Monday, 31 December 2012

Trafik Minggu #6 | Minggu #7


Assalamualaikum,

Minggu lepas lupa nak update entri untuk trafik minggu ke 6. Maklum lah, busy kat KL :3 Dalam entri ni, FD update minggu lepas dengan minggu ni punya :D


Trafik minggu lepas
Tak tentu hala sebab FD tak ping entri kat group FB.


Trafik minggu ni
Lagi lah tak tentu hala! Naik turun naik turun. Sebabnya? FD tak ping entri juga. Agak malas sejak kebelakang ni sebab mood pun tak berapa nak ada sangat. Banyak tension oi hujung bulan ni.

Untuk bulan Januari, FD buka tapak sewa iklan secara PERCUMA untuk sebulan. Terhad 5 blog sahaja. Berminat? Sila PM url blog dan bannef kat SINI ye ^^v



Friday, 28 December 2012

Terjumpa kawan lama,


Assalamualaikum,

6060701691_156b84021d_b_large

FD baru je balik dari uptown Danau Kota. Jalan-jalan cuci mata je lah sebab poket tak kembung, hahaa :D

Masa jalan-jalan tu, time dah nak balik, dengar sorang mamat ni dok panggil-panggil, "awak! awak!". FD buat tak tahu je lah sebab malas nak layan. Bila FD dah jauh sikit dari mamat tu, tiba-tiba dia panggil "mat top! mat top!". Dalam hati FD time tu, "ahhh sudahhh! mamat ni kenal bf aku ke? tiba-tiba panggil nama mat top. budak kem je yang tahu aku dengan mat top". FD fikir banyak kali sebelum nak toleh ke belakang. Tercari-cari juga siapa yang dok panggil. Sekali nampak mamat ni macam kenal je. Cuba ingat, terus tersengih! Siot punya budak. Haha :D
FD jumpa siapa?!


FD jumpa Yin! 
*baru ingat nama dia lepas tengok entri PLKN yang FD pernah publish kat blog ni*


Lepas tu Yin datang kat FD. Dia dok panggil "awak" sebab dia tak ingat nama FD. Bedebah punya kawan! Hahaha xD lepas tu FD cakap kat dia yang sebenarnya FD pun tak ingat nama dia. Sudahnya dua-dua tergelak. FD tanya balik nama dia, tak bape ingat lah.

FD: tak, bukan nama tu! kat kem dulu orang panggil kau nama lain lah
Yin: Skin Head?
FD: haa! yelah tu!

Kat kem dulu diorang panggil dia Skin Head sebab botak. Padahal budak-budak lain pun botak juga. FD baru teringat yang Yin tu memang ada niaga kat uptown Danau Kota. Bahagian dia tu FD jarang lalu. Tadi tiba-tiba rasa macam nak lalu sebab nak tengok-tengok barang. Tak sangka pula boleh jumpa dia kat situ.
**logik ah kan boleh lupa sebab jarang contact, setahun dah kot.

Sebelum FD bla ikut family pi tempat lain, kitorang tukar nombor telefon sebab FD dah tukar nombor, and phone lama tu ntah kemana sekarang ni.


Budak-budak kem yang lain ntah bila lah kita nak terserempak kan? Rindu diorang :'(

Wednesday, 26 December 2012

Top Referral EYG - 4th week | Pemenang untuk Top Referral End Year Giveaway


Assalamualaikum,

Sepatutnya FD update entri untuk top referral giveaway ni 23 Disember haritu, tapi terlupa. Betul-betul terlupa! Maaf ye ^^v

ikajohans.blogspot.com - 75
rahasiabelogaku.blogspot.com - 45
st0ryab0utprincess.blogspot.com - 45
izyanstory.blogspot.com - 34

Top referral 1st week
rightnot - 39

Top referral 2nd week
st0ryab0utprincess - 28
rightnot - 25

Top referral 3rd week
rightnot - 55
st0ryab0utprincess - 28


PEMENANG UNTUK TOP REFERRAL!!

28. http://rightnot.blogspot.com/2012/11/end-year-giveaway-by-fd.html - jumlah yang terkumpul 119
45. http://st0ryab0utprincess.blogspot.com/2012/11/end-year-giveaway-by-fd.html - jumlah yang terkumpul 101


Tahniah kepada pemenang!

Sila berikan details korang pada FD ye. Jangan direct PM sponsor pulak. Kena babap dengan FD nanti! :p oh ya, PM kat >>SINI<< ye sayang :D

Nama:
Alamat:
No. tel:
Link entri:
Hadiah pilihan:


Untuk pemenang domain, entri kreatif dan random, FD akan umumkan dalam 2 3 hari nanti. Harap bersabar ye ;)

Tuesday, 25 December 2012

End Year Giveaway by FD


TAMAT!!

STICKY POST!
**scroll ke bawah untuk entri terbaru**


Assalamualaikum,



Rasanya ini giveaway yang ke empat dalam tahun ni. Erk, banyaknya. Kan? Hehe. Takpe. Tak salah rasanya nak buat giveaway banyak kali. Bukan tamak, tapi nak share rezeki yang FD dapat bulan ni :') tak elok kedekut, kan? Sebab tu FD suka share dengan korang ^^


Syarat-syarat:-

  • WAJIB follow BLOG, dan page FD untuk mengetahui perkembangan giveaway.
  • WAJIB follow dan like semua sponsor.


Cara-cara:-

  1. Buat satu entri bertajuk "End Year Giveaway by FD"
  2. Letakkan banner diatas dalam entri tersebut dan linkkan ke entri ini.
  3. List-kan hadiah yang korang nak. CUMA HADIAH YG DI SPONSOR. BUKAN SELAIN DARI YG DI SPONSOR! Untuk yang nak menang hadiah domain, BACA ENTRI NI#UPDATE
  4. Terpulang nak buat entri kreatif atau tak. 
  5. Tag sekurang-kurangnya 2 orang blogger dan pastikan mereka tahu. #tak wajib
  6. Siap! Tinggalkan link entri dan Facebook ID di ruang komen entri ni.



Sponsor:-

  • FOLLOW | |
  • FOLLOW |
  • FOLLOW |
  • FOLLOW |
  • FOLLOW |
  • FOLLOW |
  • FOLLOW |  |
  • ADD | LIKE & SHARE | LIKE & SHARE
  • FOLLOW | | LIKE
  • FOLLOW |
  •  
  • FOLLOW |
  • FOLLOW |

PASTIKAN KORANG FOLLOW DAN LIKE SEMUA SPONSOR.
Mana yang kena like gambar atau share gambar tu, WAJIB K?!
**untuk yang takde account twitter tu, takpe. but atleast like dan follow semua sponsor ye**


UPDATE!!
PEMBAHAGIAN HADIAH #akan di-update kemudian
**takde pembahagian hadiah. peserta boleh list-kan hadiah yang korang nak**
PENAMBAHAN SPONSOR / HADIAH! ##UPDATED - 28/11
SENARAI PESERTA ##UPDATED - 20/12 2:05 petang

**top referral 3rd week


Due date: 25 December 2012 | 11.59 p.m.

Friday, 21 December 2012

Sumbangan ikhlas


Assalamualaikum,

Dalam entri ni FD cuma tolong blogger ni untuk promote atau minta sumbangan ikhlas dari reader. Just read this entry k? 100% copy paste. Dah minta izin dah pun, hehe :D


Mohon Sumbangan Ikhlas / Entri ke-100

Assalamualaikum ?

   Hari ini adalah hari entri ke-100 aku selama aku beberapa bulan aku mula aktif berbloging ini. Di sebabkan nampak macam cantik angka tersebut, jadi aku dengan hati terbukanya ingin membuat satu entri berkenaan dengan sumbangan yang diperlukan oleh anak yatim. Mari kita tengok keadaan rumah di sana. Gambar kredit kepada kak nadia .








   Nampak keadaan disana kan? Jadi aku hanya mampu buat entri sahaja untuk membantu Kak Nadia mencari sumbangan. Kak Nadia dan membernya akan ke sana dan memberikan sumbangan kita kepada mereka. Kepada sesiapa yang sudi menyumbang sila pergi ke blog Kak nadia untuk maklumat lanjut sila . 

KREDIT TO SHASHA


Sampai situ je, part nota kaki dari Shasha tu FD tak copy lah. hehe :D


Cash out kali ke 5 #sekejap gila!


Assalamualaikum,

Dua hari lepas FD baru je terima duit dari Says. Tak lama lepas tu, Says bagi peluang untuk cash out lagi.

FD tak fikir apa, terus klik butang cash out now! tu tengah hari semalam sebelum gerak pergi KL. So tukar status jadi pending..

Status pending ni tak lama. Sebab pagi ni FD baru je terima email dari Says,

Alhamdulillah, tak sampai 24 jam, dah tukar status ke verified

Yahooo!! :D


Sekarang ni tunggu masa Says transfer duit ke akaun FD je :)


Nota FD: Kalau boleh dapat sebelum sabtu ahad, memang syok ah! Boleh shopping kat KL ^^v esok atau lusa FD lepak KL, ada blogger yang nak jumpa tak? :p

Trafik hari #5


Assalamualaikum,


Pageviews untuk 19 Disember. 18 Disember cecah 500 pun tidak. Tiba-tiba up jadi beribu. Betul ke tidak ni? :/
http://www.fatindiana.com/2012/11/teknik-tingkatkan-trafik-40k-uv-sehari.html


Nota FD: baru dapat update blog sebab semalam busy otw ke KL. yeay! esok lusa boleh lah keluar jumpa kawan ^^v

Wednesday, 19 December 2012

Blogger Paling Santai 2012: Cenderahati Pertama Santai Leeza


Assalamualaikum,

**klik banner**


Due date: 30 Disember 2012 | 11.59 malam

Tuesday, 18 December 2012

Cash out kali ke 4 #YEAY!


Assalamualaikum,

Baru dua hari lepas tukar status ke verified.

Tiba-tiba tergerak hati nak cek akaun bank. YEAYYYY! Duit Says dah masuk dalam akaun. SUKA GILAAAAA! Tau tau je tengah nak pakai duit sekarang ni (hujung minggu ni turun KL lagi). Thanks Says. Love you guys! <3

Even tak dapat email dari Says, tapi FD yakin yang duit tu dari Says sebab FD tahu lah berapa banyak FD cash out. Takde lah sampai beratus, tapi alhamdulillah, hasil dari korang yang klik iklan tu. Hehe :D
Good job Says! Tak sampai 2 minggu, duit dah masuk ^^v

---------------------------------------------------------

UPDATED!
Dapat payment advice dari HSBC pagi tadi ^^v


Terima kasih kepada Says dan korang yang rajin klik iklan :)

Monday, 17 December 2012

Trafik Minggu #5 | hari #4


Assalamualaikum,

Pageviews maintain 300 - 600.

Tapi kat blog ni lain pulak. Tengok gambar kat bawah ni.

Dah 4 hari pageviews beribu. Alhamdulillah.
http://www.fatindiana.com/2012/11/teknik-tingkatkan-trafik-40k-uv-sehari.html


Start next year FD buka tapak sewa iklan ye. Murah je, jangan risau ^^v

Tiba-tiba rindu,


Assalamualaikum,

Ya Allah, rindunya FD dengan diorang semua kat atas ni ;( siapa diorang semua ni? Haa, mesti korang tertanya, kan? Yang selalu singgah blog FD dulu, mesti tau. Untuk yang tak tahu tu, sebenarnya FD pernah terpilih ke PLKN.

Haa, tiba-tiba FD rindu kat kem dengan kawan-kawan kem sebab RUPA-RUPANYA ADA BLOGGER NI SATU KEM DENGAN FD!!!! Tapi lain batch lah. Heee :3
FD baca entri blogger tu kat SINI

My best buddy masa kat kem.
Mula-mula masuk kem, kemain sombong masing-masing. Masuk sebulan sikit, baru start rapat. Otak gila-gila, tu yang best. Wehhhh, rindu nak tidur sekatil dengan Myra, dengan Wan. Rindu nak tidur kat lantai dengan korang semua. Huwaaaaaa! :'(

Bila tengok kek ni, teringat Ayah Kudus suapkan FD. Masa tu jamuan untuk kompeni Bravo. Dah hujung-hujung tu rasa sebak pula nak tinggalkan kem.

1 je lah FD nak pesan kat adik-adik yang benci PLKN. Jangan benci PLKN, sebab korang akan sayang nak tinggalkan kawan-kawan dan JL kat sana :')
Yang tak dapat PLKN tu, seriously korang rugi gilaaa! Tapi korang boleh mohon tau ^^ cuma kos semua korang tanggung sendiri lah :p


Kalau nak tahu kisah FD masa kat PLKN dulu-dulu, terjah :
PLKN?!(masa ni tak suka bila dapat PLKN) // PART 1 // PART 2 // PART 3 // PART 4 // PART 5
Wahh, dah macam drama pula siap ada part, nasib baik bukan tulis episod. Hehe :D


Sedar tak sedar, dah setahun lebih kita berpisah, kan kawan? FD rindu semuanya! :'(

Sunday, 16 December 2012

Top referral EYG - 3rd week


Assalamualaikum,

**klik untuk lebih jelas**

Minggu ni cuma 2 blog je dalam referrer.

http://rightnot.blogspot.com
http://st0ryab0utprincess.blogspot.com


Korang bila lagi? :D

Trafik harini #3


Assalamualaikum,

**klik untuk lebih jelas**

Alhamdulillah, page view boleh tahan untuk 15 disember. Macam tak percaya lagi ni sebab dah dua hari page view beribu.
Nak buka tapak sewa iklan lepas ni. Tunggu k? :D murah je. RM3 untuk sebulan, okay lah tu kan? :)


If ada apa-apa info, FD update lagi ye ^^v
http://www.fatindiana.com/2012/11/teknik-tingkatkan-trafik-40k-uv-sehari.html

Saturday, 15 December 2012

Sim card PERCUMA dari Tune Talk!


Assalamualaikum,

FD baru je dapat parcel dari Tune Talk tadi, YEAY!


Nampak tuu? Nampak? Hehe :D bukti tauuu!

Eh eh, bukan dapat sim card percuma je. Dalam parcel siap ada surat cinta dari Tune Talk.  Kau hado? Hahahaaa xD


Korang nak sim card percuma juga?
Klik http://bit.ly/SimCardPERCUMA, lepas tu ada makhluk warna merah yang tengah nganga mulut luas-luas, terus klik kat makhluk merah tu. Kemudian isi details kat form yang ada tu, SIAP! Eh eh, boleh pilih nombor tau! :D

Trafik tadi #2


Assalamualaikum,

**klik untuk lebih jelas**

SERIOUSLY TERKEJUT GILA bila tengok trafik kat blog ni. Biar betul sampai 2ribu lebih?! MACAM TAK PERCAYAAAAAAAA! :O

FD update entri apa ek sampai trafik tu naik mencanak. 2 ribu lebih tu. Tak pernah pernah sampai beribu tahu tak? Sampai sekarang tak tahu dari mana punca dia.
Mungkin dari entri SINI atau SINI? :/


Boleh lah FD buka tapak sewa iklan lepas ni, muehehe :3

Friday, 14 December 2012

Under 18 No Fear : Kompilasi Jitu


Assalamualaikum,

4 hari lepas FD update blog ciput je. Cuma update entri review sponsor, trafiik minggu ke 4 dan join contest dari Akma. Lepas tu tak update apa dah dari tengah hari sampai lah ke malam. Sebabnya FD keluar pergi Kelantan, shopping dengan family kat sana. Kemain jauh lagi kan pi shopping? Sebab kat KT ni takde mall besar-besar lah =='

Sampai kat KB Mall, jenjalan beli baju sekolah segala lah. Dah alang-alang kat sana, FD terus cari kedai buku yang ada kat sana. Nampak kedai Popular, terus masuk! Tak ajak adik-adik pula tu, lupakan. Hahaa xD

FD terus cari komik yang punya lah tebal! Komik apa? Ni haaa!
|
|
|
|
|
|
V
UNDER 18 NO FEAR : KOMPILASI JITU

Dapat juga beli wehhhh! Memang lah dah lama buku ni keluar, tapi baru sekarang FD dapat beli tau. Memang tebal sangat lah buku tu, mengalahkan novel!

Mula-mula FD tengok karya Zint ni macam "err, macam ni lukisan dia? lagi suka karya Ben. comel-comel je". Lepas tu tiba-tiba tergerak hati nak baca sikit. Memang bodoh-bodoh punya gengster lah komik ni. Nak tergelak je baca. Masa tu pula tengah kopak, tak mampu nak beli. Akhirnya dapat juga beli haritu masa kat KB Mall.

RM35.90 weh komik ni. Mahal tahu? Tapi tak tahu lah tengah ada offer ke hape kat Popular masa tu, FD cuma beli dengan harga RM30. Okay lah tu kan? Hehe. Dua hari lepas FD dah habis baca komik ni. BEST GILAAAAAAAAAAAAAAAAA! :D
**harga mengalahkan novel cinta yg tebal tu -___-**

Rasanya ada banyak lagi komik Under 18 No Fear ni kan? Lepas yang ke empat tu, komik apa pulak ek? Kalau korang tahu, bagitau lah kat FD ye ^^v

Adik FD tanya, "dah habis baca tu nak jual balik ke?". Hm, kalau FD nak jual balik, ada ke yang nak beli? :/

Wednesday, 12 December 2012

REVIEW SPONSOR: Kisah Hati Sue Pelik


Assalamualaikum,

"Kisah Hati Sue Pelik"
Sue sponsor:
Topup RM5 + Review blog + bloglist kekal x 1 pemenang

Blogger yang sudi sponsor untuk giveaway :)

Nama sebenar blogger ni Nursuriani Othman dan orang panggil Sue. Mula berblogging ni sejak 2010 rasanya sebab FD tengok blog archive Sue :3 hm FD tak tahu sangat pasal Sue sebab Sue takde bagi information kat blog. Btw, header dia cun ^^v


Tuesday, 11 December 2012

Tukar baju kat FF, LAGI!


Assalamualaikum,


Baru je dapat parcel. Pelik juga tiba-tiba ada Pos Laju datang rumah.
Lepas tengok nama pengirim, baru teringat ada tukar baju kat FF. Hehe :D



I love this shirt sooooooooooooooooo much! Thanks Salwa! ^^

Kenal Salwa? Hehe :D Salwa ni blogger. FD baru perasan yang kita tukar baju. Hehe :D
And thanks ye Salwa untuk gift tu, heee :D
Sebenarnya FD rambang mata tengok baju-baju Salwa tau. Rasa macam nak swap / beli semua, hahaa. Tapi duit tak berapa nak ada lagi, huhu. Takpe, kumpul duit :3



Monday, 10 December 2012

Trafik minggu #4



Assalamualaikum,

**klik untuk lebih jelas**

Trafik minggu ni tak berapa nak stabil. Tapi semalam punya UV memang gila! Tak pernah-pernah nak dekat 500UV / cecah 900 pageviews sehari! Semalam trafik naik mencanak macam tu lepas FD update entri top referral minggu ke dua untuk giveaway.

Untuk yang bawah 250UV sehari tu agak kecewa sebab turun. FD plan nak maintain, tapi nak buat macam mana. Takpe lah. Ini pun dah okay rasanya. Kena usaha lagi ^^
Bila FD dah buka rung untuk sewa iklan, FD inform nanti. Murah je dan berbaloi kot. Hehe :D


>>TEKNIK TINGKATKAN TRAFIK BLOG<<

Sunday, 9 December 2012

Top Referral EYG - 2nd week


Assalamualaikum,

*klik untuk lebih jelas*

Takde referral dari link entri giveaway, jadi FD ambik referral dari link blog je. Yelah, mana tahu kot orang klik kat banner yang korang letak sidebar, kan? ;)

Top referral minggu ke dua:
storyaboutprincess - 28
rightnot - 25


p/s: fendy tak join GA dari FD pun, tapi ada juga referral link. sebab fendy letak FD kat bloglist pilihan minggu lepas, ngehehe :3

Mandi hujan demi rezeki!


Assalamualaikum,

Pagi tadi FD pergi pejabat pos, nak pos barang-barang customer and again, swap baju kat FF ^^v
Dah siap packing, dengan cuaca panasnya. Motor pula buat hal takbole nak start. Panas gila dah time tu. Abah kata sebab dah lama tak guna motor, pasal tu susah nak start. Grrr! Nak meragam pula motor tu tau! So tunggu je lah abah buat. Lepas kasi panas enjin dulu. Lambat juga gerak sebab benda dah siap pukul 10 pagi.

Dah pergi pejabat pos, tulis-tulis apa yang perlu, siap. Time kat kaunter tu yang lama sebab 3 barang nak pos and nak tukarkan wang pos dari customer. Terlupa pula nak bawa IC. Satu satu hal harini.


Dah settle semua, hujan lebat. HAMBEK KAU! Memang lebat gila ah hujan tadi. FD redah je lah dengan tak pakai helmetnya. Adoii! Susah oi. Nyesal tak bawa helmet tadi. 

Tengok lah sampai slip pos laju pun lencun. FD sayang customer FD tau, hehe :D

Sampai rumah, call adik FD ajak mandi hujan sama dah alang-alang FD dah basah lencun kan. Abah pula dan dan je suruh pergi rumah jiran sebelah, tolong angkatkan ampai baju yang dah jatuh ke tepi tu. Mentang-mentang lah FD dah basah, suruh buat itu ini pula.


Seronok juga mandi hujan tadi sebab dah lama gila tak mandi hujan. Hehe :3

Saturday, 8 December 2012

REVIEW: Follower ke 2000!


Assalamualaikum,


FD tengah tunggu, nak tengok siapa follower ke 2ribu dalam blog ni. Akhirnya pukul 1.20 pagi dah ada follower yang ke 2ribu tu. Hehe :D

Nasib baik Cik Jari Manis ni ada tinggalkan jejak, so dapat lah FD singgah blog dia pula.
Kenapa FD cakap macam tu? Sebab bila FD klik kat follower tu, FD tak jumpa link blog dia. Haa, so pergi tengok setting dan godek-godek sikit ye Cik Jari Manis :)

Cik Jari Manis
http://cik-jarimanis.blogspot.com/
Blog CJM sangat simple! (suka-suka je nak bagi shortform nama orang, hehe). Seriously header pun comel. Suka suka! ^^v
Hm CJM takde tulis apa-apa kat info, so FD tak tahu siapa nama dia, umur berapa dan tinggal dimana. Yang FD tahu CJM ni suka felt craft dan dia ada bagi some freebies untuk blogger.

Pesanan untuk CJM;
Dear Cik Jari Manis, please buang word verification kat ruang koment tu ye :)

Baru je masuk blog CJM, dah complain suruh buang itu ini, Hehe, maaf ye. Untuk blogger lain senang nak komen entri tu juga :)


Dan terima kasih CJM sebab sudi singgah blog FD ni :)
Korang pun terjah lah blog CJM ye ^^

Friday, 7 December 2012

Tutor: Letak iklan Nuffnang


Assalamualaikum,



Tengah bosan-bosan takde idea nak update blog, tiba-tiba ada blogger post kat timeline page FD.
Fatin minta tolong ajar letak iklan Nuffnang sebab Fatin confius kot nak cari kod iklan tu.
Takpe, FD cuba k? Hehe :D


Tadi godek-godek Nuffnang, pening juga. Akhirnya FD jumpa juga :)
Nuffnang > Manage My Blogs

Add ad unit

Akan keluar macam ni:
Untuk yang atas ni, faham dah kan? Pilihan button bawah tu untuk saiz dan code iklan :)

Yang bawah ni lepas klik Placement,
Ini tutorial dari Nuffnang.
Klik next sampai habis tutorial dari Nuffnang tu sampai lah "Done" ^^v


Harap entri ni membantu Fatin :)

Back to School!


Assalamualaikum,

Eh eh, bukan FD yang "back to school" tau. Hehe :D ni nak promo je ^^v


Dah nak masuk minggu ke dua dalam bulan Disember. Sekolah pun dah nak buka. Mesti ramai adik-adik yang tengah beli barang persiapan ke sekolah, kan?

Haa, FD baru je dapat supplier yang jual beg sekolah. Untuk adik-adik yang sukakan design BEG MUSTACHE ni, jom lah beli. RM75 termasuk Pos Laju untuk Semenanjung dan RM80 termasuk Pos Laju untuk Sabah Sarawak.


BEG MUSTACHE ni ready stock. Dapat dalam 2 3 hari lepas pembayaran dibuat :) tapi FD collect order banyak-banyak dulu, baru post. Takde lah hari-hari nak ulang alik pergi pejabat pos.
Untuk pre-order pun ada, tapi FD tak galakkan sebab mungkin dapat lepas sekolah dah buka.