Review movie: S A M

by - October 01, 2012


Assalamualaikum

Jom tengok movie SAM kat Facebook --> http://sy.my/3up8
Movie keluar masa Hari Raya pertama, aku tengok masa last Hari Raya. Lambat gila, kan? Lepas tu baru sekarang terhegeh-hegeh nak update. Peduli apa? Hahahaa xD

Sinopsis filem SAM

Filem SAM merupakan filem psiko romantik yang mengisahkan tentang Sam (Shaheizy Sam), seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan normal dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa (Lisa Surihani). Sam dan Lisa bekerja di sebuah syarikat percetakan. Malangnya Lisa mempunyai ramai peminat termasuk seorang lelaki psiko bernama Haikal (Azad Jazmin). Pada masa yang sama juga Jefri turut menaruh harapan pada Lisa.
Lelaki psiko, Haikal amat mencintai Lisa dan sanggup berbuat apa saja untuk memiliki Lisa. Akibatnya, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal.
Apabila Lisa menolak cinta Haikal, bertambah psiko diri Haikal yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya tidak berbalas. kemuncaknya Haikal menculik Lisa dan Sam bagi membalas dendam.

Adakah Lisa dan Sam berjaya melepaskan diri dari cengkaman Haikal yang psiko gila tu?
Jawapannya akan terjawab bila korang tengok cerita ni.


Btw cerita ni memang best. Paling suka part Sam dengan Lisa mesra-mesra. SUMPAH comel gila k! Aku pula yang excited part tu. Hihi. Memang sweet habis la diorang masa part tu. Apa perasaan Yusry ntah tengok Lisa berlakon dengan Sam macam tu, kan? Masa tengok trailer, aku fikir si Haikal yang psiko sebab macam terdesak gila nak kan si Lisa. Last-last tengok, memang superb ah cerita ni. Sebab cerita ni lain daripada yang lain. First time k tengok cerita yang ending dia macam blur-blur sikit, hehe.

You May Also Like

4 comments