Novel Adam & Hawa

by - October 22, 2012


Assalamualaikum,


SINOPSIS: Ain Hawani, zaman singlenya terhenti pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak diperindahkan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-oleh membenarkan apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. 
 Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar dihatinya. Ah ... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. 
 Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menggangap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?
Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung.
Ain pasrah pada takdir dirinya. Buat apalah berdendam dan melukakan hati sendiri sedangkan jalan untuknya bahagia terbentang depan mata. Akhirnya, dia menerima Adam sebagai suami sepenuh hati. Dan di saat itu termaktub dalam hatinya bahawa tiada lelaki lain yang akan menemaninya selain Adam.


Minggu lepas, aku beli novel Adam & Hawa. Tapi yang terpakai punya. Harga asal novel ni dalam RM20. Sebab novel ni secondhand, owner tu jual RM16 termasuk pos daftar. Kira okay la tu, kan? Pos je dah RM5.
Aku beli novel ni pun sebab tak puas hati. Kat TV tu 30 minit je setiap episod. Tak puas nak tengok and tak sabar nak tau ending. So aku terus beli novel. Teheee :3


Novel ni sampai je, terus berebut dengan Sarah. Dia tengok buku je terus tau buku tu pasal apa sebab Sarah pun layan drama Adam & Hawa tu :D
Novel ni memang best! <3

You May Also Like

9 comments

  1. dear..tiap2 mggu x sbr betul nak tgk cite ni..suka giler... tapi tak suka baca novel..suka tgk drama dia je:-)

    ReplyDelete
  2. @nick dot anis; drama mmg best. baca novel ni pun kejap sgt. kat drama byk tambah

    ReplyDelete
  3. hehe..akk pun br je hbs baca novel nie..skg kalau mis tgk kat tv pun puas hati sbb da tau stiap plot citer tu..tapi mmg best... ^__^

    ReplyDelete
  4. sy pun peminat setia cite ni...baca novel lama dh...skrg tgh follow cite die...jomla tgk kat blog sy...http://serojatiara8412.blogspot.com/2012/09/adam-dan-hawa-episod-19.html

    ReplyDelete
  5. ala,, nak jugak nvel ni..dah la drama pun b x tengok.. hais

    ReplyDelete
  6. @Ratu Hatiku; hihi tau takpe. kalau miss pun tak kisah sangat ;p

    ReplyDelete
  7. @Seroja Tiara; sy pun kdg2 tgk kat online drama tu :)

    ReplyDelete
  8. @Bie; yeke? kesian bie. eh nak beli novel ni? :D

    ReplyDelete
  9. mak saya mesti suka novel ni..hehe

    ReplyDelete