Movie

Review movie: Untuk Tiga Hari

October 17, 2012


Assalamualaikum,


Sinopsis: Zafrin (Rashidi Ishak) ialah seorang lelaki yang sentiasa mengikut telunjuk ibunya termasuk dalam perhubungan cinta. Namun, hubungan Zafrin dan Ujie (Vanidah Imran) berada dalam dilema apabila mereka terpaksa melupakan cinta mereka untuk berkahwin dengan calon pilihan keluarga. Zafrin mengahwini Juwita (Ayu Raudhah) dan Ujie ber kahwin dengan Armi (Afdlin Shauki) seorang lelaki kaya yang romantik. Untuk membuktikan cinta sejati mereka, Zafrin dan Ujie berjanji untuk meneruskan juga perkahwinan aturan keluarga itu, tetapi akan berusaha bercerai setelah tiga hari berkahwin.


Mula-mula baca sinopsis ni, macam gila lah sebab kahwin untuk tiga hari?! Memang gila! Sebab nak tahu jalan cerita diorang, aku tengok movie ni malam tadi, secara online. Bukan pegi tengok kat pawagam tauuuuu?
Aku fikir yang Zafrin dan Ujie tak kan bersama sebab gila ke hape nak kahwin untuk tiga hari je? Lastly, terjawab juga. Tapi betul juga apa yang Armi cakap kat Ujie. Kalau betul lah Zafrin sayangkan Ujie, dia akan pertahankan cinta diorang. Bukan dengan plan yang merepek tu. Walaupun macam ada rasa sedih sikit dalam cerita ni, ada part lawak sikit. Best juga lah cerita ni sebab ada pengajaran :)
*aku baru tau yang cerita ni pun adaptasi dari novel juga*

You Might Also Like

10 comments

  1. fatin tengok on9?? kat mana.. nak tengok juga..

    cite ni adaptasi novel ke.. novel apa??

    ReplyDelete

  2. cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/ terjah sini sama k sebab pakjoe dh follow blog nie

    ReplyDelete
  3. adaptasi dari novel apa cite ni..

    ReplyDelete
  4. @Aishah Jahirah; adaptasi dari novel untuk tiga hari, penulis dia ahadiat akashah.

    ReplyDelete
  5. salam kenal semua...
    sis dh tgk cite ni....best gak citenye...
    just click link ni....
    http://tv-dramatv.blogspot.com/2012/10/blog-post_8474.html

    ReplyDelete