angin dan bertindak nekad mengejar seorang lelaki yang menyamun neneknya sejauh 100 meter dengan sebilah parang dalam kejadian di sini, malam Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 8 malam di Kampung SC Belt, Labu Kubong, seorang wanita warga emas bersama cucu perempuannya panik apabila seorang lelaki bersenjatakan parang muncul di ruang tamu rumah ketika mereka berdua bersiap menunaikan solat Isyak.

PANJANG...Che Pah menunjukkan parang dan sabit yang digunakan cucunya, Nurul Shahira  yang mengejar penjenayah terbabit. Gambar kecil, Che Pah menunjukkan jarinya yang cedera.
PANJANG...Che Pah menunjukkan parang dan sabit yang digunakan cucunya, Nurul Shahira yang mengejar penjenayah terbabit. Gambar kecil, Che Pah menunjukkan jarinya yang cedera.
Dalam keadaan kelam-kabut itu, penjenayah terbabit melibaskan parang menyebabkan wanita berkenaan, Che Pah Mat Isa, 74, menerima lapan jahitan di jari.
Bagaimanapun, cucu wanita itu, Nurul Shahira Mohd Nawai, 14, yang berang sebaik melihat neneknya tercedera melawan balik penyamun terbabit sebelum mengejar penjenayah itu.
Che Pah berkata, dia bernasib baik apabila diselamatkan cucu perempuannya itu dan bersyukur kerana terselamat selain terhutang budi dengan Nurul Shahira yang menggadai nyawa demi menyelamatkannya.

SUMBER


Padan muka kat penyamun tu. Tu lah, nak rompak pun tak payah lah nak sakitkan orang lain. Kan dah kena kejar dengan cucu nenek tu. Hamek kau! Jangan fikir semua perempuan lemah tau. Sekali dah hangin, tak hidup lama lah kau rasanya. Hahahaa xD

Terbaik lah Shahira tu! ^^v

You Might Also Like

10 comments